Pages

Tuesday, April 26, 2011

Hellooo...Saya tak Boleh Bantu Lagi... [Part Two]

Hai semua!! Agak lama rasanya tak update blog..(lama ke???) Ada la dalam 2 ke 3 hari.. (Lama la jugak untuk orang yang dah addicted to blogging!!)

Sebenarnya dalam 2,3 hari lepas aku ni sibuk dok try nak wat signature untuk setiap entry..Macam-macam tutorial blog aku bukak.Copy itu copy ini tapi jadi teh tarik je..Tapi tak berhasil atau dengan kata lain, tak menjadi langsung!! Hampeh!! Padahal orang lain dah bertahun-tahun ada signature kat setiap entry diorang..Dah la ketinggalan, lagi tak menjadi pulak tu. Sabar, sabar... Nasib baik aku boleh bersabar dan tak give up mencuba. Hasilnya dah berjaya walaupun rasa macam buruk lah pulaks!! huhu.. Tak kisahlah..Yang penting puas hati sebab semuanya usaha sendiri untuk 'godek-godek' apa yang patut.

Hari ni pulak sibuk belek-belek Cik Nuffnang. Dah lama register tapi hari ni baru terdetik di hati untuk tengok apa yang ada disebalik Cik Nuffnang. Banyak yang aku tak tau dan tak ambil tahu sebelum ni. Bak kata orang bijak pandai.. "Walaupun ada telaga emas di depan mata, tapi tak pernah nak jenguk ke dalam dan tak nak usaha untuk ambil emas-emas tu..So, tak dapat apa-apa la..." Kawan-kawan...Rajin-rajin la tengok apa yang ada dalam Nuffnang! Rebutlah peluang selagi ada...

Tadi terbaca entry kak KancilBiru pasal rumah berhantu di Seksyen 2, Shah Alam. Ntah macam mane ter'click' cerita RedMummy pulak. And then tertengok pulak video RedMummy di 'interview' di 1Tube. Menarik dan banyak perkongsian pengalaman daripada Otai Blogger (wahhh...selamba je aku bagi nama lain kat RedMummy...Sorry kak Red..) Memang banyak tips dan info baru untuk orang yang baru ber'blogging' macam aku ni.. Siapa-siapa yang berkenaan pun boleh la melawat blog diorang.

Eh, lupa pulak! Hari ni mood agak mendung di pagi hari. Gerimis di hati je..http://www.emocutez.com
Tak lebih dari itu. Something happen. Unpredictable. Aku pun tak tau macam mana aku boleh nekad macam tu. Lantak lah apa 'diorang' nak cakap. Yang penting aku tak stress and sel-sel aku selamat. (Sedikit info: Jika kita terlampau stress, Sel-sel dalam badan kita akan rosak. Sebab itulah, orang-orang yang tak pandai mengawal stress akan lebih cepat kelihatan tua daripada usia sebenar..Nak sentiasa awet muda?? Amalkan pemakanan yang sihat dan sentiasa bijak menangani stress!)
Tukar muka yang ini ----> http://www.emocutez.com 
Dan jadi macam ini.. ----> http://www.emocutez.com   
Senang je kan???hehehe...

Tambah sikit pasal mood tadi... Hari pertama aku masuk ofis, aku punye senyum tak payah cakap la...Giler ah!! Lebar betul!! (Tak percaya baca entry Part One yang lepas.) Tapi takde sape nak senyum kat aku balik. Maybe diorang terlalu busy sampai lupa cara nak senyum. uhuk3~ Apa perasaan korang kalau korang senyum bagai nak rak, tapi semua orang pandang dengan pandangan sinis?? Tak friendly langsung kan? Huh!! Apa dia ingat ofis tu bapak dia punya?? Hahaha.. Tapi tak semua yang berperangai macam tu.. Ada lagi segelintir pihak yang masih mempunyai adab sopan dan tatasusila yang baik.
Untuk pengetahuan semua, aku dah takde di sana dan tak mungkin nak ke sana lagi (Ceewaaahhh!! Ayat bikin panas je! Memang terlebih!!)

Sesi meluahkan perasaan tamat di sini.. Sekian..

Friday, April 22, 2011

Helloooo....Boleh saya bantu??? [Part One]

Hari ni, 22 April 2011
Bersamaan my first day aku jejakkan kaki di satu tempat yang tak pernah aku pegi...
Ceewaaahhh!!! Ayat tak bole blah la pulak aku nih..hehehe.. (Saje buat intro ala-ala cerita novel..huhuhu)

Takde... Sebenarnya hari ni aku back to school (work!!) Huh!!! Macam paksa rela...tapi ikhlaskan jugak dihujung hati... Kira ok la... Aku ni macam tak bersyukur je kan?? Astaghfirullah hal 'azimmmm... Orang lain ramai lagi yang takde kerja kan?? Alhamdulillah...ini caranya Allah kurniakan rezeki untuk aku.. Mungkin rezeki-rezeki lain banyak lagi pending tu....(smile...)Cuma aku ni ha kurang rajin nak korek segala rezeki yang ada tu...hehehe (buruknya perangai aku nih!!)

My first day berjalan lancar.. Semuanya ok je.. Aku ni jenis cepat pickup jugak kot..hehehe (masuk bakul angkat guna tali) So, pagi je macam blur2..dah tengahari/petang aku dah ok dah.. dah cool dah... kui3.. Yang tak bole blah tiba-tiba aku rasa nak belajar bahasa Mandarin je.. Rugi pulak tak ambil course bahasa Mandarin dulu. Aku ambil bahasa Jepun. Tapi sekarang ni tak pulak kerja dengan Jepun. Hmmm... Takpe.. Boleh pelbagaikan lagi pengetahuan bahasa yang aku ada. Tapi jadi orang baru ni ada bagusnya dan ada yang tak best. Perkara yang best, buat salah pun takpe sebab masih dalam proses memahami selok belok syarikat..biasa la kalau buat salah. Heheh... Yang tak best, orang baru ni selalu orang tak layan sangat sebab baru kenal je kan..uhuk3!!Sedih ke tak?? tak tau la... Maintain je kot.. :)

Kerja aku yang pertama adalah...bila telefon berbunyi, jawablah. Senangkan??? No,no,no....Nampak je senang... Tapi hakikatnya tak seperti yang disangka. Rupanya banyak lagi yang aku kena belajar... Alhamdulillah..Aku berjaya jugak melatih diri menjadi sopan dan berhemah semasa menjawab call terbabit.. Aku ni suka-suka je jawab call sempoi2... Tapi sekarang ni kena ubah.. Hello...Selamat pagi...Siapa di sana?? Boleh saya bantu??Sebentar ye...  http://www.emocutez.com  ---->ini bukan senyuman plastik surgery okeh!!!inilah namanya senyuman tulus ikhlas...

Apa pun aku suka cara diorang mendekorasikan ruang office tu..tapi aku kat situ dah macam tunggul kayu + pokok hiasan je...bosan betul... Aku keseorangan je sebagai muka depan office..huhuhu.. 1jam sebelum waktu tamat, aku berjaya membunuh sebab aku dah bosan sangat. Aku bunuh apa??? Bunuh lalat je.. Orang tengah bosan-bosan, 'dia' sibuk pulak berbunyi-bunyi, terbang sekeliling aku.. Aku dapat bunuh sekor je... Kalau banyak boleh jugak aku buat persembahan macam nabil dalam Maharaja Lawak. http://www.emocutez.com

Sekian untuk episod satu cerita day 1 aku...nanti sambung lagi ye...
http://www.emocutez.com ---->Muka risau untuk hari esok...

Wednesday, April 20, 2011

Aku Tertipu!!!

Hai semua.. Hari ni just nak share perasaan @ luahan hati yang bengang dan rasa teraniaya + tertipu.

~ini adalah gambar hiasan~
 Ceritanya aku dah terbeli dan tergores kad ITalk yang dah lama expired. Dengan kata lain, jika dilihat dibelakang kad, ada tertera perkataan "Activate before"..........30/11/2010. Mula-mula aku tak perasan. Aku cuma pelik lepas aku gores dan dail nombor yang ada untuk pengaktifan akaun ITalk kat telefon rumah ni, operator cakap "Maaf, nombor yang anda masukan salah".. Try lagi (maklumlah, aku ni tak berputus asa..) kui3..........
Cuba Lagi...
***
***
***
***
***
***
***
***
***
***
***
***
***

Still salah dan akhirnya operator tu berkata "Maaf, anda tidak boleh menambah nilai"
(sebenarnya boleh cuba 3 kali je...saja letak star banyak-banyak...heheh)

Fuhhh...berasap kepala weh!!! Aku pun check la apa yang patut pada kad tersebut. Huh!!! Memang sah aku tertipu! Tapi kad dah digores, so, tak boleh nak tuntut ganti rugi lagi. nasib baik RM10 je. Tapi RM10 pun duit jugak!! Kalau 10 orang terbeli kad expired tu tanpa perasan dan dah tergores, dah untung RM100 dah pekedai tu. Hurmmmm.... Tergores perasaan la pulak kali ni.

Pengajarannya : Setiap kali nak beli topup handphone (Maxis/Celcom/Digi/ITalk), mesti check expired date dulu.. Kalau tak, macam inilah nasibnya... Huh!!

Saturday, April 16, 2011

~Senjakala~

Hai semua!! Entry kali ni saja la nak wat preview untuk cerita Senjakala yang baru keluar pawagam terdekat anda. Poyo la pulak nak buat preview cerita ni..heheh~~
Ceritanya not bad la.. Ok.. Of course la ada scene seram giler sampai nak menjerit(dah namanya cerita seram kan??), ade jugak scene yang wat orang tergelak-gelak, ade scene romantik malu-malu kucing dan macam-macam lagi la..

Apa pon jalan ceritanya ok, bole faham dan yang penting ada ending. Aku cukup tak suka kalau ceritanya yang tergantung or tak faham endingnya apa.. Sape sokong???(angkat tangan macam Usop Wilcha..hahaha!!)

~Gandingan comel Zahiril & Liyana Jasmay~
Sinopsis Senjakala
Filem yang mengisahkan tentang Karlisa (Liyana Jasmay) yang kematian tunangnya dalam kemalangan jalan raya, membawa diri dengan pulang ke kampung Senja Lama di mana tempatnya membesar dan tinggal bersama Opah Maimon (Ruminah Sidek).
Karlisa sering bertemu dengan Arman (Zahiril Adzim) seorang jejaka kampung yang hidup terasing, namun segala persoalan mengenainya terungkai apabila mengetahui anak muda ini ada membela saka peninggalan bapanya.
Namun Karlisa sering dihantui oleh bayangan Opah Maimon yang dianggapnya masih hidup tetapi selepas mencari sebab kenapa dirinya tidak diterima orang kampung.

Tapi ada satu part yang semua orang tergelak-gelak iaitu part Zahiril yang asyik cuit telinga bila Liyana Jasmay nak bercakap dengan dia. Macam malu-malu kucing la konon. Hahaha!! Kelakar!! Lagi satu time Opah Maimun muncul dengan 'pakaian seragam pocong'. Muka senyum memang lawak!  Pastu ada pulak part romantik sikit time Liyana Jasmay nak terjatuh kat tepi tasik tu.. Cuma aku tak berapa suka cara berpakaian Faezah Elai masa awal-awal watak dia dalam cite ni. Bagi aku agak keterlaluan. Over seksi gitu! huhu~~ Tapi ade satu part bagi aku seram la..cuma kali ni aku tak tutup muka time tengok.(maksudnye keseramannya tak melampau sangat. Aku still bole tengok) Cuma agak terkejut je. Nasib baik mukanya tak ditunjukkan. hehe..Kalau tak, aku menjerit jugak kot. Weks!!

~Hantu bungkus kat belakang tu memang hampeh!Buat terkejut je!~

Secara keseluruhannya, cerita ni lebih ok daripada cerita Damping Malam dan Dilarang Masuk..hehehe..

p/s: Cerita Dilarang Masuk tu aku tak puas hati sebab endingnya aku tak faham!

Friday, April 15, 2011

~Diari Hari Jumaat~

Hai semua!!! Macam mana hari ni?? Sihat??? (Wah...dah macam sesi bertanya khabar la pulaks!ahaks!!)

Actually hari ni agak bosan sikit.. So, saje suka2 nak type diari untuk hari ni kat blog yang dah macam diari maya aku...wekks!! yeke?? Tak sangat kot.. Aku ni malas nak tulis diari sebenarnye.. Tahun lepas tu ade la beli diari (planner 2010), tapi bila tiba tarikh 31 Disember 2010, buka je diari tu still macam baru beli je..kosong. Takde ape yang aku tulis..kalau ade pun kat page depan je.. tulis nama sendiri..huhu~~

So, tahun ni tak beli diari dah. Just ade buku kecik untuk catatan penting yang letak kat dalam handbag je. Tapi kalau dah dasar suka membazir tu payah la sikit. hahaha~~ Aku dah jumat tak beli diari/planner tapi aku beli notebook kecik2. Bukan 1, tapi 3..Bila fikir2 balik baik beli diari je..tapi bile beli diari dah tak tau nak tulis ape..lagipun diari tu cantik la pulak.. Sayang nak conteng2.. Pelik ngan diri sendiri yang toink2 ni!! :p

Oooo..Lupa.. Topik hari ni kan nak type ape yang aku dah buat hari ni...

Pagi : Bangun terus siap2 nak keluar.. Hajatnya nak cari2 ape peluang yang ade. Ooo..ye.. Aku punya plan hari ni cuma pegi cyber cafe untuk printing.. Tapi disebabkan aku tak list ape aku nak print, ade la sikit benda yang tertinggal untuk aku print..huhu.. Bingai!! Nampaknya aku kena kumpul duit tabung 'Katak' la untuk beli printer sendiri..hurmmm~~ (untuk pengetahuan u alls, tabung katak stand for my tabung yang berbentuk kartun frogy..nasib baik comel.kalau sebijik cam katak puru, confirm aku tak suka!!) Fuhhh...punya la mahal print kat cyber cafe yang ramai pekerja bangla tu!! Tapi apakan dayaku. Terpaksa jugak print kat situ sebab dah tak tau mana lagi tempat yang bole aku print document penting nih..(penting la sangat kan)

Masih pagi lagi tapi matahari dah mula keluar : Ketika ini pekedai2 kain di sekitar tempat aku sampai ni baru nak bukak kedai masing2.  Aku nak parking kereta pun senang sebab car park di sekitar tepi jalan yang selalunya busy time aku pegi situ sangat berbeza keadaannya. Lengang je..Suasananya menarik dan tak pernah aku tengok sebab sebelum ni time macam ni aku dah ade kat ofis tengah khusyuk wat keje. Ceewahh!! Aku memang rajin time keje. Weks!!   Then aku pun terus pegi bayar duit parking dan blah dari situ. Aku pusing2 sekitar situ tapi semua kedai tak buka lagi.. Yang dah buka cuma kedai mamak jual roti canai dan kedai paper. Aku beli paper Metro then lepak kat tengah2 alam(dataran kat depan kedai2 tadi) sambil baca paper. Gayanya macam bagus je kat situ. Wahaha... Best la pulak wat camtu!! Rasa macam tenang je. Tapi tak tau la ape pandangan mata2 lain yang tertengok aku kat situ. huhu.. Tapi inilah part yang paling best untuk hari ni buat masa ni. Buat sesuatu yang lain daripada biasa aku buat. Biasanya aku kalau nak berjalan2 or melepak2 mesti nak ade kawan temankan. Tapi sekarang aku boleh berseorangan.

Dah tengahari sikit : Dah mula rasa panas2 sikit. Matahari dah hampir terpacak atas kepala. So, aku berniat nak blah dari situ. Perut pun tiba2 buat hal pulak. huhu... Tinjau2 toilet kat area situ tapi hampeh. Toilet macam tak bole guna je. So, aku pun pegi dari situ dengan rasa kurang selesa. Before balik rumah aku singgah kat ofis seseorang yang banyak bagi pendapat dan banyak membantu dari aspek mental. hihi.. Aku melepak kat situ nak dekat sejam jugak kot. Haha... Elok pulak perut ni. Then balik umah terus ngadap laptop...

Petang : Hurm... Aku tengah wat planning.. Untuk pengetahuan semua, aku ade beli notebook yang ala2 diari tapi bukan diari sebab buku2 kecik yang aku selalu conteng2 tu dah habis..dan jahanam sebab main sumbat2 je dalam beg. hihihi~~

p/s : takde gambo yang sesuai untuk entry kali ini sebab aku lupa nak amek gambo!!

Wednesday, April 13, 2011

Sinetron....Adoiii...Tak Bole Stop..

Hai semua!! Lama tak menaip kat sini..
Kali ni aku cuma nak bagitau yang aku dah lama terkena Sindrom Sinetron.. Adoiiii... susah nak baik..kena tunggu habis baru ok kot.. Tapi mungkin lepas habis cerita ni cerita lain pulak ditayangkan (yang best jugak..kalau tak best confirm tak layan)
Sekarang ni makin serius pulak penyakit ni.. Dah 3.. diulangi 3 sinetron yang aku layan..huhuhu...

~cover Sinetron Kejora dan Bintang~
1. Kejora dan Bintang : Yang ni mula2 aku tak berapa suka tapi cik abang minat sangat...so, tengok je la...lama2 jadi addict la pulak!! huh!!

~cover Sinetron Kemilau Cinta Kamila~
2. Kemilau Cinta Kamila : Tajuk memang tak bole blah.. hahaha... Tapi ceritanya menarik. Aku memang layan dari episod 1. Ceritanya menyentuh hati sikit.. Tapi biasa la kalau dah namanya sinetron mesti la ceritanya pasal darjat, family dan macam2 la..

~cover Safa dan Marwah~
3. Safa & Marwah : Yang ni tak tengok dari awal.. Dah klimaks cerita baru tengok.. Not bad.. best jugak la.. Lagi satu sebab namanya Safa... hehehe~~~

So, kalau nak tau ceritanya macam mana...tengok je la sendiri... :)

Wednesday, April 6, 2011

Siapa Tak Suka Makan Sayur????

Hai semua!!! Straight to the point, ada siapa-siapa yang tak suka makan sayur???
Orang terdekat aku pun tak suka makan sayur jugak..Siapa?? siapa lagi kalau bukan my hubby..
Dah orang serumah pun tak makan sayur, so, aku pun secara automatik tak masak sayur. Cuma masak lauk pauk saja la... Masak sayur semangkuk pun tak habis sebab makan sorang je. huh!! 

Korang-korang kat luar sana pun mesti mengalami hal yang sama kan? Terutamamya kepada sesiapa yang dah ada anak. Kanak-kanak biasanya tak gemar makan sayur. Termasuklah aku masa kecik dulu..heheh~~Tapi pengambilan sayur dalam setiap hidangan adalah penting untuk kita kan?? Terutama untuk tumbesaran kanak-kanak. Mengikut salah satu artikel berkaitan pengambilan sayur di NutriWEB Malaysia

"Kebaikan sayur-sayuran tidak terhingga. Pertama, ia rendah lemak, kalori dan natrium serta tidak mengandungi kolesterol. Selain itu, sayur-sayuran juga mengandungi vitamin, mineral, serat, karoteinoid dan bahan bio-aktif (dipanggil sebagai bahan fitokimia).
 
Sebenarnya, setiap jenis sayuran mempunyai pakej nutrien yang tersendiri. Maka, setiap jenis sayur-sayuran berbeza dari segi jumlah dan jenis nutrien yang dibekalkannya.

Vitamin dan mineral dalam sayur-sayuran membantu dalam tumbesaran dan perkembangan, membina sistem imun yang sihat dan memelihara kesihatan secara keseluruhannya. Jika anak anda kekurangan vitamin dan mineral yang penting ini, dia mungkin lebih terdedah kepada pelbagai jangkitan dan penyakit.

Serat diet yang terdapat dalam sayur-sayuran membantu membina sistem penghadaman yang sihat dan mencegah sembelit di kalangan kanak-kanak. Karotenoid pula sebenarnya adalah sejenis bahan fitokimia yang boleh melindungi anak anda terhadap pelbagai penyakit kronik."

Di sini, kita dapat lihat betapa pentingnya sayur dalam diet seharian kita kan? Tapi kalau memang tak boleh makan sayur jugak macam mana???

Ha....kat sini aku ada sikit penyelesaian untuk korang-korang, anak-anak korang serta sesiapa yang terdekat dengan korang yang tak suka makan sayur...

Serbuk Jus Daun Gandum Vegi-Vera
Pernah dengar??? Mungkin ramai yang pernah dengar dan mungkin juga ramai yang dah biasa minum.
Memang best produk ni...Mudah dan cepat sebab ini cuma jus yang sedap diminum setiap hari..
Nak campur dengan jus lain atau cuma minum jus ni saja pun boleh.. 

Minuman Serbuk Jus Daun Gandum Vegi-Vera adalah tambahan minuman yang lazat, berkhasiat dan menyihatkan untuk merangsang pemakanan harian kita. Jus daun gandum telah lama dikenalpasti mempunyai kuasa pemberi tenaga dan penyembuhan selain ia adalah pemakanan bernutrisi tinggi yang memberikan simpanan vitamin, mineral, klorofil dan enzim penting.
Juga mengandungi kandungan protein yang tinggi serta asid amino penting dan tidak penting. Dikenali sebagai penyahtoksin yang hebat, Jus daun gandum juga mengandungi flavanoid, vitamin A, vitamin C, vitamin E dan mineral penting seperti zat besi, kalsium dam magnesium. Daun gandum mempunyai kesan antibiotik, antioksida dan anti-keradangan.

Jadi, selain kita dapat khasiat sayur-sayuran, kita juga boleh mengelakkan diri daripada penyakit moden dan mengekalkan kesihatan kita..Cubalah!!!

p/s: Nak order ke? Boleh contact 013-6290371...:)))
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright (c) 2010 !Safa Rida Blog. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes and Web Design.