Pages

Wednesday, July 27, 2011

Tetap Bersyukur...

Hai semua..

Lama tak update ruangan yang semakin sepi dan kosong ini.. Petang ni baru je rasa ada mood untuk taip apa yang terlintas difikiran saat ini. Kepala yang jem pula dah semakin lancar pergerakannya. Dah boleh menghuraikan segalanya dalam bentuk ayat. Nak bercakap banyak2 dah tak berkesempatan. Tekak semakin sakit. Menyesal jugak tak hiraukan keadaan kesihatan tekak sendiri. Akhirnya menjadi makin parah disebabkan faktor sekeliling yang tercemar dan tak jaga pemakanan.

Oittt!! Apa yang kau membebel panjang2 ni?? Sebenarnya cuma nak bagitau yang aku ni dalam situasi yang kurang sihat. Selesema dan tekak bengkak semula. Mungkin jangkitan lama pada tekak tak betul2 sembuh. Ini kali ketiga masalah ni berulang. Jadi, selepas ini aku perlu menjaga pemakanan dan gaya hidup dan menjauhkan diri daripada pencemaran yang boleh memburukan keadaan.

Tapi yang kurang best, aku terpaksa makan ubat yang....ewww!! susah jugak nak telan. Sebab dah lama aku bertahan tak nak makan ubat kalau sakit. tapi sekarang ni aku dah tak boleh mengelak. Perlu makan untuk sihat.

Apa pun aku tetap bersyukur sebab diberi kesempatan untuk hidup dan merasa sakit. Kalau tak sakit, kita mudah lupa diri kan??  Mudah lupa pada yang Esa. Mudah merasa diri kita hebat sangat ataupun lebih tepat lagi syok sendiri. Bila dah sakit ni kita mula ingat nak beramal ibadat lebih dari biasa. Hehehe~~

Doakan diriku cepat sembuh ye kawan2... tQ..:)

Thursday, July 21, 2011

Tanpa Kamu...Susahlah Saya...

Seorang wanita sedang memandu kereta sambil jari hantu ditegakkan...

Apakah situasi ni??Marah dengan pemandu lain ke??Jangan la macam tu cik kak... Ops!!! Jangan salah faham dik.. Cik kak ni cuma ada masalah jari hantu dia sakit sebab terkena pisau masa potong buah je..Luka agak teruk sebab tu jarinya terpaksa ditegakkan masa memandu dan dah tak boleh bawak moto sebab jari lain tak sampai nak tarik brek..Jari-jari lain gemuk pendek!kui kui kui...

Saksikan gambar-gambar sampingan selepas lebih 5jam jari luka dihiris sembilu pisau.

Jari berdarah semula lepas 5jam terluka
Selepas disapu minyak gamat, darah dah mula berhenti




Selepas darah dilap dan mula kering

Selepas dicuci dan disapu minyak gamat semula

Jariku...Kau tau tak yang aku sangat sayangkan kamu...Betapa aku rasa susah bila kau sakit. Time aku mandi, nak sabun badan dan syampu rambut pun susah tau! Apatah lagi kalau aku buang air... Kau jari kat belah kiri. Faham-faham je la ye jariku...

Semoga kamu cepat sembuh ye... Tanpa kamu susah saya tau...:)

Wednesday, July 20, 2011

Semalam di Tempat Parking

Hai semua...

Actually entry ni untuk semalam tapi sebab banyak sangat peristiwa best semalam. So, tak sempat nak update.
(Alasan semata-mata ke weihhhh???)

Ceritanya masa balik kerja semalam. Kebetulan motorsikal aku (aku pergi kerja bawak motor saja okeh..save budget + tak mampu nak beli kereta...isk3...) dah di 'block' oleh motor-motor lain yang parking tunggang langgang kat bawah ofis.  Aku ni pulak dah malas nak naik mintak sesiapa yang berkenaan untuk alihkan motor mereka. Dengan terhegeh-hegeh aku tolak motor aku untuk keluarkan dari dikerumuni oleh motor lain. (maklumlah, motor aku ni cun..sebab tu motor2 lain sibuk nak parking rapat2..hoho)

Tiba-tiba aku terlihat dari ekor mata, motor yang parking kat tepi aku bergerak sendiri kebelakang. Wahhhh...Suspend la pulaks!! Sekali pandang belakang rupanya ada orang yang baik hati dah tolong alih motor tu.. Fuh..nasib baik tak jadi drama seram petang hari.. Kalau tak...haru biru kelabu asap dibuatnya! Tapi aku termalu jugakla kat situ sebab berlagak taknak mintak tolong orang. Macam 'good-good' je kat situ try alih motor sendiri. hehe... Anyway, terima kasih tak terhingga sebab dah tolong seorang perempuan yang tak larat nak alih motor ni...(smile...)

BLOGGER GILA CEKAL KEMBALI






SAYA DAN AWAK 
Mungkin Berbeza Pendapat Tapi Tetap Sehaluan...

Puas Hati dengan Perkhidmatan 'C'...

Hai semua..

Macam mana mood malam ni?? Ok?? Saja nak menyinggah ke blog walaupun mata dan layu semacam. Nak say thanks to Customer Service Celcom Mobile Sdn Bhd (Takpe kan kalau aku mention nama Syarikat kat sini sebab nak puji je...)  Aku memang sangat berpuas hati dengan perkhidmatan diorang sepanjang 7 tahun ni. Call center pun free je... Cakap lama-lama dengan free. Dulu aku selalu buat call out dan selalu jugak la dapat call free berjam-jam. Sampai habis battey handphone barulah stop. (Best kan?? Untuk pengetahuan umum, aku ni ada guna 2jenis telco. Satu lagi aku guna Maxis..Masa ada Hot Ticket best la..ni dah susah nak dapat. Maybe diorang dah rasa rugi kot biarkan customer berjoli pakej call & SMS murah..hehe)

Eh, eh...Dah melalut cerita lain pulak makcik ni... Nak cerita pasal Customer service tadi kan?? Ha...Customer service yang jawab aduan aku tadi tu memang lembut je bercakap. Siap bagi info detail pasal masalah yang aku adukan tu.. Bukan tu je, siap ulang2 lagi dan banyak pesanan sampai aku terlalu faham dengan penerangan panjang lebar dia tu. apa pun memang berbaloi...(ke saje nak cakap lama sebab suara aku sedap didengar..kah3..'perasaan' lebih!!) Dan yang paling penting masalah aku dah selesai sepenuhnya.. Sekarang aku dah dapat guna Celcom Advance Monthly pakej untuk prepaid. Murah je.. Berbaloi2..(Walaupun aku cuma guna Blackberry paling cikai)

Nape tak guna line?? Aku belum survey lagi berbaloi ke tak.. Korang ada cadangan??

Tuesday, July 19, 2011

Jom Jalan ke Blog Kucenkuni

Hai semua...

Semalam, secara tak sengaja aku telah ter'search' blog guna cik Google semata-mata untuk cari cara berblog using my Blackberry. Dan hasilnya aku jumpa la satu blog yang bagi detail tips tentang bagaimana untuk publish post menggunakan Blackberry. Walaupun terasa diri ini macam dah ketinggalan zaman dan tinggal di zaman batu, ada aku kesah?? Takdenya... aku peduli hapa!! hehe...

Sambung balik pasal blog yang aku jumpa tu..Inilah blog yang dimaksudkan...

--------------> Blog Kucenkuni <----------------


Jom ramai-ramai singgah kat blog ni...Terutama Miss Blackberry..
Boleh la try tutorial ni...:)
Hope berjaya...

Monday, July 18, 2011

Blogging via Blackberry

Hai semua...
Baru je blaja how to blogging via My Blackberry coz tengok orang lain blogging via bloggerDroid (maafkan saya kalau salah) software android macam best je untuk berblog! Tapi aku suka dgn application Blackberry ni. Of course aku tetap nak guna Blackberry.. (Smileeee....)

Sent from my BlackBerry®

Status Hari Isnin :: Moody Monday ::

Hai semua...

Hari Isnin, pagi-pagi on je Facebook takde lain status melainkan....
"Boringnya hari ni..." "Rasa malas nak kerja hari ni.." "Isnin yang bosan." "Hari ni rasa malas pulak.." 
----> Malas dan Bosan... Dua perkataan yang akan kita lihat di status Facebook kawan2..

Kenapa?? Ntah la kan..Hanya tuan empunya badan je yang tau.. Aku?? Kalau malas aku terus ponteng je.. Ambil je cuti.. Dah takde mood, mana boleh ada kat ofis. Nanti stress sebab hati still kat atas tilam dan  nak peluk bantal lagi. Hihihi.. Bagi je la alasan apa2.. Datang kerja pun menjejaskan prestasi je.
Ya..Akulah pekerja 'terbaeekkk'...(dalam seni bercuti) Hahaha...[Gelak Jahat]
---->Ops!! Terkantoi pulaks!!! Tapi ok what kan...Sekurang-kurangnya aku ni masih ada niat untuk bekerja dengan baik. Yela...Bila datang kerja mesti la kena buat the best punya!! [ayat macam poyo je]

Apa pun sebagai pekerja, kena ikhlas jugak kan?? Nanti bila kita dah jadi bos, pekerja kita pun akan ikhlas bekerja dengan kita.

p/s: Ada ke yang bercita-cita nak jadi pekerja sampai pencen??

Sunday, July 17, 2011

Berakhir 3 hari yang menyakitkan...

Hai semua...

Alhamdulillah...Berakhir sudah 3hari yang agak menyakitkan sebab berurut... [Sudah selamat diturunkan salur peranakan -----> kata mak bidan selaku tukang urut berpengalaman..]

Perasaan : Happy sebab dah berakhir kesakitan semasa berurut.
Harapan : Semoga dipermudahkan segala urusan dan impian selepas ini.

Nasib baik 3hari je dah boleh turun semua ke tempat yang sepatutnya. Aku dah boleh buat plan seterusnya iaitu pergi klinik pulak. Tapi tak tau la bila nak pergi. huhu~~ Takde masa nak buat appointment kat klinik/hospital. huiiiiii....amek masa tuuuu... Tak sanggup betul rasanya..

Apa pun rasa happy sebab sekurang-kurangnya kami dah berusaha walaupun cuma stage pertama.

Friday, July 15, 2011

Kemaafan Dendam yang Terindah...

Hai semua...

Tiba-tiba rasa nak berjiwang pulak malam-malam ni.. Lirik lagu pilihan untuk berjiwang malam ni adalah
Lagu nyanyian Aishah yang bertajuk "Kemaafan Dendam yang Terindah"

Kehangatan mentari ku rasakan
Tak sehangat api perbalahan
Ku ketuk pintu hati
Senyap dan sunyi
Tiada jawapan yang ku perolehi

Dinginnya malam itu bagai salju

Tidak sedingin perasaanmu
Kau sengaja membina dinding pemisah
Di antara kita tak lagi bersemuka

Kekasih ku... ku rasakan perlu

Menitip surat buat tatapan mu
Sekali ini aku rela merendah diri beralah
Agar perhubungan terjalin semula

Kekasih ku... tak mungkin ku tahu

Apa tersirat dihati kecil mu
Andainya aku yang bersalah
Maafkan saja...

Kemaafan dendam yang terindah...


Kehangatan mentari dingin salju

Bertukar ganti hari ke hari
Aku masih di sini
Sabar menanti
Terbuka kembali hatimu yang terkunci...

Kemaafan... kemaafan dendam yang terindah

  
p/s: Lirik yang penuh maksud tersirat..sobb..sobbbb

Cool Friday...

Hai semua!!

Memang cool je kan hari Jumaat ni.. Mana taknya, Jumaat ni selain penghulu segala hari, juga hari terakhir bekerja sebelum bercuti dua hari... Betul tak??(Bagi yang bekerja hari Sabtu mesti cakap TAKKKK!!!!) Yang tu lantak korang la.. Apa yang penting aku memang rasa cool je hari Jumaat ni. Kerja pun santai-santai je. Time rehat pulak 2jam!! Lama jugak tu. Sempat je kalau nak pergi window shopping! ngeee~ Kalau tido pulak sempat meleleh air liur basi. Hahaha!! Untuk orang makan terhegeh-hegeh macam aku ni, boleh la makan banyak tanpa perasaan nak cepat habiskan makanan. Tak payah tergopoh gapah. Apa ada hal... Rehat kan lama. Coooollll jeee... kan??

HUJAN :: MOOD : Sangat Baik!!

Hai semua..

Pagi tadi hujan lebat di sekitar daerah Klang ni yang membuatkan aku rasa macam tak nak bangun je..Tapi Alhamdulillah.. Kekuatan semangat untuk bekerja tu masih tinggi lagi. So, tetap bangun untuk pergi kerja walaupun hujan mencurah-curah kat luar. Sampai ofis (walaupun lambat sikit dari biasa), tiba-tiba aku tersampuk penyakit rajin waktu pagi yang jarang-jarang aku kena. Huhuhu~~  
(Tak pasal-pasal abis ofis tu aku kemas --->untuk pengetahuan, umah tak abis kemas lagi sebab malam tadi pergi hangout dengan kawan..huhu~)

Pelik kan??  Time hujan lebat boleh dapat mood yang baik macam tu. Then jadi rajin sesangat!! Hari-hari hujan lagi bagus.. Aku jadi rajin selalu... (Tapi datang lambat sikit ke ofis ye....--->alasan "Hujan lebat bos...Tu pasal lambat sikit sampai ofis..")
Boleh terima ke alasan macam ni?? Boleh kalau orang tu memang takde kereta. Tapi kalau yang ada kereta macam mana pulak?? Alasan: "Jalan jem sangat time hujan." "Ada eksiden membuatkan jalan tambah jem dari biasa." "Pokok tumbang halang jalan nak ke ofis." Ok..ok... Boleh terima... Yang penting rajin buat kerja lepas jejak kaki kat ofis. Betul tak bos???

Tuesday, July 12, 2011

Kerja oh kerja...

Hai semua..

Dah macam tajuk cerpen la pulak eh..Just nak bagitau korang yang aku ni dah mati kutu kat opis ni. Lalala~~ Bosan tahap 4 dah ni (eh macam sakit cancer pulaks!uhuhu~~)

Inilah manusia. Banyak kerja pon bising, tak banyak kerja pon bising..(mengata diri sendiri. Kalau ada sape2 yang terasa sama tu padan muka ye..) Tapi serius la.. Sejak kerja kat sini rasa macam tak kerja sangat.

List kerjaku :
1. Check bank balance
2. Prepare payment / bukak cheque
3. Key in data (duit keluar/masuk)
4. Buat air untuk Bos (bila bos datang je)
5. Kemas pantry (lebih kepada dapur ofis) --->termasuk kerja mencuci pinggan mangkuk dan sebagainya
6. Check barang dapur apa yang dah habis (2minggu sekali)
7. Jawab phone call
8. Bla bla bla...

Eh..eh..banyak jugak kerja aku ni. Tapi tak terasa banyak pon. So, nak watpe ek bila ada masa terluang??tengok tv??Yang pasti aku akan bukak blog and read kawan2 blog punya entry. tQ kawan2 sebab korang punya entry dapat menghilangkan bosanku di ofis...

p/s: Berhati-hati nak tulis blog sekarang ni. Ada yang followww...takot ada issue sensitif yang boleh menimbulkan peperangan hati..hihi~ :)

Monday, July 11, 2011

Yeah!! Dah bersalin...

Hai semua!!

Apa??Siapa bersalin?? Dah tentula Applechantek @ Safa Rida Blog yang bersalin kulit.. Maklum la pemiliknya memang suka mencari pasal  menyusahkan diri untuk tukar macam2.. huhu~~

Ok ke tak ek?? or yang dulu jugak cun?? hurm... Kira ok la for this moment..

Smileeee :)

Sunday, July 10, 2011

Pengalaman pertama..huhu~~

Hai semua..

Lama bercuti (3hari je..) So, lama jugak la tak tengok blog ni.. Kali ni nak cerita pengalaman kali pertama berurut (dalam mission to get baby..hihihi~tiba2 teringin lak nak ada anak lepas hampir 2tahun kawen) Memang tak jangka langsung yang berurut untuk turunkan peranakan (istilah tukang urut) tu sakit sangat!! Fuh..ni baru sekali. Ada lagi 2kali untuk complete turunkan peranakan pada tempat yang sepatutnya. Adoiii!!! Ni pun still rasa sakit kat bahagian yang diurut..

Nasihat tukang urut yang perlu kita take note eespecially untuk anak2 dara dan orang yang masih belum pernah mengandung, JANGAN ambil apa2 jamu sebab jamu2 tu adalah herba2 yang diproses. Biasanya function herba untuk menaikkan peranakan. Kalau lepas bersalin baru boleh makan jamu. Lepas tu katanya tak perlu pantang apa2 makanan sebelum mengandung. Kalau dah bersalin baru kena pantang makan.

Cuba je la kan.. Sakit pun kejap je.. Takde la sampai cedera kena urut. Kalau berusaha pasti boleh berjaya!!

Thursday, July 7, 2011

Cerita waktu maghrib...

Hai semua!!

Ni cuma sikit pengalaman seram sikit yang aku alami beberapa minggu lepas. Nak cakap terlalu seram, memang tak la kan.. Cuma meremang segala bulu je..hahaha~~

Ini adalah true story yang aku alami sendiri walaupon cuma dari jauh dan sekali imbas sahaja. Mungkin juga mata aku yang berkacamata ni kurang clear di waktu maghrib. Huhu~ Tapi yang pasti aku memang nampak.

Apa aku nampak??Ha...gini citenya.. Masa tu aku (of course with my hubby) on the way nak balik rumah. Kami perlu lalu kawasan rumah flat. Rumah flat dah tentunya bertangga batu kan??Tapi apa yang aku nampak. Orang yang naik tangga tu tak macam kebiasaannya. Macam naik escalator kat shopping complex la pulak.(orang berkenaan cuma berdiri dan bergerak ke atas) Fuhh!! Confuse jap dibuatnya. Siapa yang aku nampak??

Wednesday, July 6, 2011

Malunya iiii...

Hai semua!

Idea nak type entry ni tiba-tiba datang lepas dapat air dari budak opis yang tiba-tiba jugak hantar air Milo ais kat meja ni.. Malu iii tauuuu!! Terasa diri ini macam pompuan pemalas la pulak.. Duduk melongo termenung je kat meja then air sampai. Huhuhu~~ OH TIDAK!!!

Tapi bak kata orang, rezeki jangan ditolak. Minum je la..orang dah buatkan kan??? Asyik minum air buatan sendiri je..Bored (alasan semata-mata) kui3~~

Apa plan lepas balik kerja ni eh?? Nak pergi mana la pulak.. Cuaca mendung je ni.. Semalam dah pergi tengok cerita Transformers. Memang menarik. Tapi yang buat spoil sound system kat situ problem la pulaks!! Memang spoil!!Phuiiii!!! Nasib baik takde masalah BAU KAKI macam masa tengok cerita KL Gangster. Memang hampeh..Tengah syok gelak-gelak, ada pulak bau-bauan yang tidak menyenangkan hidungku yang cute miut ni..huhu~~


Cadangnya nak shopping sikit la petang ni.. Lalala~~ Jom korek duit!!

Monday, July 4, 2011

M, C, D or T???

Hai semua..

Apa itu M, C, D or T tu??? Bukan nak makan McD.. Tapi aku tengah pening nak guna plan mana untuk my BB ni. (Bukan baby tau...tapi Blackberry) Nak dapat sesuatu yang berbaloi dan dalam masa yang sama nak berjimat. Apa yg ok ye?? ----> Maxis, Celcom, Digi or Tune Talk?? Buat masa sekarang ni, aku still guna Celcom prepaid Upax (detail gitu!!) Tapi Upax ni akan berakhir pada tahun depan. Maxis pulak before ni memang dapat berjimat dengan guna hot ticket. Tapi tak boleh access internet through BB with maxis yang guna hot ticket. Celcom Upax pun sama jugak! So, salah 1 mesti dikorbankan untuk dapat penjimatan yang lebih plus nak guna kelebihan BB ni.. Hohoho~

Hmm...nak pilih mana ye???Any idea???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright (c) 2010 !Safa Rida Blog. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes and Web Design.