Pages

Monday, April 23, 2012

Tiba-tiba Jadi Cikgu~

Hai semua... Lama betul la tak update apa2 kat sini.. Dah berkarat jari ni agaknye nak menaip.. Cewah!! Ayat poyo.. Takde masa nak update blog disebabkan jadual yang sangat padat..[sebenarnye berebut laptop dengan anak sedara..huhu..tapi guna laptop tak syok..takde idea nak taip apa2.] Terima kasih kat abang aku sebab berjaya operate PC yang meletop ni.[Eleh...tukar power supply yang baru je kot :p ] Apa pon lagi best guna PC ni sebab besar dan selesa nak menaip.

Sambil menaip ni dengar pulak lagu jiwang.. Fuhh..memang feel abis!! [Dasar minah jiwang!!kah3]
[Berhenti menaip sekejap sebab nak replay lagu jiwang kat Youtube~~ hahaha...]

Berbalik pada tajuk kat atas tu yang dah berkulat tunggu aku huraikan.. Hurmmmm... Tiba-tiba jadi cikgu.. Memang mula-mula dulu aku tak pandai dan tak berbakat mengajar sebab aku memang susah nak bagi penerangan kat orang lain. Tapi bila aku mencuba rupa-rupanya bakat tu ada cuma tak dipupuk dengan minat dan tak diasah. [Poyo lagi... kuang3!]

Seronok jugak mengajar budak2 ni.. sekurang-kurangnya aku dapat buat otak aku berfikir dan berkembang semula..takde la ditahap yang sama je.. [sebab hari-hari buat kerja yang sama je dekat ofis.. bosan hokeh!!]

Bila saraf otak mula link semula..otak pon berkembang pesat...banyak idea datang dan aku pon tak buang masa dengan perkara yang tak berfaedah. Yang paling best, income pon bertambah jugak! Ahaks!! Sape nak akak belanje??? Meh2 datang umah..Kita makan nasi.. Lauk akak tak belanje hokeh!! hahahaha~~~

Sekarang ni dah tak sempat nak fikir masalah sebab banyak benda lain yang lebih menarik dalam hidup ni nak difikirkan.. Impaknya aku jadi lebih awet muda.. hahaha [perasan sekejap.. Sila tahan muntah!!] Yela...cuba fikir..kalau aku hari2 fikir masalah je nanti tak boleh nak senyum. Bila tak senyum, muka makin berkerut je sepanjang masa. Lama-lama boleh berkedut. Jadi macam kulit orang tua.. Oh!! Tidak.. I muda lagi!! Bila happy macam sekarang, tak fikir masalah, baru la muka tak berkedut. Sentiasa senyum sampai tidur pon dengan senyuman.[Gila!hahaha~~]

Jari dah lenguh pulak..Ok la.. Sambung lain kali ye... [Sila la dengar lagu yang saya dengar sepanjang menaip tadi..]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright (c) 2010 !Safa Rida Blog. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes and Web Design.