Pages

Wednesday, October 12, 2011

Tips merawat rambut yang kasar dan mengembang

Hai semua...

Hari ni nak share sikit cara-cara nak melembutkan rambut yang kasar, kusam dan mengembang serta membuatkan rambut kita semakin sihat.

VCO pure oil

Masalah 1:
Saya mengalami masalah keguguran rambut yang serius dan bila masalah tu berkurangan, masalah lain pulak yang timbul iaitu masalah rambut kering, kasar, kusam dan mengembang. Pendek kata, all in one la masalah ni..

Penyelesaian:
Mudah saja.. Caranya:
1. Syampu rambut (guna apa-apa syampu rambut kegemaran anda)
2. Biarkan kering setelah dicuci
3. Sapukan minyak ini (VCO) pada kulit kepala anda (secukupnya sahaja...tak perlu banyak-banyak)
4. Pastikan anda menyapu minyak secara rata
5. Kalau rajin, urut kulit kepala secara lembut. Elakkan kuku dari terkena kulit kepala. Ini akan merosakkan akar rambut.
6. Sikat rambut seperti biasa
7. Ulangi setiap kali  selepas anda syampu rambut
8. Untuk hasil yang lebih baik, minum minyak ini 2 sudu sehari (Ini serius!! Minyak ini boleh diminum sebagai makanan tambahan untuk kesihatan dalaman.

Masalah 2:
Saya mengalami masalah kulit kering dan jerawat.

Penyelesaian:
Sama juga..Cuma sapu minyak ini pada bahagian kulit kering dan pada jerawat di muka. Dalam masa beberapa hari, jerawat akan mula surut. Cubalah!!

[ eh..eh...Tajuk untuk rambut je..tapi melalut sampai ke jerawat pulak..]

p/s: Ini adalah testimoni daripada saya sendiri.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright (c) 2010 !Safa Rida Blog. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes and Web Design.