Pages

Showing posts with label cerita aku. Show all posts
Showing posts with label cerita aku. Show all posts

Monday, June 25, 2012

Bahagiakah Melihat Insan Lain Bahagia???

Ye... Saya bahagia melihat orang lain bahagia... ( Jawapan yang agak was2 sebab kadang2 bahagia tengok orang lain gembira tapi kadang2 tu timbul jugak sedikit persoalan dalam hati... kenapa dia bahagia?? kenapa aku tak bahagia macam dia??) Tapi adakah apa yang kita lihat tu adalah segalanya?? Tak semua orang mahu menunjukkan rasa sedih di hadapan orang lain.. Begitu juga diri kita.. Betul tak??

Jadi jangan ada hasad dengki dalam hati apabila melihat orang lain bahagia.. kerana kebahagiaan setiap orang adalah milik Allah.. Dia cuma meminjamkan pada kita seketika sahaja.. Jadi kalau kita bahagia, jangan lupa bersyukur kerana bukan semua orang diberi rasa seperti itu.. Bersyukur dengan nikmat yang paling berharga iaitu kebahagiaan dan ketenangan hati...

Bergembiralah selagi anda berhak memiliki kebahagiaan....

Tuesday, May 22, 2012

So Far Away.......

Malam ni rasa nak layan lagu favourite adik aku lak... Tapi lagu ni dah jadi ringtone kat handphone aku pulak.. Ngeeeeee~~~~

So Far Away......

Never feared for anything
Never shamed but never free
A laugh that healed the broken heart
With all that it could

Lived a life so endlessly
Saw beyond what others see
I tried to heal your broken heart
With all that I could
Will you stay?
Will you stay away forever?

How do I live without the ones I love?
Time still turns the pages of the book it's burned
Place and time always on my mind
I have so much to say but you're so far away

Plans of what our futures hold
Foolish lies of growing old
It seems we're so invincible
The truth is so cold

A final song, a last request
A perfect chapter laid to rest
Now and then I try to find
A place in my mind
Where you can stay
You can stay away forever

How do I live without the ones I love?
Time still turns the pages of the book it's burned
Place and time always on my mind
I have so much to say but you're so far away

Sleep tight I'm not afraid (not afraid)
The ones that we love are here with me
Lay away a place for me (place for me)
'Cause as soon as I'm done I'll be on my way
To live eternally

How do I live without the ones I love?
Time still turns the pages of the book it's burned
Place and time always on my mind
And the light you left remains but it's so hard to stay
When I have so much to say and you're so far away

I love you, you were ready, the pain is strong and urges rise
But I'll see you when He let's me
Your pain is gone, your hands untied

So far away
And I need you to know
So far away
And I need you to, need you to know


Copy & Paste from website lirik lagu Avenged Sevenfold

Boleh la dengar kat sini juga ye...

Thursday, May 17, 2012

Jadual Semakin Padat

Hai semua... Sambil-sambil tunggu student siapkan latihan sempat lagi menaip kat sini.. Hehe... Sambil menyelam sambil minum air.. :p

Ye... Jadual sekarang ni memang semakin padat.. Tapi sebenarnya takde la padat mana pun.. Masih ada masa layan drama "Seindah Sakura" petang-petang kat TV3 tu.. Hahahaa....

Kenapa jadual padat?? Sebab student semakin ramai.. Sebelum ni cuma sorang je.. Lepas tu bertambah jadi 2 orang... Sekarang meningkat lagi seramai 4 orang.. Huhuhu...

Jadi guru kelas tambahan ni sebenarnya lebih mencabar sebab kita kena target student yang tak berapa ramai tu untuk dapat cemerlang. Kalau yang datang tu memang sipi2 nak cemerlang takde la susah sangat keje kita.. Tapi kalau yang datang tu....... adoiii!! Jenis yang kena keluarkan anak tekak untuk memahamkan.... Fuhhhh... Memang seronok mak nak.... (ayat sinis ko!!!!) hahaha

Sambung nanti la pulak... My students dah panggil-panggil tu..hihihihi

Tata....

Sunday, May 6, 2012

Mengajar dan Belajar....

Hai semua...

Hari ni dan semalam [Eh..macam tajuk lagu pulak kan...hihihihi] aku mengajar subjek Matematik Tingkatan 5 berkenaan bab Kecerunan dan Luas di bawah graf..[In English.. Gradient and Area under a Graph] Tajuk ni nak kata susah tu takde la sangat..Time study dulu memang bole score untuk tajuk ni. Tapi bila nak mengajar memang susah sikit la... Sebab tak reti camne nak ajar.. [Aishhhh!!! Idea Please...]

Dalam banyak2 topik Tingkatan 5.. rasanya yang ni paling susah nak terangkan. Sebab apa pun tak tau la... Padahal cuma guna formula je kot... tengok graf pastu kira je la..

Untuk student yang sedang belajar tu... Kat sini ada sikit nota untuk korang ye..

Pecutan =  Kecerunan graf 


Okey...Selamat Belajar ye adik2.... Semoga berjaya SPM nanti... :)

Monday, April 23, 2012

Tiba-tiba Jadi Cikgu~

Hai semua... Lama betul la tak update apa2 kat sini.. Dah berkarat jari ni agaknye nak menaip.. Cewah!! Ayat poyo.. Takde masa nak update blog disebabkan jadual yang sangat padat..[sebenarnye berebut laptop dengan anak sedara..huhu..tapi guna laptop tak syok..takde idea nak taip apa2.] Terima kasih kat abang aku sebab berjaya operate PC yang meletop ni.[Eleh...tukar power supply yang baru je kot :p ] Apa pon lagi best guna PC ni sebab besar dan selesa nak menaip.

Sambil menaip ni dengar pulak lagu jiwang.. Fuhh..memang feel abis!! [Dasar minah jiwang!!kah3]
[Berhenti menaip sekejap sebab nak replay lagu jiwang kat Youtube~~ hahaha...]

Berbalik pada tajuk kat atas tu yang dah berkulat tunggu aku huraikan.. Hurmmmm... Tiba-tiba jadi cikgu.. Memang mula-mula dulu aku tak pandai dan tak berbakat mengajar sebab aku memang susah nak bagi penerangan kat orang lain. Tapi bila aku mencuba rupa-rupanya bakat tu ada cuma tak dipupuk dengan minat dan tak diasah. [Poyo lagi... kuang3!]

Seronok jugak mengajar budak2 ni.. sekurang-kurangnya aku dapat buat otak aku berfikir dan berkembang semula..takde la ditahap yang sama je.. [sebab hari-hari buat kerja yang sama je dekat ofis.. bosan hokeh!!]

Bila saraf otak mula link semula..otak pon berkembang pesat...banyak idea datang dan aku pon tak buang masa dengan perkara yang tak berfaedah. Yang paling best, income pon bertambah jugak! Ahaks!! Sape nak akak belanje??? Meh2 datang umah..Kita makan nasi.. Lauk akak tak belanje hokeh!! hahahaha~~~

Sekarang ni dah tak sempat nak fikir masalah sebab banyak benda lain yang lebih menarik dalam hidup ni nak difikirkan.. Impaknya aku jadi lebih awet muda.. hahaha [perasan sekejap.. Sila tahan muntah!!] Yela...cuba fikir..kalau aku hari2 fikir masalah je nanti tak boleh nak senyum. Bila tak senyum, muka makin berkerut je sepanjang masa. Lama-lama boleh berkedut. Jadi macam kulit orang tua.. Oh!! Tidak.. I muda lagi!! Bila happy macam sekarang, tak fikir masalah, baru la muka tak berkedut. Sentiasa senyum sampai tidur pon dengan senyuman.[Gila!hahaha~~]

Jari dah lenguh pulak..Ok la.. Sambung lain kali ye... [Sila la dengar lagu yang saya dengar sepanjang menaip tadi..]

Tuesday, January 3, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

[Waahhhhhh..Lamanya tak update blog.. Tersangat rindu untuk menaip kat sini.. Huhuhu]

Hai semua!!

Seronok ke sambut tahun baru?? Apa azam tahun baru??? Sekejap je dah 2012 kan? Rasa macam baru je di tahun 2000.. [Wahhh ketinggalan sangat tu!] - Nak menunjukkan yang masa berlalu begitu pantas gitu!Cewahhhhh!!-

Sedih juga meninggalkan tahun 2011 ni.. That's why lambat update 3 hari pasal tahun baru ni.. Amek feel tahun lama tak habis lagi. [Bole pakai ke alasan sebegini??? Huh!!] Padahal hari ni baru ada mood dan idea untuk menaip selaju mungkin sebab terpaksa berebut dengan anak buah yang suka tengok kartun di 'YouTube'. Warghhhh!!!

Tahun baru, umur kita pun baru jugak.. Adoiiiii... Tak dapat nak diterima pulak rasanya. Bole tak kalau umur tu tak berganjak?? 'Vodo' punya idea kot.. Hampeh la penulis.. [Aku la tu.. hehehe]

Apa pun yang berlaku pada tahun 2011 akan disimpan dalam tong kat belakang rumah je kot. Dan kalau bole dah tak nak buka lagi. Biarkan ia bersemadi di situ.[Ceewaahh!! Ayat mesti nak power kan..] Buka buku baru, lembaran baru setiap hari dan bina hidup baru yang lebih bermakna pada tahun ini.
[p/s: Baju baru dan kasut baru tak perlu kot...]

Akhir kata, Selamat Menyambut Tahun Baru 2012.. :)

Wednesday, August 10, 2011

Kenangan Satu Ketika Dulu..

Hai semua..

Tiba-tiba teringat pulak kenangan masa zaman kanak-kanak. Masa tu adik-adik masih kecik lagi. Untuk pengetahuan, adik aku 3 orang. Kitorang suka menghabiskan masa (school holiday) dengan aktiviti membaca buku. Tapi disebabkan adik-adik aku yang 2 orang tu tak pandai membaca lagi, (sorang je yang dah pandai membaca..tu pun merangkak2 lagi) jadi, aku dengan baik hatinya membacakan buku cerita kanak-kanak untuk mereka. Aku memang suka baca buku cerita kanak-kanak. Sebab?? Best.. Itu je. Baca pulak dengan gaya yang menarik dan senang difahami oleh adik-adikku yang kecik-kecik lagi tu. Kalau baca macam biasa, diorang tak faham tak syok jugak kan?? Macam aku ni baca syok sendiri pulak. Terus terang aku memang rindukan masa-masa tu.. Seronok sangat kalau dapat bacakan buku cerita untuk budak-budak... Seronok tengok muka diorang yang excited nak tau cerita seterusnya bila kita stop.

Kalau ada peluang, aku still nak buat benda yang sama lagi. Cuma adik-adikku dah besar. So, diorang dah boleh membaca sendiri. Membaca memang menyeronokan!!

p/s: Kalau ada sesiapa yang join sukarelawan jaga rumah kebajikan or anak yatim yang memerlukan ahli baru, ajak la saya! Saya boleh bacakan buku cerita untuk menggembirakan kanak-kanak di sana.. Tu pun kalau diorang suka..:)

Saturday, August 6, 2011

Balik Kampung [Part Two]

Hai semua...
[Sambungan dari entry yang lepas]

Setelah sampai ke destinasi di mana abah kitorang (dalam cerita ni, aku dan adik) dah tunggu kepulangan anak-anaknya.. Bukan abah je yang tunggu..Tapi mak dan adik sorang lagi pun menunggu kami.

Dah lama tak balik kampung. Tapi keadaan kampung tetap sama. Petang-petang masih ada yang bersantai-santai naik motosikal bawak anak bini untuk ambil angin. Masih ada yang melepak di kedai kopi bersembang kosong. Biasa la kat kampung memang macam tu kan?? Tapi yang paling best, udara yang sejuk dan segar. Tak macam kat sini (tempat tinggal sekarang) Nak mandi pagi memang susah la kan..Hihihi...Teringat zaman sekolah dulu.. Selalu mandi air panas sebab tak tahan sejuk.

p/s: tinggal di kampung sampai first day berpuasa.. Sahur dengan mak abah dan adik-adik memang terbaik!!

Wednesday, August 3, 2011

Balik Kampung [Part One]

Dah lama plan nak menaip kat sini. Disebabkan agak busy dengan aktiviti di kampung dan tidak berapa sihat, maka aktiviti untuk menaip di sini terhenti untuk seketika. Balik kampung... hurmmm... Memang seronok sangat-sangat. Tambahan, tengok mak dah semakin sihat dan bersemangat semula membuatkan aku juga kembali bersemangat! Yeah!!!

Cerita pasal kampung, aku balik kampung dengan adik. Of course la kitorang naik bas je. Sebab my hubby tak dapat balik sama. Naik bas...Memang best sangat masa naik bas express sebab dah lama tak balik kampung naik bas. Hampir 2tahun jugak la tak naik bas. Perjalanan bermula di stesen Klang Sentral. Dengan perasaan over excited, aku siap beli roti and air kotak untuk aku n adik. Siap Potato Chips lagi! Ahaks!! Memang over u alls... Naik je bas, terus start makan sebab tak sempat nak breakfast before ke stesen bas. Kitorang bangun lambat! Tiket pukul 10.30, tapi bangun pukul 9. Dan aku pulak tak kemas barang lagi. Huh!! Menggelabah habis!!

On the way, mata mula mengantuk. Tidur saja sepanjang perjalanan. Tak perlu fikir nak keluarkan duit kecik untuk bayar tol, nak singgah stesen minyak dan sebagainya. Secara automatik aku takde rasa nak terkucil or sebagainya. Sedar-sedar kepala terhantuk kat cermin tingkap bas. Bas langgar lubang agaknya. Tak pun bas tu corner mengejut. Tersedar je dah nak sampai stesen Temerloh. Wow!! Dah lama jugak tak sampai situ. Selalu balik naik kereta ikut jalan Negeri Sembilan.

Sampai destinasi, mula la lapar giler perut ni. Temasuk perut adik aku jugak..hehehe. So, sementara tunggu ba ke stesen yang seterusnya untuk ke detinasi sebenar, kitorang isi perut dulu. Lepas makan sempat lagi shopping!! Shopping apa?? Kasut le..Mulanya tengok2 je. Tapi terjebak nak beli sebab dah berkenan pulak. Adik aku yang langsung takde niat pun turut terpengaruh jugak! Memang adik beradik dasar suka kasut. Dah beli mula la bagi alasan untuk sedapkan hati sendiri. Selipar yang aku pakai tu dah koyak sebab aku dah berus selipar tu kuat sangat hari tu sebab terlalu kotor. Macam dah takde kasut lain nak pakai selain kasut tu. Saja buat alasan. Huhu~~

Dah shopping, tengok kat stesen bas macam ada bas yang kitorang tunggu sebelum ni. Apa lagi, dengan pantasnya berlari ke tempat simpan beg. Oh...kitorang bawak beg besar. That's why kitorang kena simpan kat tempat simpan beg. Takkan nak bawak pergi jalan2 shopping. Nak naik bas tu bukan senang. Sebab ramai orang yang tengah beratur sama. Fuh...Berpeluh-peluh menunggu giliran nak naik. Dapat naik pun setelah bas dah macam sardin.

Huarghhhh...mata dah layu la pulak..Bersambung di Part Two..

Wednesday, July 27, 2011

Tetap Bersyukur...

Hai semua..

Lama tak update ruangan yang semakin sepi dan kosong ini.. Petang ni baru je rasa ada mood untuk taip apa yang terlintas difikiran saat ini. Kepala yang jem pula dah semakin lancar pergerakannya. Dah boleh menghuraikan segalanya dalam bentuk ayat. Nak bercakap banyak2 dah tak berkesempatan. Tekak semakin sakit. Menyesal jugak tak hiraukan keadaan kesihatan tekak sendiri. Akhirnya menjadi makin parah disebabkan faktor sekeliling yang tercemar dan tak jaga pemakanan.

Oittt!! Apa yang kau membebel panjang2 ni?? Sebenarnya cuma nak bagitau yang aku ni dalam situasi yang kurang sihat. Selesema dan tekak bengkak semula. Mungkin jangkitan lama pada tekak tak betul2 sembuh. Ini kali ketiga masalah ni berulang. Jadi, selepas ini aku perlu menjaga pemakanan dan gaya hidup dan menjauhkan diri daripada pencemaran yang boleh memburukan keadaan.

Tapi yang kurang best, aku terpaksa makan ubat yang....ewww!! susah jugak nak telan. Sebab dah lama aku bertahan tak nak makan ubat kalau sakit. tapi sekarang ni aku dah tak boleh mengelak. Perlu makan untuk sihat.

Apa pun aku tetap bersyukur sebab diberi kesempatan untuk hidup dan merasa sakit. Kalau tak sakit, kita mudah lupa diri kan??  Mudah lupa pada yang Esa. Mudah merasa diri kita hebat sangat ataupun lebih tepat lagi syok sendiri. Bila dah sakit ni kita mula ingat nak beramal ibadat lebih dari biasa. Hehehe~~

Doakan diriku cepat sembuh ye kawan2... tQ..:)

Thursday, July 21, 2011

Tanpa Kamu...Susahlah Saya...

Seorang wanita sedang memandu kereta sambil jari hantu ditegakkan...

Apakah situasi ni??Marah dengan pemandu lain ke??Jangan la macam tu cik kak... Ops!!! Jangan salah faham dik.. Cik kak ni cuma ada masalah jari hantu dia sakit sebab terkena pisau masa potong buah je..Luka agak teruk sebab tu jarinya terpaksa ditegakkan masa memandu dan dah tak boleh bawak moto sebab jari lain tak sampai nak tarik brek..Jari-jari lain gemuk pendek!kui kui kui...

Saksikan gambar-gambar sampingan selepas lebih 5jam jari luka dihiris sembilu pisau.

Jari berdarah semula lepas 5jam terluka
Selepas disapu minyak gamat, darah dah mula berhenti




Selepas darah dilap dan mula kering

Selepas dicuci dan disapu minyak gamat semula

Jariku...Kau tau tak yang aku sangat sayangkan kamu...Betapa aku rasa susah bila kau sakit. Time aku mandi, nak sabun badan dan syampu rambut pun susah tau! Apatah lagi kalau aku buang air... Kau jari kat belah kiri. Faham-faham je la ye jariku...

Semoga kamu cepat sembuh ye... Tanpa kamu susah saya tau...:)

Wednesday, July 20, 2011

Semalam di Tempat Parking

Hai semua...

Actually entry ni untuk semalam tapi sebab banyak sangat peristiwa best semalam. So, tak sempat nak update.
(Alasan semata-mata ke weihhhh???)

Ceritanya masa balik kerja semalam. Kebetulan motorsikal aku (aku pergi kerja bawak motor saja okeh..save budget + tak mampu nak beli kereta...isk3...) dah di 'block' oleh motor-motor lain yang parking tunggang langgang kat bawah ofis.  Aku ni pulak dah malas nak naik mintak sesiapa yang berkenaan untuk alihkan motor mereka. Dengan terhegeh-hegeh aku tolak motor aku untuk keluarkan dari dikerumuni oleh motor lain. (maklumlah, motor aku ni cun..sebab tu motor2 lain sibuk nak parking rapat2..hoho)

Tiba-tiba aku terlihat dari ekor mata, motor yang parking kat tepi aku bergerak sendiri kebelakang. Wahhhh...Suspend la pulaks!! Sekali pandang belakang rupanya ada orang yang baik hati dah tolong alih motor tu.. Fuh..nasib baik tak jadi drama seram petang hari.. Kalau tak...haru biru kelabu asap dibuatnya! Tapi aku termalu jugakla kat situ sebab berlagak taknak mintak tolong orang. Macam 'good-good' je kat situ try alih motor sendiri. hehe... Anyway, terima kasih tak terhingga sebab dah tolong seorang perempuan yang tak larat nak alih motor ni...(smile...)

Monday, July 18, 2011

Status Hari Isnin :: Moody Monday ::

Hai semua...

Hari Isnin, pagi-pagi on je Facebook takde lain status melainkan....
"Boringnya hari ni..." "Rasa malas nak kerja hari ni.." "Isnin yang bosan." "Hari ni rasa malas pulak.." 
----> Malas dan Bosan... Dua perkataan yang akan kita lihat di status Facebook kawan2..

Kenapa?? Ntah la kan..Hanya tuan empunya badan je yang tau.. Aku?? Kalau malas aku terus ponteng je.. Ambil je cuti.. Dah takde mood, mana boleh ada kat ofis. Nanti stress sebab hati still kat atas tilam dan  nak peluk bantal lagi. Hihihi.. Bagi je la alasan apa2.. Datang kerja pun menjejaskan prestasi je.
Ya..Akulah pekerja 'terbaeekkk'...(dalam seni bercuti) Hahaha...[Gelak Jahat]
---->Ops!! Terkantoi pulaks!!! Tapi ok what kan...Sekurang-kurangnya aku ni masih ada niat untuk bekerja dengan baik. Yela...Bila datang kerja mesti la kena buat the best punya!! [ayat macam poyo je]

Apa pun sebagai pekerja, kena ikhlas jugak kan?? Nanti bila kita dah jadi bos, pekerja kita pun akan ikhlas bekerja dengan kita.

p/s: Ada ke yang bercita-cita nak jadi pekerja sampai pencen??

Sunday, July 17, 2011

Berakhir 3 hari yang menyakitkan...

Hai semua...

Alhamdulillah...Berakhir sudah 3hari yang agak menyakitkan sebab berurut... [Sudah selamat diturunkan salur peranakan -----> kata mak bidan selaku tukang urut berpengalaman..]

Perasaan : Happy sebab dah berakhir kesakitan semasa berurut.
Harapan : Semoga dipermudahkan segala urusan dan impian selepas ini.

Nasib baik 3hari je dah boleh turun semua ke tempat yang sepatutnya. Aku dah boleh buat plan seterusnya iaitu pergi klinik pulak. Tapi tak tau la bila nak pergi. huhu~~ Takde masa nak buat appointment kat klinik/hospital. huiiiiii....amek masa tuuuu... Tak sanggup betul rasanya..

Apa pun rasa happy sebab sekurang-kurangnya kami dah berusaha walaupun cuma stage pertama.

Friday, July 15, 2011

HUJAN :: MOOD : Sangat Baik!!

Hai semua..

Pagi tadi hujan lebat di sekitar daerah Klang ni yang membuatkan aku rasa macam tak nak bangun je..Tapi Alhamdulillah.. Kekuatan semangat untuk bekerja tu masih tinggi lagi. So, tetap bangun untuk pergi kerja walaupun hujan mencurah-curah kat luar. Sampai ofis (walaupun lambat sikit dari biasa), tiba-tiba aku tersampuk penyakit rajin waktu pagi yang jarang-jarang aku kena. Huhuhu~~  
(Tak pasal-pasal abis ofis tu aku kemas --->untuk pengetahuan, umah tak abis kemas lagi sebab malam tadi pergi hangout dengan kawan..huhu~)

Pelik kan??  Time hujan lebat boleh dapat mood yang baik macam tu. Then jadi rajin sesangat!! Hari-hari hujan lagi bagus.. Aku jadi rajin selalu... (Tapi datang lambat sikit ke ofis ye....--->alasan "Hujan lebat bos...Tu pasal lambat sikit sampai ofis..")
Boleh terima ke alasan macam ni?? Boleh kalau orang tu memang takde kereta. Tapi kalau yang ada kereta macam mana pulak?? Alasan: "Jalan jem sangat time hujan." "Ada eksiden membuatkan jalan tambah jem dari biasa." "Pokok tumbang halang jalan nak ke ofis." Ok..ok... Boleh terima... Yang penting rajin buat kerja lepas jejak kaki kat ofis. Betul tak bos???

Tuesday, July 12, 2011

Kerja oh kerja...

Hai semua..

Dah macam tajuk cerpen la pulak eh..Just nak bagitau korang yang aku ni dah mati kutu kat opis ni. Lalala~~ Bosan tahap 4 dah ni (eh macam sakit cancer pulaks!uhuhu~~)

Inilah manusia. Banyak kerja pon bising, tak banyak kerja pon bising..(mengata diri sendiri. Kalau ada sape2 yang terasa sama tu padan muka ye..) Tapi serius la.. Sejak kerja kat sini rasa macam tak kerja sangat.

List kerjaku :
1. Check bank balance
2. Prepare payment / bukak cheque
3. Key in data (duit keluar/masuk)
4. Buat air untuk Bos (bila bos datang je)
5. Kemas pantry (lebih kepada dapur ofis) --->termasuk kerja mencuci pinggan mangkuk dan sebagainya
6. Check barang dapur apa yang dah habis (2minggu sekali)
7. Jawab phone call
8. Bla bla bla...

Eh..eh..banyak jugak kerja aku ni. Tapi tak terasa banyak pon. So, nak watpe ek bila ada masa terluang??tengok tv??Yang pasti aku akan bukak blog and read kawan2 blog punya entry. tQ kawan2 sebab korang punya entry dapat menghilangkan bosanku di ofis...

p/s: Berhati-hati nak tulis blog sekarang ni. Ada yang followww...takot ada issue sensitif yang boleh menimbulkan peperangan hati..hihi~ :)

Thursday, July 7, 2011

Cerita waktu maghrib...

Hai semua!!

Ni cuma sikit pengalaman seram sikit yang aku alami beberapa minggu lepas. Nak cakap terlalu seram, memang tak la kan.. Cuma meremang segala bulu je..hahaha~~

Ini adalah true story yang aku alami sendiri walaupon cuma dari jauh dan sekali imbas sahaja. Mungkin juga mata aku yang berkacamata ni kurang clear di waktu maghrib. Huhu~ Tapi yang pasti aku memang nampak.

Apa aku nampak??Ha...gini citenya.. Masa tu aku (of course with my hubby) on the way nak balik rumah. Kami perlu lalu kawasan rumah flat. Rumah flat dah tentunya bertangga batu kan??Tapi apa yang aku nampak. Orang yang naik tangga tu tak macam kebiasaannya. Macam naik escalator kat shopping complex la pulak.(orang berkenaan cuma berdiri dan bergerak ke atas) Fuhh!! Confuse jap dibuatnya. Siapa yang aku nampak??

Wednesday, July 6, 2011

Malunya iiii...

Hai semua!

Idea nak type entry ni tiba-tiba datang lepas dapat air dari budak opis yang tiba-tiba jugak hantar air Milo ais kat meja ni.. Malu iii tauuuu!! Terasa diri ini macam pompuan pemalas la pulak.. Duduk melongo termenung je kat meja then air sampai. Huhuhu~~ OH TIDAK!!!

Tapi bak kata orang, rezeki jangan ditolak. Minum je la..orang dah buatkan kan??? Asyik minum air buatan sendiri je..Bored (alasan semata-mata) kui3~~

Apa plan lepas balik kerja ni eh?? Nak pergi mana la pulak.. Cuaca mendung je ni.. Semalam dah pergi tengok cerita Transformers. Memang menarik. Tapi yang buat spoil sound system kat situ problem la pulaks!! Memang spoil!!Phuiiii!!! Nasib baik takde masalah BAU KAKI macam masa tengok cerita KL Gangster. Memang hampeh..Tengah syok gelak-gelak, ada pulak bau-bauan yang tidak menyenangkan hidungku yang cute miut ni..huhu~~


Cadangnya nak shopping sikit la petang ni.. Lalala~~ Jom korek duit!!

Tuesday, June 28, 2011

Bosan dengan aktiviti seharian??

Hai semua!!

Pernah tak anda rasa bosan tak bertempat?? http://www.emocutez.com
Contohnya, tiba-tiba je rasa semua benda tak kena dan tak boleh nak buat apa?? (apa pon tak bole...) ---> termasuklah dengan kerja di ofis.

Jika ya...apa yang perlu kita lakukan??
1. Tukar kerja
2. Tukar profession
3. Ambil cuti untuk tenangkan fikiran
4. ...........

Sebenarnya aku ni tiba-tiba rasa penat sangat bekerja sebagai kuli kira-kira (account assistant) Setiap hari asyik kira, kira, kira... huhuhuhu..Bosan & memeningkan kepala. Kalau kira duit sendiri ok jugak.. Ni kena kira duit orang..Bahaya jugak tu kalau-kalau short ke apa...tak pasal-pasal kena je nanti. Niat hati nak tukar profession. Tapi nanti kena mula dari bawah semula & kena belajar banyak benda semula. Ok jugak kot... At least boleh belajar benda baru sambil dapat gaji. Hehehe...

Ada ke orang nak ambil orang yang ada experience bidang lain untuk kerja bidang yang lain??? Rajin ke dia nak mengajar??
Belum cuba belum tahu...http://www.emocutez.com

Friday, June 24, 2011

Makcik Guard pun gelak!!

Hai semua!!

Hari ni time rehat tadi jumpa kawan-kawan kat Giant dekat dengan office.. Then terus ke bank dah alang-alang keluar tengah hari tadi, bos mintak tolong cash kan cheque dia. Aku pun dengan baik hati berkata "bole bos.."(Kang cakap tak bole, dia cakap berkira pulak..tak nak tolong dia. Lagipun dia tak berkira dengan semua staff termasuklah aku..)

Bank yang dimaksudkan pulak Eon Bank. Ni kali ke-2 aku berurusan dengan kaunter Eon Bank. 1st masa aku buat buku akaun bank. Dan inilah ke-2 kalinya. Masa 1st time tu aku tak perlu ambil nombor giliran. Terus ke kaunter je. Hari ni kena ambil nombor giliran walaupun tak ramai orang. Masuk-masuk je aku dah tersengih-sengih sebab tak tau mana nak dituju untuk ambil nombor giliran. Lepas tu aku tanya la kat Makcik guard yang ada kat situ. Lagi sekali aku blur tak tau nak tekan kat mana sebab tak jumpa button pada mesin tu. Punyalah canggih sampai aku tak tau nak tekan apa untuk keluarkan nombor giliran. Biasa kat bank2 lain dan pejabat pos tekan button kat mesin tu je kan. Ni kena touch screen kat sebelah mesin baru keluar nombor giliran. Huhuhu~~ Ketinggalan zamannya aku...(tu la selalu tak berurusan kat kaunter. Biasanya guna online or mesin ATM je..termasuk nak bank in duit/cheque)

Yang paling tak best masa nak keluar dari bank tu, dari jauh Makcik guard tu dah tersenyum-senyum tengok aku! warghhh!!! Senyum je la... :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright (c) 2010 !Safa Rida Blog. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes and Web Design.