Pages

Sunday, May 29, 2011

Kisah Hati

Hai semua...

Kat atas tu cuma tajuk lagu yang tiba-tiba sedap pulak telinga ni dengar. Before ni takde lak nak tau siapa penyanyinya. Tapi ntah macam mana tiba-tiba tertengok AF semalam.(senuanya secara tiba-tiba okeh!) Lena nyanyi lagu ni. Diorang cakap lagu Alyah. Oh..Alyah yang nyanyi rupanya. So, tadi search kat 'youtube' sebab nak tengok video klip lagu ni. Kata orang, (gosip-gosip la ni) dalam video klip ni Alyah berpeluk-peluk dengan Remy Ishak. Memang betul!! Tapi video klip ni gambarnya memang cantik. Effect pon cantik. Maybe lokasinya memang sesuai dengan maksud lirik lagu ni.


Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Hanya sempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Hadir di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Biar ku setia menjaga cintamu
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

 Inilah liriknya yang aku copy je kat myliriklagu.com. Kat bawah ni pulak gambar yang aku print screen masa tengok video klip tadi..




"Suka semua gambar ni sebab background yang cantik"

Thursday, May 26, 2011

Masa terasa cepat berlalu~~

Hai semua..

Dah siap-siap pakai lawa-lawa tapi cik abang lak tak siap-siap lagi. Nyampah betul nak kena tunggu dia.. Penantian satu penyeksaan tau!!! Tapi takpe lah aku ni jenis yang bersabar orangnya..(sabar la sangat) Sambil menunggu meh kita gosip-gosip sikit. Amboi!! Time ajak gosip bulat je mata ek.. Takde gosip apa pun. Tak payah la kita nak sibuk hal-hal tak penting camtu. Baik kita fikir-fikir apa nak buat lepas ni, plan untuk masa depan. Cewaaahhh!! Klas gitu!! Tang merepek bagi la kat aku.

Ada satu perkara yang aku runsing sangat dalam hidup ni. Kenapa time kerja aku rasa masa sangat panjang dan lambat berlalu. Sentiasa ternanti-nanti pukul 5 petang untuk balik rumah. Tapi bila kita buat sesuatu yang kita suka, masa terasa cepat berlalu. Sekejap je dah petang. Padahal setiap hari memang ada 24jam untuk aku gunakan. Masa yang lebih berharga dari emas yang tengah naik harga sekarang ni.

Dari segi matematik, 24jam tolak 8jam waktu tidur (aku still guna masa tidur baby..heheh~~ orang lain tidur 6jam sehari tapi aku ni lebih sikit. Kalau tak, nanti aku akan lalok dan tertidur dari lepas balik kerja sampai pagi esoknya...)  So, ada lagi 16jam balance. Tolak lagi dengan 8jam waktu kerja. Ada la 8jam lagi time yang tinggal untuk urusan peribadi. 8jam tu boleh kita gunakan untuk solat, makan, mandi, bersenam (yeke ni??) Macam-macam lagi la aktiviti yang kita boleh buat.

Tapi kenapa rasa macam takde masa ye??? Hurm..Jawapannya....kita yang tak pandai manage masa yang kita ada. Siapa-siapa yang boleh tolong buat jadual untuk aku??? Aku ni kalau buat jadual untuk diri sendiri kompom fail!! Tak dapek nak nolong. Susah nak ikut. Maybe kena ada punch kad kat rumah kot...

Entry takde tajuk...

Segarnya!!! Kenapa?? Baru lepas mandi mestilah segar bugar!! Lepas ni boleh la buat aktiviti lain pulak. Hari ni drive sana sini sampai badan rasa lesu je.. Tapi dah rest and mandi terus rasa segar dan rasa seronok nak keluar semula. Hehehe~~ Apa nak jadi ni??

Tiba-tiba ter'search' Samsung Galaxy Tab. Dan yang paling tak boleh tahan dah terminat la pulaks!!! kui3~~ Berangan je la ye.. Nak beli tah bila..Banyak lagi benda lain nak beli kan?? Kena fikir betul-betul untuk spend money kat gadget-gadget macam tu. Hurm... Lain la bisnes semakin maju. Tak payah nak fikir-fikir lagi. Terus sambar je 5bijik. Huahuahua..(Patutla tak kaya-kaya..Asyik nak membazir je kejenya...)

Hari yang santai macam hari ni memang susah nak dapat. So, kena manfaatkan betul-betul. Jom darling... kita keluar!!!!

Wednesday, May 25, 2011

Kenapa Perlu Tukar???

Hai semua...

Hari ni aku nak share sikit info pasal pad ataupun tuala wanita (Ops!! Agak terbuka sikit ye topik kali ni..tapi rasanya semua orang dah tak kisah pasal ni kan??Lelaki pun ada yang jual & beli pad jugak.) Betul kan?? Zaman sekarang ni semua orang dah bersikap terbuka. Lagipun cerita kali ini lebih kepada kesihatan wanita. Bak kata orang, lebih baik mencegah daripada mengubati. Kan???

Disebabkan aku pengguna tetap, so, aku memang nak syorkan dengan korang-korang pasal produk favourite aku ni. Produk ni namanya Wanisa. Nama pun dah ayu-ayu gitu. Hehehe~~ Memang sesuai dengan orang yang menggunakannya. Kepada sesiapa yang mempunyai masalah alahan seperti gatal-gatal dan ruam apabila tiba waktu traffic light merah, memang sesuai guna Wanisa. Wanisa ni ada Jalur Bio-Perlindungan Multi-Tindakan dengan fungsi 4-dalam-1. Wah..best betul kan?? Pakai satu benda tapi dapat empat kebaikan!!
Antaranya :
1. Fungsi Far-InfraRed -Membantu menstimulasikan tisu, mmeningkatkan metabolisme, pengaliran darah serta mengetatkan otot.
2. Fungsi Ion Negatif -Membantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan melaraskan hormon ke tahap normal.
3. Fungsi Anti-Bakteria -Merencatkan pertumbuhan mikroorganisma disekitan kawasan faraj.
4. Fungsi Penyahbauan -Menyingkirkan bau busuk daripada bakteria penyebab bau.


Inilah dia produk yang dimaksudkan.. "Wanisa"
Paling best adalah kita akan rasa lebih selesa sebab kawasan intim kita tak lagi berpeluh disebabkan sistem pengaliran udara yang baik yang terdapat pada produk ni.Lagi satu, kita dapat perlindungan paling maksimum disaat kita memerlukan! Tak percaya?? Cubalah!!

So, inilah sebabnya kenapa kita perlu bertukar..--->http://www.emocutez.com



Tuesday, May 24, 2011

Dapat Surat Cinta!!

Terima kasih MPK(dengan nada tak ikhlas...hahaha) Ni kalau orang MPK baca ni mesti dia cakap padan muka. Siapa suruh parking kat tempat yang nak elak bayar parking. Huahua.. Apa nak buat Encik-encik dan Puan-puan MPK. Saya ni pekerja bergaji kecik je. Tak mampu nak bayar parking apatah lagi nak bayar saman tu.. Boleh la kiranya encik-encik dan puan-puan untuk bagi diskaun kat saya ni... Nanti saya bayar okeh!! Kenapa lah ofis ni tak sediakan parking khas untuk pekerja-pekerja. Kesian kat kami-kami ni. Hari-hari datang kerja kena bayar parking. Penuh la tabung MPK tu kan??? Kesian kat tabung tu jugak kan?kan?kan???heheh~~

Hurm.....baru je plan nak menabung lebih sikit bulan ni...(menabung ke??) Nampaknya rebeh poket dengan benda yang tak disangka-sangka. Macam-macam hal.. Kereta pun dah calar. Nak kena servis lagi. Banyaknye benda tak settle. Adoi...sakit kepala dibuatnya. Time ni jugak la nak dapat surat cinta pun...--->sad :(

Friday, May 20, 2011

Belajar untuk menyenangkan orang lain supaya.....

Belajar untuk menyenangkan orang lain supaya kita disenangkan dalam apa jua perkara yang kita lakukan..

Betul ke??? Hurmm...Betul sangat-sangat..Tak percaya?? Cuba lah korang buat orang lain senang hati..Nanti korang pun akan senang hati jugak.(Perhatian: Buat sesuatu dengan ikhlas okeh!!!) Bila aura positif tu dah ada dalam diri kita, Insyaallah kita sendiri akan rasa happy dan menebarkan senyuman serta perasaan gembira kita pada orang lain.

Aku baru perasan hal ni sejak aku kerja di tempat baru. Aku memang sebelum ni tak suka bekerja dengan orang (maksudnya jadi kuli) tapi aku perlu lakukan sesuatu untuk mencapai cita-aku untuk jadi bos satu hari nanti.(Impian semua orang kan??) So, aku perlu cari pengalaman semaksimum mungkin dan modal yang maksimum jugak.  Aku yang dalam dilema, kerja dalam keadaan terpaksa..(dah tentulah tak ikhlas kan??hehehe) Tapi setelah aku fikir-fikirkan, aku tau aku salah... Aku perlu lakukan sesuatu dengan ikhlas supaya segalanya berkat dan aku sendiri happy plus senang hati.(smileeeee)

Sekarang aku perlu belajar untuk menyukai pekerjaan sekarang dan perlu lakukan sesuatu untuk memberi kesenangan kepada orang lain (mak, abah dan adik-adik) supaya nanti aku akan lebih berjaya dan senang di masa depan... Doakan kejayaan aku!! Insyaallah ramai lagi yang doakan korang nanti...:))))

Monday, May 16, 2011

Cerita orang yang tiada masa dan...............

Hai semua!! Ada khabar baru???

Hari ni aku just nak share cerita orang yang tiada masa dan sering merasa selesa dalam hidup. Seperti tiada masalah padahal bermasalah dengan diri sendiri. Ibaratnya orang yang perasan hebat dan sentiasa cukup segalanya dalam kehidupan sedangkan hal sebenarnya macam hampeh je. Aku la tu orangnya.

Semua itu berkaitan masa. Aku ni orangnya yang tak pandai mengurus masa. Semuanya apa yang sempat je. Kalau nak pergi kelas or tempat kerja, pakaian tangkap muat je. Make-up??? Tak pernah make-up ke kelas mahupun tempat kerja. Semuanya simple je. Kenapa?? Sebab "tiada masa"!! Padahal kita semua sama saja. Masa kita semua Allah bagi 24jam setiap seorang. Tiada yang lebih dan tiada yang kurang. Betul kan??? Cuma terpulang pada kita untuk bijak atau tidak dalam mengurus masa.

Setelah usia hampir 25tahun baru aku sedar semua itu. Huhuhu... Adakah terlambat?? Mungkin tidak. Positif je... Yang penting kita mahu berubah dan sentiasa yakin kita boleh berubah ke arah yang lebih baik. Yang pertamanya aku nak kurangkan habit suka tidur. Satu waktu dulu aku memang kuat tidur, kuat makan dan pemalas. Hahaha... Tapi aku dah mula berubah apabila usia 20-an ke atas sebab aku dah mula kerja dan memang perlukan aku untuk kurangkan habit kuat tidur. Tapi usia yang meningkat memang membuatkan kita semakin kurang tidur. Mungkin sebab banyak tanggungjawab dan semakin matang dalam hidup. Ceeewaahh!! Muntah darah baca ni.(sendiri baca pun nak muntah) Hahahaha!!!

Tadi aku ada baca "tips satu minit setiap hari". Entry tu dah lama sangat. Dah bertahun. Tapi baru hari ni aku baca. Entry by Irfan Khairi jutawan internet tu la.. Tajuknya "Maaf....saya tak cukup masa".
Baca je ni...

Apa sahaja kerja yang kita lakukan memerlukan masa. Tak kira kerja apa. Dengan itu, memang kita tidak boleh lari dengan masa.
Satu strategy saya dalam menguruskan masa saya adalah strategy 10/90.
Strategy ini mengatakan, kita perlu menggunakan 10% daripada masa kita untuk merancang masa kita, dan ini akan menjimatkan 90% daripada masa kita dalam mencapai sesuatu matlamat (jangka panjang atau jangka pendek).
Adakah anda merancang masa anda? Maksud saya, benar-benar merancang sehingga mengambil masa 30 minit-1 jam hanya untuk merancang masa? :)
Kalau tidak, anda perlu mulakan merancang masa anda 10% untuk menjimatkan 90%!
Berhenti dari menggunakan perkataan “Tak cukup masa” atau “sibuk sangat” dari penggunaan anda. Dengan cara ini sahaja, anda akan MENCARI MASA dan tidak menjadikannya alasan!

Hurmmmm.... Betul sangat-sangat.. Memang inilah yang aku perlu buat untuk mengubah diri dan masa depan. Tapi untuk orang yang berada di zon selesa ni agak sukar untuk berubah. Inilah cabaran yang paling besar dalam hidup. Lebih mencabar daripada masa test JPJ untuk dapat lesen kereta. Lebih mencabar daripada menunggang basikal di hutan. Lebih mencabar dari segalanya. Nak melawan nafsu dan sikap suka bermalas-malasan memang mencabar! Tapi kita masih ada Tuhan yang sentiasa dapat membantu hambanya. Sentiasa berdoa dan terus berdoa. Aku cuma selalu baca doa ni... Semua orang tau kot...
Doa Melawan Musuh Besar:
" Ya Allah... Aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, dan aku berlindung padaMu dari kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung padaMu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang. (baca 3kali setiap kali lepas solat) "

Insyaallah segala musuh besar dalam diri kita sendiri dapat kita tumpaskan.

Wednesday, May 11, 2011

Kurang Semangat

Hai semua...(Dengan nada yang lemah dan tak berdaya..huhu)

Hurm.. Kenapa la lemah semacam je hari ni ek?? Maybe sebab cuaca yang panas sepanjang minggu ni. Tapi aku minum banyak air untuk mengelakkan badan aku panas dan kekeringan..(huh!!Sesuai ke ayat nih??)
Aku rasa sebab yang paling tepat adalah aku dah lama tak membuang bahan tak perlu dalam perut kot. Yang dah lama terhadam tapi terperap je kat dalam perut ni. Dah jadi tapai agaknya. Huhuhu.. Sebab tu la aku rasa macam di awang-awangan. (Ehem!! Perhatian...Bukan di awan biru. Cuma di awang-awangan. Lain macam je bunyinye..) Macam nak demam pun ada jugak. Korang rasa macam ni jugak ke kalau dah lama tak b***k (atau tak membuang)???


Ha...Baru ingat. Aku still ada stok minuman pelawas yang memang sesuai untuk masalah aku ni. Apa dia??? Ni la dia... Iso.5 - Minuman Serat Campuran. Hanya mengandungi buah-buahan tepilih yang sesuai untuk penghadaman.









Yang ni pulak Iso.5 yang aku dah campur dengan air and ready to drink. Rasanya sedap jugak. Rasa buah-buahan. Banyak rasa nenas kot. Aku ni memilih sikit. Susah nak telan benda yang kurang sedap. Hehehe...




Hmmm...dah minum dan esok or malam ni jugak dah boleh tersenyum lega..burkkk...ops!!heheh~~

Monday, May 9, 2011

Nak Jadi Pramugari macam Dania...

Hai semua... Time to update blog after a week..(maybe...dah lupa bila last update blog)

Tadi tengok cerita Awan Dania tiba-tiba teringat cita-cita lama iaitu nak jadi pramugari. Uhuk-uhuk... Siapa yang nak muntah tu cepat-cepat pergi toilet or sinki dapur.. Muntah dulu then meh la sambung baca balik. Hehehe~~

Cita-cita yang tak tau la nak cakap bagus ke tak.. Huhu.. Dengar macam seronok tapi tak semestinya best kan?? Sama je kerja apa pun yang penting kita semangat nak lakukannya. Apa yang pasti cita-cita tu tetap menjadi sesuatu yang aku rasa best walaupun aku tau tak mungkin tercapai. Tak kisah la...Janji ada jugak cita-cita daripada takde cita-cita langsung. Weks!!

Sunday, May 1, 2011

Aku yang Beruntung???

Hai semua!!! Selamat bercuti sempena 1 Mei 2011. Hari yang dinanti-nanti oleh semua pekerja. Tapi pekerja kat pasaraya mungkin tak bercuti (tapi dapat gaji triple!! yummy!!) hehe...dalam hati meronta-ronta nak berehat & bercuti. Bukan selalu dapat bercuti lama kan??

Aku yang beruntung?? Ntah la sejauh mana keberuntungan aku tu. Aku sendiri was-was sebenarnya. Bagi sesetengah pihak mungkin nampak aku ni beruntung tapi hati kecilku ini berbelah bagi.. (ceeewaahhh!! ayat tak boleh blah la..) Huhu.. Apa yang boleh dikatakan di sini ialah.. bila kita mahukan sesuatu selalunya susah nak dapat tapi bila kita beria-ia nak reject, dapat la pulak. Ni cerita pasal job baru yang baru je dapat. Memang masa mula-mula nak mintak tu bersemangat nak dapatkan job tu. Tapi bila dah dapat rasa macam tak nak je. Tak bersyukur?? or tak tau nak menghargai?? or apa pun tak boleh?? Ntah la.. Tak tau nak diluahkan macam mana... Kalau rasa berat hati apa boleh buat kan?? Hati yang dulu merasai. So, kata siapa yang nak diikut?? hurmmm... (Luahan dalam hati : Bila dah susah hati macam ni, barulah teringat kat Allah.. Barulah ada rasa nak solat istikharah.. Inilah manusia/hamba yang kurang keinsafan diri. Time susah baru nak ingat Tuhan. Time senang ntah apa yang diingat pun tak tau. Apa pun aku mohon Allah tunjukkan jalan yang sebaiknya bagi aku untuk aku buat keputusan yang betul dan bermakna.. Amin...)

Dalam masa yang suntuk ni aku harap semuanya dapat diselesaikan dengan secepatnya.. Semoga semuanya berjalan dengan sangat baik sebab sekali melangkah aku dah tak boleh berpaling lagi...(....tak mungkin ku berpaling...cukuplah sekali....) Poyo la pulaks!! ---> Masih boleh nyanyi adakah bermaksud masalah ni kecik?? Tidak sama sekali!! Ni masalah antara hidup dan mati okeh!! Salah langkah boleh mendatangkan masalah besar nanti. Menjadi seorang yang bijak buat keputusan hari ni boleh mengubah segala-galanya. Tapi macam mana??? Yang ni kita tak tau..

Membebel lama-lama kat sini pun masalah tak selesai.. So, ada baiknya aku stop dan pergi solat istikharah. Betul tak??
http://www.emocutez.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright (c) 2010 !Safa Rida Blog. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes and Web Design.