Pages

Wednesday, June 29, 2011

Wordless Wednesday jugak la...

Hai semua!!

Anything to say???

Tuesday, June 28, 2011

Bosan dengan aktiviti seharian??

Hai semua!!

Pernah tak anda rasa bosan tak bertempat?? http://www.emocutez.com
Contohnya, tiba-tiba je rasa semua benda tak kena dan tak boleh nak buat apa?? (apa pon tak bole...) ---> termasuklah dengan kerja di ofis.

Jika ya...apa yang perlu kita lakukan??
1. Tukar kerja
2. Tukar profession
3. Ambil cuti untuk tenangkan fikiran
4. ...........

Sebenarnya aku ni tiba-tiba rasa penat sangat bekerja sebagai kuli kira-kira (account assistant) Setiap hari asyik kira, kira, kira... huhuhuhu..Bosan & memeningkan kepala. Kalau kira duit sendiri ok jugak.. Ni kena kira duit orang..Bahaya jugak tu kalau-kalau short ke apa...tak pasal-pasal kena je nanti. Niat hati nak tukar profession. Tapi nanti kena mula dari bawah semula & kena belajar banyak benda semula. Ok jugak kot... At least boleh belajar benda baru sambil dapat gaji. Hehehe...

Ada ke orang nak ambil orang yang ada experience bidang lain untuk kerja bidang yang lain??? Rajin ke dia nak mengajar??
Belum cuba belum tahu...http://www.emocutez.com

Friday, June 24, 2011

Makcik Guard pun gelak!!

Hai semua!!

Hari ni time rehat tadi jumpa kawan-kawan kat Giant dekat dengan office.. Then terus ke bank dah alang-alang keluar tengah hari tadi, bos mintak tolong cash kan cheque dia. Aku pun dengan baik hati berkata "bole bos.."(Kang cakap tak bole, dia cakap berkira pulak..tak nak tolong dia. Lagipun dia tak berkira dengan semua staff termasuklah aku..)

Bank yang dimaksudkan pulak Eon Bank. Ni kali ke-2 aku berurusan dengan kaunter Eon Bank. 1st masa aku buat buku akaun bank. Dan inilah ke-2 kalinya. Masa 1st time tu aku tak perlu ambil nombor giliran. Terus ke kaunter je. Hari ni kena ambil nombor giliran walaupun tak ramai orang. Masuk-masuk je aku dah tersengih-sengih sebab tak tau mana nak dituju untuk ambil nombor giliran. Lepas tu aku tanya la kat Makcik guard yang ada kat situ. Lagi sekali aku blur tak tau nak tekan kat mana sebab tak jumpa button pada mesin tu. Punyalah canggih sampai aku tak tau nak tekan apa untuk keluarkan nombor giliran. Biasa kat bank2 lain dan pejabat pos tekan button kat mesin tu je kan. Ni kena touch screen kat sebelah mesin baru keluar nombor giliran. Huhuhu~~ Ketinggalan zamannya aku...(tu la selalu tak berurusan kat kaunter. Biasanya guna online or mesin ATM je..termasuk nak bank in duit/cheque)

Yang paling tak best masa nak keluar dari bank tu, dari jauh Makcik guard tu dah tersenyum-senyum tengok aku! warghhh!!! Senyum je la... :)

Wednesday, June 22, 2011

Lepas Makan Rasa Macam......

Hai semua!!! (dengan nada yang tak berapa nak excited sangat)

Kenapa?? Maklumlah tengah-tengah hari nak melangkah ke petang ni.. Tenaga belum lagi dapat diproses dengan betul. Makanan baru je masuk ke perut sekejap tadi.

Lepas makan rasa macam mata ni tak bole bukak la pulak! Adoiiii... Geram betul.. Kerja banyak lagi ni tak settle. Adakah :
1. Makanan tadi beracun?? (Takkan la...kalau beracun mesti dah Innalillah.....)
2. Tertelan ubat tidur?? (tak mungkin langsung)
3. Kurang tidur...?? (mungkin jugak)
4. Kurang oksigen?? (Agak tepat. Minum air pon sikit-sikit. Mungkin tak cukup nak support pergerakan oksigen dalam badan. Tambah pulak udara dalam ofis ni tak menyegarkan langsung!)

Tapi pelik kan? Dengan mata separuh terbuka ni pon still bole menaip di blog lg...huhuhu~

Tuesday, June 21, 2011

Bila Bosan..Apa Nak Buat???

Hai semua!!

Dah lama tak menaip kat sini.. Tak tau nak cerita apa..So, mendiamkan diri seketika. Buka blog pun just nak baca entry kawan-kawan blogger je...Hari ni agak bosan sebenarnya.. Nak tanya la kat korang-korang... Apa korang buat kalau bosan melanda jiwa?? (Huhuhu...ayat apa ni??) Hurm...aku sendiri pun mati kutu kalau dah tiba rasa bosan ni. Rasa macam kosong je hidup ni.. Macam dah di hujung dunia gitu. (Bole ke camtu?? Bedal saja la...)

Kitorang (aku + hubby) bila bosan akan wat aktiviti yang menarik (bagi kitorang la... Bagi orang lain lain mungkin hampeh je..) Contohnya:
1. Main batu seremban (dah tentunya juaranya adalah aku...)
2. Jalan2 + lepak2 kat pelabuhan (itu je laut terdekat ngan umah)
3. Main susun kad (bukan berjudi okeh.. Just suka2 susun kad je. Takde pertaruhan)
4. Pergi makan kat luar (dah tentunya dia belanja!!hihi)
5. Pergi cyber cafe (online kat sana walaupun kat umah dah ada internet. Ni kerja gila namanya!Mengenang kembali zaman bujang2 dulu)

Cukuplah 5 je kot.. banyak lagi yang sensor nak diceritakan pasal aktiviti masa bosan ni.. Hihihi

Wednesday, June 15, 2011

Tolong la Beli....

Hai semua...

Entry kali ni aku nak minta tolong korang-korang yang rajin membaca ni untuk bagi idea or pendapat or beli apa-apa produk yang aku syor kat sini supaya aku dapat menambah jumlah saving aku. Untuk apa??? Hmm... Malu la pulak nak tulis kat sini.. Hehehe~~ (gedik dowh!!) Takde..sebenarnya aku punya penapis air kat rumah dah expired and tak boleh digunakan lagi. Penapisnya kena tukar. Bila kira-kira semula, maintenance melebihi kos beli. Rugi tau!! Aku pulak nak sangat guna perawat air brand ni... Dah lama nak guna sebab airnya yg ditapis sehingga klorin (untuk rujukan tuan2 dan puan2, Klorin sangat merbahaya untuk kita. Sila lawat blog ini untuk rujukan lanjut---> Blox Shit! Bahaya Klorin dalam Air) dan bakteria pun tak boleh lepas dari kebuk penapis yang paling utama. So, memang selamat untuk diminum terus dari paip. Cuma takde panas sejuk macam penapis air yang dah expired tu. Tapi tang ongkos tu je yang kureng sikit. Huhuhu...Tapi akan diusahakan sehingga dapat jugak. Walau apa pun terjadi. Boleh gitu???

Kenapa aku berminat sangat?? Sebab ciri-cirinya yang telus dan buatan Malaysia. Kenapa telus?? Sebab kita boleh nampak apa yang terkandung dalam produk ni. Takde tutup-tutup. Kita boleh tengok aliran air yang mengalir dalam perawat air ni. Memanglah macam-macam produk kat luar sana. Tapi macam-macam jugak kontroversi pasal setiap produk yang berkenaan. Ntah la...Kalau fikir harga, maybe kite akan pilih yang murah. Tapi bila difikirkan tentang maintenance selepas menggunakannya, kita perlu buat kira-kira semula. Perlu peduli jangka panjang produk yang kita guna. Takkan nak pakai buang setiap tahun?? Rabak my pocket!

Aku bukan nak promote produk ni tapi nak share impian aku untuk memilikinya..http://www.emocutez.com Tak salah kan??
So, doakan aku murah rezeki supaya aku dapat capai impian aku..
tQ dearest reader~~ Wink!!http://www.emocutez.com

Monday, June 13, 2011

Akhirnya...

Hai semua...

Dah lama tak update blog ni..(Ayat biasa bile dah berminggu-minggu tak update blog) Bukannya apa.. Busy sikit. Al maklumlah, aku ni kan atas sikit jawatannya daripada YB. Tu yang terlalu sibuk. (kononnya la...)

Akhirnya...Pulang jugak aku ke kampung pada Sabtu lepas.(senyummm.....) Memang best sangat walaupun sekejap je. Tapi yang tak best mak tak berapa sihat. Kenapa la dalam hidup ni perlu ada orang yang berhati perut busuk??? Hurmmm..maybe nak suruh kita sentiasa berhati-hati dalam setiap tingkah laku kita dan ingat Allah selalu. Doa banyak-banyak supaya orang yang menganiaya kita tu dapat pengajaran dan balasan daripada Allah atas apa yang telah dia lakukan dalam hidup dia.. Hope mak cepat sembuh dan sihat macam dulu.. (mood sedih jap...) ~Tolong doakan jugak ye kawan2...~

Takpe la.. Jangan sedih-sedih.. Yang penting aku dah dapat balik jumpa mak abah... :)

Wednesday, June 8, 2011

Wah3...Rasa Segar Bugar je wajahku...

Hai semua.. Sihat ke?  Dah makan? Dah minum?? Dah mandi?? Ataupun... Anda dah berak ke belum??? (soalan kumpulan JAMBU masa konsert rock!!! hahaha...

Apa yang segar bugar?? Mesti la rasa best... Sebab aku dah lama kehabisan stok pencuci muka. Aku cuma cuci dengan air yang dah digoncang-goncang dalam botol pencuci muka.huhu~ Kesiannya..!!! Then dah ada masa nak pergi beli, baru la dapat cuci muka dengan pencuci muka favouriteku..

Yang mana?? Inilah dia...

Kiri: Pencuci muka yang masih penuh. Kanan:Botol kosong.
Apa yang buat aku rasa best sangat guna pencuci muka ni?? Yang best sebab selepas cuci muka, takde lagi rasa kulit tegang or ada biji2 halus keluar kat kulit muka. Muka rasa licin je. Buih pencuci ni soft sangat. Amboiiii...melambung-lambung pujian aku kat pencuci muka ni. Mesti la melambung-lambung sebab dia menjalankan tugas dengan sempurna. Tapi aku pakai toner & jugak krim siang sebab kulit aku kering. Memang perlukan pelembab selain bekerja di ofis yang tak bukak tingkap (persekitaran aircond). Lagipun krim pelembab ni dapat lindungi kulit muka bila terkena panas matahari.


Inilah set yang aku guna. Yang paling kanan tu scrub muka. Sebelahnya pulak toner. Yang botol tinggi tu mask dan yang kat depan tu krim pelembab siang. Yang kiri tu pencuci muka la...

Sunday, June 5, 2011

Jom Main teka teki Cik Dot Jom

Jom Main teka teki Cik Dot Jom 


 Mengikut firasat + mata yang rabun ni... ade 17 orang dalam gambar ni.
Hanya mencuba!!

Selamat berkenalan Cik Waeda Alias..








Saturday, June 4, 2011

Frust Menonggeng!

Hai semua...(dengan nada ala2 frust!)

Hari ni mood agak frust sebab cancel balik kampung disaat-saat terakhir. Memang tak puas hati tapi apa boleh buat. Dah ketentuan Tuhan yang Maha Esa. Sebagai hambaNya aku redha..(perlu ke buat ayat macam ni..bukan kes besar sangat pun..) Aku cuma nak sejukkan hati yang sedang hot meletops!!

Eh, ape kes pagi-pagi bukak blog, macam2 cerita panas (plus maki2 ni???) huh! Dahsyat la korang2 ni.. Biarkan je mereka dengan dunia mereka..Kita yang ok2 ni dengan dunia kita..Bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya..Kalau dah jadi buluh tu tak payah nak cakap apa lagi. Dah tak boleh lentur dah tu..(kena ke dengan topik yang korang tengah debatkan sekarang??)

p/s: Baik korang tolong hiburkan hati aku yang tengah frust menonggeng ni...

Tips cool dari Encik Ben Ashaari...

Hai semua..

Maybe aku ni antara yang terlambat tengok Vlog En.Ben Ashaari yang penuh dengan ilmu-ilmu blog yang berguna lebih-lebih lagi untuk newbie macam aku ni..Memang usia blog ni dah setahun. Tapi aku mula aktif update entry dalam beberapa bulan ni je... Apa pun, thanx atas ilmu yang di 'share' di 1Tube. Memang best! Ringkas tapi padat.

Jom la tonton sama!!

p/s: Nak praktikkan apa yang dah belajar hari ni..

Friday, June 3, 2011

Koleksi Kami

Hai semua... Terasa lama bebenor tak update blog ni..

Actually idea tu kurang sikit.. Tapi hari ni rasa macam nak share perasaan happy aku sebab tak sabar nak balik kampung... Aku ni kerja kuli... Sabtu pun kerja jugak. Tu la pasal kena tunggu ade cuti seMalaysia baru leh balik kampung. Cuti yang ada nak simpan untuk balik raya nanti pulak. Kampung jauh so kena pandai-pandai arrange time untuk balik kampung.. Isk3...http://www.emocutez.com

Lagi satu nak share collection pin-pin yang sangat cute yang kami ada..(kami merujuk kepada aku & my adik) Yang ni still panas macam pisang goreng panas!!(maksudnya sangat cute & laris macam aku!!ahaks!!jangan muntah hijau!!)

~cute tak?? **sebahagian dari koleksi yang kami ada**~

~yang ni pulak macam mana??**sebahagian dari koleksi yang kami ada**~

~Pin Riben~

~Pin Bunga Kain~

Aku memang suka benda-benda yang cute & unik macam ni.. Korang pulak???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright (c) 2010 !Safa Rida Blog. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes and Web Design.