Pages

Sunday, August 21, 2011

Wow...Shopping tak hengat!!!

Hai semua!!

Hari ni berjaya jugak aku mengajak Cik Abang pergi shopping kat Jalan TAR. Itu hari aku dah pergi dengan kawan, tapi cuma beli shawl je.. Hari ni pulak pergi dengan cik Abang beli baju raya pulak. Memang tepat tekaan aku, cik Abang mesti suka baju-baju melayu kat situ. Susah betul nak beli baju melayu untuk dia sepanjang 2, 3 kali kami window shopping kat Kompleks PKNS Shah Alam dan area Klang.

Tapi macam biasa la... Nak ke sana memang banyak cabarannya. Disebabkan aku tak nak spoil mood dia, aku suggest kitorang naik train je.. Kitorang park kereta di Mid Valley dan ke Jalan TAR dengan naik train je.. Senang. Tak payah fikir pasal jalan yang sesak or nak parking kereta kat mana. Sampai kat sana cuaca mendung. So, memang best la jalan-jalan tengok barang apa nak beli. Tup-tup, hujan la pulak. Dalam hujan yang tak berapa lebat tu pun orang tak putus-putus lalu lalang. So, kitorang pun redah je la.

Ingatkan beli baju raya je.. Alih-alih terberkenan pulak kat kuih raya. Sapu je la 4jenis. Dah settle, pening pulak fikir yang kitorang ni pergi Jalan TAR naik train je. Mengangkut la nampaknya. Seperti yang dijangka, memang agak sesak waktu nak naik train di KL Sentral untuk ke Mid Valley semula. Apa yang kurang best, waktu aku nak masuk, kuih raya aku yang 4balang tu tersangkut kat celah-celah orang yang berhimpit-himpit nak masuk train. Hampeh!! Terpaksa buat muka tebal tarik balang kuih raya. Huhuhu~~

Tapi hari ni memang best sangat!! Kenapa?? Sebab cik Abang layan je aku nak shopping apa.. Sekali sekala je kan... hihihi~~~

Thursday, August 18, 2011

Relaks lah kak...

Hai semua... Sepatutnya entry ni ditaip semalam tapi disebabkan terlalu penat, maka entry ini terpaksa ditaip pada hari ni.

Ceritanya tentang perjalanan balik dari shopping-shopping semalam.. Shoppingnya tak seberapa tapi penatnya yang melampau-lampau. Penat berjalan, penat menunggu train, penat memilih shawl dan macam-macam penat lagi la...

Perkara tak best : Apabila terlepas dua train untuk balik. Kenapa terlepas?? Sebab terlalu ramai orang yang sama-sama menunggu train dan berebut-rebut untuk naik. At last, turn aku nak naik, train dah penuh dan pintu dah nak tutup. Apa perasaan korang setelah penat di tolak-tolak, berhimpit-himpit, akhirnya terjengah depan pintu train, nak masuk sebelah kaki pun dah tak boleh, apatah lagi nak masuk badan dalam train. Dengan muka macam lepat pisang(takde kena mengena kot..) terpaksa berundur sebab train dah gerak.. uhuk2..sedih mak!!!

Ha...ceritanya setelah dua kali tak dapat naik train, akhirnya train ketiga sampai. Apa lagi, tak nak pisang berbuah 5kali, terus meluru ke pintu train. Nasib baik kali ni orang belakang kuat-kuat belaka. Tolakan diorang memang baguih dok ada!! Senang je aku ke depan. Tapi elok-elok aku nak sampai kat pintu train, ada pulak kejadian tak best. Sial la Phuiiiii!!! (Ops!! Pengaruh dari cerita KL Gangster) Ada pulak sorang kakak ni mengamuk sebab orang belakang dok tolak-tolak. Memang patut dia marah. Tapi aku lagi marah sebab kakak tu yang lembab. Dah tau bawak anak kecik, anaknya pulak baru boleh berjalan. Lepas tu dia cuma pimpin tangan anak keciknya semasa orang sedang sibuk nak naik train. Patutkah?? Anaknya pulak tak gerak-gerak sebab takut nak langkah ke train. Memanglah kan budak-budak mesti la takut sebab kakinya kecik. Dah tentu dia tunggu maknya angkat dia kan. maknya pulak.... alamak aiiii... Baik tak payah bawak anak kalau tak pandai jaga anak. Menyusahkan penumpang lain yang nak cepat. Nasib baik aku ni bertimbang rasa (puji diri sendiri la pulak) Elok-elok turn aku kat pintu train, aku angkat je anak kakak tu masuk train. Settle masalah. Semua orang boleh masuk selepas kakak tu masuk. Kalau ikutkan hati memang aku maki je kakak tu. Tapi sebab badannya besar, aku batalkan niat hati. Tak pasal-pasal aku tak sambut raya pulak nanti. Huhuhu~~

Itulah pengalaman yang hampeh untuk semalam. Walaupun hampeh sebenarnya ada banyak pengajarannya. Kepada sesiapa yang bawak anak kecik untuk naik kenderaan awam, tak kira la bas or train, jagalah anak korang baik-baik dan jangan sampai menyusahkan penumpang lain. Orang lain pun bayar jugak. Bukan awak sorang yang bayar tambang.

p/s: Still rasa nak lempang je kakak tu sebab mukanya memang macam nak kena tampar je! Walaupun dia tak marah aku, tapi aku bengang dengan sikap lepas tangan dia tu...Badan je besar tapi nak dukung anak sorang pun tak larat. Memang tak berbaloi!!

Note: Tak sempat nak snap walau sekeping gambar sebagai kenangan.. [sad...]

Tuesday, August 16, 2011

Rahsia Bibir Gebu bak Delima Merekah...

Hai Semua..

Disebabkan sekarang bulan puasa, waktu siang akan membuatkan bibir kita kering kerana kurang minum air mineral. So, untuk mengelakkan bibir kering dan kusam, kita boleh sapukan bibir dengan lip balm. Sepanjang hidup, dah banyak lip balm dan lip ice serta segala macam produk yang berkaitan bibir dah aku guna. Tapi aku cukup puas hati dengan satu produk ni....

Gambar: kredit to web SASA

Ya...Inilah dia yang aku maksudkan... Water Cool. Memang cool sangat.. Kulit bibirku yang terlalu sensitif ni memang memerlukan produk yang macam ni. Masa mula-mula beli produk ni, saja suka-suka nak try sebab macam menarik je... Tapi after guna, memang puas hati.

Ada cerita disebalik Water Cool Lip Balm ni.. Alkisah nak dijadikan cerita, satu hari tu aku terhilangkan lip balm aku ni.. Merata beg aku cari, tak jumpa jugak. At last aku ambil keputusan untuk beli yang baru. So, bermulalah langkah mencari lip balm ni di serata gedung Watson dan Guardian. Tapi malangnya, tak ada. Dah sold out. Akhirnya, aku kembali ke Watson di Jusco Bukit Tinggi di mana aku mula-mula beli dulu.. Memang ada. Tapi cuma tinggal satu saja. Memang rezeki aku untuk guna lip balm ni. Elok-elok dah happy dapat yang baru, dengan tak sengaja, adik aku ternampak lip balm yang sama kat bawah seat kereta. Rupa-rupanya, lip balm yang hilang tu terjatuh ke bawah seat kereta. So, now...aku ada 2 lip balm!! [Smileeee....]

So, kepada sesiapa yang mendapatkan bibir gebu bak delima merekah, silalah try Water Cool lip balm ni..

p/s: Ini bukan iklan berbayar ye kawan-kawan...Saja nak kongsi pengalaman sendiri..

Wednesday, August 10, 2011

Squeezy yang Ummmppphhh!!

Hai semua...

Pernah dengar tentang Squeezy?? Squeezy ni kordial buah-buahan tulen dengan campuran Madu Premium. Terdapat 6 jenis kordial yang menjadi pilihan saya.
1. Kordial Mangga : RM 22.00
2. Kordial Kiwi   : RM 38.00
3. Kordial Blackcurrent   : RM 21.00
4. Kordial Oren  :RM 22.00
5. Kordial Asam Jawa  : RM 21.00
6. Kordial Kurma  : RM 37.00

* Semua di atas:  packing 1000ml / bottle*

Semuanya mengandungi kepekatan jus buah tulen berserta camouran madu. Memang sedap dan puas hati lepas sekali mencuba. Memanglah bagi sesetengah orang, kordial di pasaraya seperti Giant, Tesco dan Econsave lebih murah berbanding harga kordial di atas. Tapi berbeza dengan kualiti, bagi saya, kordial ni lebih berbaloi dan memang meninggalkan rasa yang berbeza berbanding kordial yang lain-lain dipasaran. Cubalah!!


Kenangan Satu Ketika Dulu..

Hai semua..

Tiba-tiba teringat pulak kenangan masa zaman kanak-kanak. Masa tu adik-adik masih kecik lagi. Untuk pengetahuan, adik aku 3 orang. Kitorang suka menghabiskan masa (school holiday) dengan aktiviti membaca buku. Tapi disebabkan adik-adik aku yang 2 orang tu tak pandai membaca lagi, (sorang je yang dah pandai membaca..tu pun merangkak2 lagi) jadi, aku dengan baik hatinya membacakan buku cerita kanak-kanak untuk mereka. Aku memang suka baca buku cerita kanak-kanak. Sebab?? Best.. Itu je. Baca pulak dengan gaya yang menarik dan senang difahami oleh adik-adikku yang kecik-kecik lagi tu. Kalau baca macam biasa, diorang tak faham tak syok jugak kan?? Macam aku ni baca syok sendiri pulak. Terus terang aku memang rindukan masa-masa tu.. Seronok sangat kalau dapat bacakan buku cerita untuk budak-budak... Seronok tengok muka diorang yang excited nak tau cerita seterusnya bila kita stop.

Kalau ada peluang, aku still nak buat benda yang sama lagi. Cuma adik-adikku dah besar. So, diorang dah boleh membaca sendiri. Membaca memang menyeronokan!!

p/s: Kalau ada sesiapa yang join sukarelawan jaga rumah kebajikan or anak yatim yang memerlukan ahli baru, ajak la saya! Saya boleh bacakan buku cerita untuk menggembirakan kanak-kanak di sana.. Tu pun kalau diorang suka..:)

Saturday, August 6, 2011

Balik Kampung [Part Two]

Hai semua...
[Sambungan dari entry yang lepas]

Setelah sampai ke destinasi di mana abah kitorang (dalam cerita ni, aku dan adik) dah tunggu kepulangan anak-anaknya.. Bukan abah je yang tunggu..Tapi mak dan adik sorang lagi pun menunggu kami.

Dah lama tak balik kampung. Tapi keadaan kampung tetap sama. Petang-petang masih ada yang bersantai-santai naik motosikal bawak anak bini untuk ambil angin. Masih ada yang melepak di kedai kopi bersembang kosong. Biasa la kat kampung memang macam tu kan?? Tapi yang paling best, udara yang sejuk dan segar. Tak macam kat sini (tempat tinggal sekarang) Nak mandi pagi memang susah la kan..Hihihi...Teringat zaman sekolah dulu.. Selalu mandi air panas sebab tak tahan sejuk.

p/s: tinggal di kampung sampai first day berpuasa.. Sahur dengan mak abah dan adik-adik memang terbaik!!

Wednesday, August 3, 2011

Balik Kampung [Part One]

Dah lama plan nak menaip kat sini. Disebabkan agak busy dengan aktiviti di kampung dan tidak berapa sihat, maka aktiviti untuk menaip di sini terhenti untuk seketika. Balik kampung... hurmmm... Memang seronok sangat-sangat. Tambahan, tengok mak dah semakin sihat dan bersemangat semula membuatkan aku juga kembali bersemangat! Yeah!!!

Cerita pasal kampung, aku balik kampung dengan adik. Of course la kitorang naik bas je. Sebab my hubby tak dapat balik sama. Naik bas...Memang best sangat masa naik bas express sebab dah lama tak balik kampung naik bas. Hampir 2tahun jugak la tak naik bas. Perjalanan bermula di stesen Klang Sentral. Dengan perasaan over excited, aku siap beli roti and air kotak untuk aku n adik. Siap Potato Chips lagi! Ahaks!! Memang over u alls... Naik je bas, terus start makan sebab tak sempat nak breakfast before ke stesen bas. Kitorang bangun lambat! Tiket pukul 10.30, tapi bangun pukul 9. Dan aku pulak tak kemas barang lagi. Huh!! Menggelabah habis!!

On the way, mata mula mengantuk. Tidur saja sepanjang perjalanan. Tak perlu fikir nak keluarkan duit kecik untuk bayar tol, nak singgah stesen minyak dan sebagainya. Secara automatik aku takde rasa nak terkucil or sebagainya. Sedar-sedar kepala terhantuk kat cermin tingkap bas. Bas langgar lubang agaknya. Tak pun bas tu corner mengejut. Tersedar je dah nak sampai stesen Temerloh. Wow!! Dah lama jugak tak sampai situ. Selalu balik naik kereta ikut jalan Negeri Sembilan.

Sampai destinasi, mula la lapar giler perut ni. Temasuk perut adik aku jugak..hehehe. So, sementara tunggu ba ke stesen yang seterusnya untuk ke detinasi sebenar, kitorang isi perut dulu. Lepas makan sempat lagi shopping!! Shopping apa?? Kasut le..Mulanya tengok2 je. Tapi terjebak nak beli sebab dah berkenan pulak. Adik aku yang langsung takde niat pun turut terpengaruh jugak! Memang adik beradik dasar suka kasut. Dah beli mula la bagi alasan untuk sedapkan hati sendiri. Selipar yang aku pakai tu dah koyak sebab aku dah berus selipar tu kuat sangat hari tu sebab terlalu kotor. Macam dah takde kasut lain nak pakai selain kasut tu. Saja buat alasan. Huhu~~

Dah shopping, tengok kat stesen bas macam ada bas yang kitorang tunggu sebelum ni. Apa lagi, dengan pantasnya berlari ke tempat simpan beg. Oh...kitorang bawak beg besar. That's why kitorang kena simpan kat tempat simpan beg. Takkan nak bawak pergi jalan2 shopping. Nak naik bas tu bukan senang. Sebab ramai orang yang tengah beratur sama. Fuh...Berpeluh-peluh menunggu giliran nak naik. Dapat naik pun setelah bas dah macam sardin.

Huarghhhh...mata dah layu la pulak..Bersambung di Part Two..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright (c) 2010 !Safa Rida Blog. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes and Web Design.