Pages

Friday, May 7, 2010

Belalang

Seekor belalang lama terkurung di dalam sebuah kotak. Suatu hari dia berhasil keluar dari kotak yang mengurungnya dan dengan gembira dia melompat-lompat menikmati kebebasannya.

Di pertengahan perjalanannya, dia bertemu dengan belalang lain, namun dia hairan mengapa belalang itu boleh lompat lebih tinggi dan lebih jauh darinya.

Dengan rasa keliru dan ingin tahu dia bertanya,

"Mengapa kau boleh melompat lebih tinggi dan lebih jauh daripada aku, padahal usia kita hampir sama dan badan aku lebih kurang sama besar je dengan badan kau?" Belalang itu menjawab dengan pertanyaan,

"Dimanakah kau tinggal selama ini? Semua belalang yang hidup di alam bebas pasti boleh melompat setinggi dan sejauh seperti yang aku lakukan."

Saat itu si belalang baru tersedar bahawa selama ini kotak itulah yang telah membuat lompatannya tidak sejauh dan setinggi belalang lain yang hidup di alam bebas.

Itu kisah belalang. Kita pula sebagai manusia, tanpa sedar, pernah juga mengalami hal yang sama dengan belalang tersebut. Persekitaran yang buruk, hinaan, trauma masa lalu, kegagalan, perkataan teman,tradisi, dan semua itu membuat kita terpenjara dalam kotak kecil yang mematahkan potensi kita.

Kita sering mempercayai mentah-mentah apa yang mereka katakan kepada kita tanpa berfikir dengan mendalam bahawa adakah hal itu benar atau benarkah kita selemah itu? Lebih parah lagi, kita sering kali lebih memilih mempercayai mereka daripada mempercayai diri sendiri.

Tahukah anda bahawa gajah yang sangat kuat boleh diikat hanya dengan tali yang terikat pada pancang kecil? Gajah akan merasa dirinya sudah tidak boleh bebas jika ada sesuatu yang mengikat kakinya, padahal "sesuatu" itu boleh jadi hanya seutas tali kecil.

Sebagai manusia kita mampu untuk berjuang, tidak menyerah begitu saja kepada apa yang kita alami. Kerana itu, teruslah berusaha mencapai segala impian yang ingin kita capai. Sakit memang, lelah memang, tapi jika kita sudah sampai di puncak, semua pengorbanan itu pasti akan terbayar. Pada dasarnya, kehidupan kita akan lebih baik kalau kita hidup dengan cara hidup pilihan kita sendiri, bukan dengan cara yang dipilihkan oleh orang lain untuk kita.

pss..~~ni le citer favourite saye!!~~

Ikan Kecil & Air

Suatu hari seorang ayah dan anaknya sedang duduk berbincang di tepi sungai. Ayah berkata kepada anaknya, “Lihatlah anakku, air begitu penting dalam kehidupan ini, tanpa air kita semua akan mati.”

Pada saat yang sama, seekor ikan kecil mendengar percakapan itu dari bawah permukaan air. Ikan kecil itu mendadak gelisah dan ingin tahu apakah air yang diperkatakan begitu penting dalam kehidupan ini. Ikan kecil itu berenang dari hulu sampai ke hilir sungai sambil bertanya kepada setiap ikan yang ditemuinya, “Hai tahukah kamu di mana tempat air berada? Aku telah mendengar percakapan manusia bahawa tanpa air kehidupan akan mati.”

Ternyata semua ikan yang telah ditanya tidak mengetahui di mana air itu. Ikan kecil itu semakin bingung. Lalu ikan itu berenang menuju ke dasar sungai untuk bertemu dengan ikan besar yang sudah berpengalaman. Ikan kecil bertanya kepada ikan besar tentang hal yang sama, “Di manakah air?”

Ikan besar itu menjawab dengan bijak, “Tak usah gelisah anakku, air itu telah mengelilingimu, sehingga kamu tidak menyedari kehadirannya. Memang benar, tanpa air kita semua akan mati.”

Apa erti cerita ini bagi kita?? Manusia kadang-kadang mengalami situasi yang sama seperti ikan kecil, mencari ke sana kemari tentang kehidupan dan kebahagiaan, padahal dia sedang menjalaninya. Kebahagiaan sedang bersamanya sehingga dia sendiri tidak menyedarinya.

~~Renung-renungkanlah ye!!! :)

Tuesday, May 4, 2010

~Menggubah Bunga~


Hari ni Mrs.Apple nk tunjukkan skill Gubahan Bunga dari Mrs.Apple ~kire nak tunjuk bakat terpendam le nih!~kueng3~~ Memula cari bahan dulu..jgn le main redah je..-ni bukan rancangan redah kasi pecah tau-huhu~~Ape yang kite perlukan ialah..

1.Bunga-bungaan ~takde bunga camane nk gubah.Ye tak???~

~Bunga yg saye guna~

2.Pasu bunga ~tak kisah size mahupon bentuk~
3.Alat pemotong yang bersesuaian ~untuk potong tangkai besi bunga tu ler..maklumla bunga tiruan~
4.Span khas (yang color hijau biase guna utk gubah bunga dlm pasu le) ~korg sume tau kan..~
5.kreativiti & idea ~saje type nih!!~hehe

Okeh,sekarang dah ade bahan. So, bole start ler...Memula, potong bahagian tangkai yg kite nak. Buang yg tak berkenaan. Agak2 la panjang yg camane kite nk. ikot size pasu le kalau bole.baru hasil gubahan kite nnt kelihatan cantek & anggun..~mcm mrs.Apple gak..ahaks~~Perasan le pulak. Okeh,jgn merepek lebih.teruskan topik kite ye.. Seterusnye, potong span & letak dlm pasu. Pastu, bole mulakan gubahan ikot kreativiti memasing. Ngee~~tak reti le den ngajanye..den pon baru blaja jugak.Try je la yek!

Sekarang dah pon Siap.... Hasilnya...tadaaa...Amacam???Ok tak??heheh~~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright (c) 2010 !Safa Rida Blog. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes and Web Design.