Hari ni nak share sikit cara-cara nak melembutkan rambut yang kasar, kusam dan mengembang serta membuatkan rambut kita semakin sihat.
![]() |
VCO pure oil |
Masalah 1:
Saya mengalami masalah keguguran rambut yang serius dan bila masalah tu berkurangan, masalah lain pulak yang timbul iaitu masalah rambut kering, kasar, kusam dan mengembang. Pendek kata, all in one la masalah ni..
Penyelesaian:
Mudah saja.. Caranya:
1. Syampu rambut (guna apa-apa syampu rambut kegemaran anda)
2. Biarkan kering setelah dicuci
3. Sapukan minyak ini (VCO) pada kulit kepala anda (secukupnya sahaja...tak perlu banyak-banyak)
4. Pastikan anda menyapu minyak secara rata
5. Kalau rajin, urut kulit kepala secara lembut. Elakkan kuku dari terkena kulit kepala. Ini akan merosakkan akar rambut.
6. Sikat rambut seperti biasa
7. Ulangi setiap kali selepas anda syampu rambut
8. Untuk hasil yang lebih baik, minum minyak ini 2 sudu sehari (Ini serius!! Minyak ini boleh diminum sebagai makanan tambahan untuk kesihatan dalaman.
Masalah 2:
Saya mengalami masalah kulit kering dan jerawat.
Penyelesaian:
Sama juga..Cuma sapu minyak ini pada bahagian kulit kering dan pada jerawat di muka. Dalam masa beberapa hari, jerawat akan mula surut. Cubalah!!
[ eh..eh...Tajuk untuk rambut je..tapi melalut sampai ke jerawat pulak..]
p/s: Ini adalah testimoni daripada saya sendiri.. :)
5 comments:
ermnn...~~
mana nak beli?
bole order drp sy atau cari di kedai2 yg menjual produk Catalyst...Insyaallah ade punye la
salam, kalu nk beli vco pure oil + vco softgel, ada special price x?
bergantung kepada jumlah order...add fb sy fairyda86@yahoo.com or like link di sblh kanan blog sy...tQ :)
Post a Comment