Pages

Friday, December 24, 2010

Bagusnya...Patut dipuji :))

Hai korang!!! Baca paper tak?(terutama Metro) Ceritanye pasal seorang Pakcik yang sanggup amek exam PMR untuk mengubah taraf hidup family dia..Terharu je time baca tadi.huhuhu...
kat bawah ni sikit ringkasan yang aku copy dari Metro online.

“Ketika menduduki peperiksaan, hanya saya seorang sudah berusia dan memakai pakaian biasa dalam dewan.
“Keadaan itu menyebabkan semua pelajar lain asyik memerhatikan saya membuatkan saya berasa janggal. Namun, demi meningkatkan taraf hidup, saya terpaksa membuang perasaan malu untuk menduduki PMR (Penilaian Menengah Rendah) bersama mereka,” kata Shamsudin Rejab, 50.

Bekas anggota tentera itu, berkata dia berhasrat mengubah taraf hidupnya dan ia mungkin dapat dicapai apabila berjaya memperoleh slip keputusan PMR yang diumumkan, semalam. Menurutnya, dia terpaksa membuang perasaan malu demi mengejar kehidupan lebih baik dan berpuas hati dengan keputusan diperolehnya meskipun tidak cemerlang.

Pengawal keselamatan (Gred KP11) di pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Seberang Prai itu berkata, dia mengambil PMR semata-mata untuk memohon jawatan lebih baik dan mengubah taraf hidup.
“Jadi, saya membuat keputusan menduduki PMR tahun ini dan berharap dapat memohon jawatan pembantu keselamatan (Gred KP17),”
 (dipetik dari harian Metro online Jumaat, 24Dis2010)

Best kan kalau semua orang bersemangat tinggi macam ni..:))) (termasuk diriku)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright (c) 2010 !Safa Rida Blog. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes and Web Design.