Hai semua..
Tiba-tiba teringat pulak kenangan masa zaman kanak-kanak. Masa tu adik-adik masih kecik lagi. Untuk pengetahuan, adik aku 3 orang. Kitorang suka menghabiskan masa (school holiday) dengan aktiviti membaca buku. Tapi disebabkan adik-adik aku yang 2 orang tu tak pandai membaca lagi, (sorang je yang dah pandai membaca..tu pun merangkak2 lagi) jadi, aku dengan baik hatinya membacakan buku cerita kanak-kanak untuk mereka. Aku memang suka baca buku cerita kanak-kanak. Sebab?? Best.. Itu je. Baca pulak dengan gaya yang menarik dan senang difahami oleh adik-adikku yang kecik-kecik lagi tu. Kalau baca macam biasa, diorang tak faham tak syok jugak kan?? Macam aku ni baca syok sendiri pulak. Terus terang aku memang rindukan masa-masa tu.. Seronok sangat kalau dapat bacakan buku cerita untuk budak-budak... Seronok tengok muka diorang yang excited nak tau cerita seterusnya bila kita stop.
Kalau ada peluang, aku still nak buat benda yang sama lagi. Cuma adik-adikku dah besar. So, diorang dah boleh membaca sendiri. Membaca memang menyeronokan!!
p/s: Kalau ada sesiapa yang join sukarelawan jaga rumah kebajikan or anak yatim yang memerlukan ahli baru, ajak la saya! Saya boleh bacakan buku cerita untuk menggembirakan kanak-kanak di sana.. Tu pun kalau diorang suka..:)
0 comments:
Post a Comment