Pages

Wednesday, August 3, 2011

Balik Kampung [Part One]

Dah lama plan nak menaip kat sini. Disebabkan agak busy dengan aktiviti di kampung dan tidak berapa sihat, maka aktiviti untuk menaip di sini terhenti untuk seketika. Balik kampung... hurmmm... Memang seronok sangat-sangat. Tambahan, tengok mak dah semakin sihat dan bersemangat semula membuatkan aku juga kembali bersemangat! Yeah!!!

Cerita pasal kampung, aku balik kampung dengan adik. Of course la kitorang naik bas je. Sebab my hubby tak dapat balik sama. Naik bas...Memang best sangat masa naik bas express sebab dah lama tak balik kampung naik bas. Hampir 2tahun jugak la tak naik bas. Perjalanan bermula di stesen Klang Sentral. Dengan perasaan over excited, aku siap beli roti and air kotak untuk aku n adik. Siap Potato Chips lagi! Ahaks!! Memang over u alls... Naik je bas, terus start makan sebab tak sempat nak breakfast before ke stesen bas. Kitorang bangun lambat! Tiket pukul 10.30, tapi bangun pukul 9. Dan aku pulak tak kemas barang lagi. Huh!! Menggelabah habis!!

On the way, mata mula mengantuk. Tidur saja sepanjang perjalanan. Tak perlu fikir nak keluarkan duit kecik untuk bayar tol, nak singgah stesen minyak dan sebagainya. Secara automatik aku takde rasa nak terkucil or sebagainya. Sedar-sedar kepala terhantuk kat cermin tingkap bas. Bas langgar lubang agaknya. Tak pun bas tu corner mengejut. Tersedar je dah nak sampai stesen Temerloh. Wow!! Dah lama jugak tak sampai situ. Selalu balik naik kereta ikut jalan Negeri Sembilan.

Sampai destinasi, mula la lapar giler perut ni. Temasuk perut adik aku jugak..hehehe. So, sementara tunggu ba ke stesen yang seterusnya untuk ke detinasi sebenar, kitorang isi perut dulu. Lepas makan sempat lagi shopping!! Shopping apa?? Kasut le..Mulanya tengok2 je. Tapi terjebak nak beli sebab dah berkenan pulak. Adik aku yang langsung takde niat pun turut terpengaruh jugak! Memang adik beradik dasar suka kasut. Dah beli mula la bagi alasan untuk sedapkan hati sendiri. Selipar yang aku pakai tu dah koyak sebab aku dah berus selipar tu kuat sangat hari tu sebab terlalu kotor. Macam dah takde kasut lain nak pakai selain kasut tu. Saja buat alasan. Huhu~~

Dah shopping, tengok kat stesen bas macam ada bas yang kitorang tunggu sebelum ni. Apa lagi, dengan pantasnya berlari ke tempat simpan beg. Oh...kitorang bawak beg besar. That's why kitorang kena simpan kat tempat simpan beg. Takkan nak bawak pergi jalan2 shopping. Nak naik bas tu bukan senang. Sebab ramai orang yang tengah beratur sama. Fuh...Berpeluh-peluh menunggu giliran nak naik. Dapat naik pun setelah bas dah macam sardin.

Huarghhhh...mata dah layu la pulak..Bersambung di Part Two..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright (c) 2010 !Safa Rida Blog. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes and Web Design.