Pages

Tuesday, August 16, 2011

Rahsia Bibir Gebu bak Delima Merekah...

Hai Semua..

Disebabkan sekarang bulan puasa, waktu siang akan membuatkan bibir kita kering kerana kurang minum air mineral. So, untuk mengelakkan bibir kering dan kusam, kita boleh sapukan bibir dengan lip balm. Sepanjang hidup, dah banyak lip balm dan lip ice serta segala macam produk yang berkaitan bibir dah aku guna. Tapi aku cukup puas hati dengan satu produk ni....

Gambar: kredit to web SASA

Ya...Inilah dia yang aku maksudkan... Water Cool. Memang cool sangat.. Kulit bibirku yang terlalu sensitif ni memang memerlukan produk yang macam ni. Masa mula-mula beli produk ni, saja suka-suka nak try sebab macam menarik je... Tapi after guna, memang puas hati.

Ada cerita disebalik Water Cool Lip Balm ni.. Alkisah nak dijadikan cerita, satu hari tu aku terhilangkan lip balm aku ni.. Merata beg aku cari, tak jumpa jugak. At last aku ambil keputusan untuk beli yang baru. So, bermulalah langkah mencari lip balm ni di serata gedung Watson dan Guardian. Tapi malangnya, tak ada. Dah sold out. Akhirnya, aku kembali ke Watson di Jusco Bukit Tinggi di mana aku mula-mula beli dulu.. Memang ada. Tapi cuma tinggal satu saja. Memang rezeki aku untuk guna lip balm ni. Elok-elok dah happy dapat yang baru, dengan tak sengaja, adik aku ternampak lip balm yang sama kat bawah seat kereta. Rupa-rupanya, lip balm yang hilang tu terjatuh ke bawah seat kereta. So, now...aku ada 2 lip balm!! [Smileeee....]

So, kepada sesiapa yang mendapatkan bibir gebu bak delima merekah, silalah try Water Cool lip balm ni..

p/s: Ini bukan iklan berbayar ye kawan-kawan...Saja nak kongsi pengalaman sendiri..

4 comments:

CintaZulaikha said...

memang betoi2 elok ka??bibir nih kering sgt2..tak tau da nak pakai apa..

EedaFizZ said...

ye..bg sy mmg elok sbb kulit sy ni super sensitif. bibir mmg selalu kering n menggelupas. sjk guna ni xde mslh dh..:)

Nur Misnan said...

hmmm... tak pernah plak guna lip balm
selalu amalkan guna minyak zaitun jer
calit sikit ke bibir... biarkan
halusss dan lembut gituh..

anyways, boleh cuba juger. tinkiu dear

EedaFizZ said...

ooo.. Minyak zaitun pon ok ye sapu kt bibir.. Ingakan utk sapu kt rambut je..
Welcome ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright (c) 2010 !Safa Rida Blog. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes and Web Design.