Pages

Monday, June 25, 2012

Bahagiakah Melihat Insan Lain Bahagia???

Ye... Saya bahagia melihat orang lain bahagia... ( Jawapan yang agak was2 sebab kadang2 bahagia tengok orang lain gembira tapi kadang2 tu timbul jugak sedikit persoalan dalam hati... kenapa dia bahagia?? kenapa aku tak bahagia macam dia??) Tapi adakah apa yang kita lihat tu adalah segalanya?? Tak semua orang mahu menunjukkan rasa sedih di hadapan orang lain.. Begitu juga diri kita.. Betul tak??

Jadi jangan ada hasad dengki dalam hati apabila melihat orang lain bahagia.. kerana kebahagiaan setiap orang adalah milik Allah.. Dia cuma meminjamkan pada kita seketika sahaja.. Jadi kalau kita bahagia, jangan lupa bersyukur kerana bukan semua orang diberi rasa seperti itu.. Bersyukur dengan nikmat yang paling berharga iaitu kebahagiaan dan ketenangan hati...

Bergembiralah selagi anda berhak memiliki kebahagiaan....

Sunday, June 17, 2012

Kehilangan....

Hai semua...

Tiba2 tersuka lagu ni pulak... Ntah cmne bole jumpa kat youtube and asyik ulang dengar berkali2... hihihi
Layan.....

Kehilangan - Firman


Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku

Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Takkan ku sia-siakan kamu lagi
Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila

Takkan ku sia-siakan kamu lagi.....
Takkan ku sia-siakan kamu lagi.....
p/s: Lagu sedey lak..tapi mood biase2 je ni...

Sunday, June 10, 2012

Perniagaan Baru Bermula.....[Part One]

[Huarggghhhh!!! Penat tapi masih lagi mengadap netbook comel ni....]

Hai Semua...

Hari ni memang penat tersangat sebab sejak semalam berada di rumah mertua abang saya untuk menyibukkan diri dalam aktiviti persiapan kenduri akikah... Padahal aku ni tukang sibuk je... Entah tolong ape pon tak tau la.. kih3~~ Tapi ok la jugak sebab sekurang-kurangnya ada jugak la bantuan yang terhulur walaupon sedikit. Betul tak??

Sekarang ni pulak semangat mengira stok yang baru sampai sebab esok dah nak distribute to customer pulak. Dah lama berdiam diri dan tidak menjalankan sebarang aktiviti perniagaan... Ternyata kalau dah dalam darah tu mengalir darah keturunan peniaga...memang tak boleh senyap la... Sekejap je cuti dah mula balik aktiviti perniagaan walaupun cuma kecil-kecilan... [Doakan semoga saya success ye...tQ]

Bisnes apa pulak?? Macam biasa la...aku kan obses dengan wangi-wangian... Mestilah bisnes berkaitan tu jugak... [Perfume] Tapi kali ni... terpikat dengan Perfume Secret Scents... Memang best sangat pakai perfume ni... Paling berbaloi rasanya... Kenapa??? Sebab....

Sebab tu nanti sambung kemudian ye.... Lenguh pulak jari2 ni menaip...kesian jari2 comelku ini.. ngeee~~

to be continue...

Tuesday, May 22, 2012

So Far Away.......

Malam ni rasa nak layan lagu favourite adik aku lak... Tapi lagu ni dah jadi ringtone kat handphone aku pulak.. Ngeeeeee~~~~

So Far Away......

Never feared for anything
Never shamed but never free
A laugh that healed the broken heart
With all that it could

Lived a life so endlessly
Saw beyond what others see
I tried to heal your broken heart
With all that I could
Will you stay?
Will you stay away forever?

How do I live without the ones I love?
Time still turns the pages of the book it's burned
Place and time always on my mind
I have so much to say but you're so far away

Plans of what our futures hold
Foolish lies of growing old
It seems we're so invincible
The truth is so cold

A final song, a last request
A perfect chapter laid to rest
Now and then I try to find
A place in my mind
Where you can stay
You can stay away forever

How do I live without the ones I love?
Time still turns the pages of the book it's burned
Place and time always on my mind
I have so much to say but you're so far away

Sleep tight I'm not afraid (not afraid)
The ones that we love are here with me
Lay away a place for me (place for me)
'Cause as soon as I'm done I'll be on my way
To live eternally

How do I live without the ones I love?
Time still turns the pages of the book it's burned
Place and time always on my mind
And the light you left remains but it's so hard to stay
When I have so much to say and you're so far away

I love you, you were ready, the pain is strong and urges rise
But I'll see you when He let's me
Your pain is gone, your hands untied

So far away
And I need you to know
So far away
And I need you to, need you to know


Copy & Paste from website lirik lagu Avenged Sevenfold

Boleh la dengar kat sini juga ye...

Thursday, May 17, 2012

Jadual Semakin Padat

Hai semua... Sambil-sambil tunggu student siapkan latihan sempat lagi menaip kat sini.. Hehe... Sambil menyelam sambil minum air.. :p

Ye... Jadual sekarang ni memang semakin padat.. Tapi sebenarnya takde la padat mana pun.. Masih ada masa layan drama "Seindah Sakura" petang-petang kat TV3 tu.. Hahahaa....

Kenapa jadual padat?? Sebab student semakin ramai.. Sebelum ni cuma sorang je.. Lepas tu bertambah jadi 2 orang... Sekarang meningkat lagi seramai 4 orang.. Huhuhu...

Jadi guru kelas tambahan ni sebenarnya lebih mencabar sebab kita kena target student yang tak berapa ramai tu untuk dapat cemerlang. Kalau yang datang tu memang sipi2 nak cemerlang takde la susah sangat keje kita.. Tapi kalau yang datang tu....... adoiii!! Jenis yang kena keluarkan anak tekak untuk memahamkan.... Fuhhhh... Memang seronok mak nak.... (ayat sinis ko!!!!) hahaha

Sambung nanti la pulak... My students dah panggil-panggil tu..hihihihi

Tata....

Sunday, May 6, 2012

Mengajar dan Belajar....

Hai semua...

Hari ni dan semalam [Eh..macam tajuk lagu pulak kan...hihihihi] aku mengajar subjek Matematik Tingkatan 5 berkenaan bab Kecerunan dan Luas di bawah graf..[In English.. Gradient and Area under a Graph] Tajuk ni nak kata susah tu takde la sangat..Time study dulu memang bole score untuk tajuk ni. Tapi bila nak mengajar memang susah sikit la... Sebab tak reti camne nak ajar.. [Aishhhh!!! Idea Please...]

Dalam banyak2 topik Tingkatan 5.. rasanya yang ni paling susah nak terangkan. Sebab apa pun tak tau la... Padahal cuma guna formula je kot... tengok graf pastu kira je la..

Untuk student yang sedang belajar tu... Kat sini ada sikit nota untuk korang ye..

Pecutan =  Kecerunan graf 


Okey...Selamat Belajar ye adik2.... Semoga berjaya SPM nanti... :)

Monday, April 23, 2012

Tiba-tiba Jadi Cikgu~

Hai semua... Lama betul la tak update apa2 kat sini.. Dah berkarat jari ni agaknye nak menaip.. Cewah!! Ayat poyo.. Takde masa nak update blog disebabkan jadual yang sangat padat..[sebenarnye berebut laptop dengan anak sedara..huhu..tapi guna laptop tak syok..takde idea nak taip apa2.] Terima kasih kat abang aku sebab berjaya operate PC yang meletop ni.[Eleh...tukar power supply yang baru je kot :p ] Apa pon lagi best guna PC ni sebab besar dan selesa nak menaip.

Sambil menaip ni dengar pulak lagu jiwang.. Fuhh..memang feel abis!! [Dasar minah jiwang!!kah3]
[Berhenti menaip sekejap sebab nak replay lagu jiwang kat Youtube~~ hahaha...]

Berbalik pada tajuk kat atas tu yang dah berkulat tunggu aku huraikan.. Hurmmmm... Tiba-tiba jadi cikgu.. Memang mula-mula dulu aku tak pandai dan tak berbakat mengajar sebab aku memang susah nak bagi penerangan kat orang lain. Tapi bila aku mencuba rupa-rupanya bakat tu ada cuma tak dipupuk dengan minat dan tak diasah. [Poyo lagi... kuang3!]

Seronok jugak mengajar budak2 ni.. sekurang-kurangnya aku dapat buat otak aku berfikir dan berkembang semula..takde la ditahap yang sama je.. [sebab hari-hari buat kerja yang sama je dekat ofis.. bosan hokeh!!]

Bila saraf otak mula link semula..otak pon berkembang pesat...banyak idea datang dan aku pon tak buang masa dengan perkara yang tak berfaedah. Yang paling best, income pon bertambah jugak! Ahaks!! Sape nak akak belanje??? Meh2 datang umah..Kita makan nasi.. Lauk akak tak belanje hokeh!! hahahaha~~~

Sekarang ni dah tak sempat nak fikir masalah sebab banyak benda lain yang lebih menarik dalam hidup ni nak difikirkan.. Impaknya aku jadi lebih awet muda.. hahaha [perasan sekejap.. Sila tahan muntah!!] Yela...cuba fikir..kalau aku hari2 fikir masalah je nanti tak boleh nak senyum. Bila tak senyum, muka makin berkerut je sepanjang masa. Lama-lama boleh berkedut. Jadi macam kulit orang tua.. Oh!! Tidak.. I muda lagi!! Bila happy macam sekarang, tak fikir masalah, baru la muka tak berkedut. Sentiasa senyum sampai tidur pon dengan senyuman.[Gila!hahaha~~]

Jari dah lenguh pulak..Ok la.. Sambung lain kali ye... [Sila la dengar lagu yang saya dengar sepanjang menaip tadi..]

Friday, March 2, 2012

Tips Melariskan Perniagaan....

Hai semua... Hari ni kita belajar ayat-ayat yang sesuai untuk berniaga... Mesti laris dan menjadi punyalah perniagaan anda!!!



Selamat mencuba!!!!

Monday, February 20, 2012

Memori Duka

Tiba-tiba rasa sedey je bila dengar lagu niiiii.....huhuhuhu


Tuesday, January 3, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

[Waahhhhhh..Lamanya tak update blog.. Tersangat rindu untuk menaip kat sini.. Huhuhu]

Hai semua!!

Seronok ke sambut tahun baru?? Apa azam tahun baru??? Sekejap je dah 2012 kan? Rasa macam baru je di tahun 2000.. [Wahhh ketinggalan sangat tu!] - Nak menunjukkan yang masa berlalu begitu pantas gitu!Cewahhhhh!!-

Sedih juga meninggalkan tahun 2011 ni.. That's why lambat update 3 hari pasal tahun baru ni.. Amek feel tahun lama tak habis lagi. [Bole pakai ke alasan sebegini??? Huh!!] Padahal hari ni baru ada mood dan idea untuk menaip selaju mungkin sebab terpaksa berebut dengan anak buah yang suka tengok kartun di 'YouTube'. Warghhhh!!!

Tahun baru, umur kita pun baru jugak.. Adoiiiii... Tak dapat nak diterima pulak rasanya. Bole tak kalau umur tu tak berganjak?? 'Vodo' punya idea kot.. Hampeh la penulis.. [Aku la tu.. hehehe]

Apa pun yang berlaku pada tahun 2011 akan disimpan dalam tong kat belakang rumah je kot. Dan kalau bole dah tak nak buka lagi. Biarkan ia bersemadi di situ.[Ceewaahh!! Ayat mesti nak power kan..] Buka buku baru, lembaran baru setiap hari dan bina hidup baru yang lebih bermakna pada tahun ini.
[p/s: Baju baru dan kasut baru tak perlu kot...]

Akhir kata, Selamat Menyambut Tahun Baru 2012.. :)

Tuesday, November 29, 2011

Jar Of Hearts...

I know I can’t take one more step towards you
Cause all that’s waiting is regret
And don’t you know I’m not your ghost anymore?
You lost the love
I loved the most

And I learned to live, half-alive
And now you want me one more time

Who do you think you are?
Running 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart

You’re gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don’t come back for me
Who do you think you are?

I hear you’re asking all around
If I am anywhere to be found
But I have grown too strong
To ever fall back in your arms

And I learned to live, half-alive
And now you want me one more time

And who do you think you are?
Running 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart

You’re gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don’t come back for me
Who do you think you are?

Dear, it took so long just to feel alright
Remember how to put back the light in my eyes
I wish I had missed the first time that we kissed
Cause you broke all your promises

And now you’re back
You don’t get to get me back

Who do you think you are?
Running 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart

You’re gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don’t come back for me
Don’t come back at all

And who do you think you are?
Running 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You’re gonna catch a cold
From the ice inside your soul
Don’t come back for me
Don’t come back at all

Who do you think you are?
Who do you think you are?
Who do you think you are?

Monday, November 7, 2011

Tuhan Berikan Aku Cinta...

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta


Note: [Tiba-tiba nak berjiwa-jiwa malam ni.. So, korek2 lagu  di Youtube dan inilah lagu pilihan untuk malam ini..]

Wednesday, November 2, 2011

Kisah Dongeng atau Boleh Jadi Realiti???

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

 Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati....

Wednesday, October 12, 2011

Tips merawat rambut yang kasar dan mengembang

Hai semua...

Hari ni nak share sikit cara-cara nak melembutkan rambut yang kasar, kusam dan mengembang serta membuatkan rambut kita semakin sihat.

VCO pure oil

Masalah 1:
Saya mengalami masalah keguguran rambut yang serius dan bila masalah tu berkurangan, masalah lain pulak yang timbul iaitu masalah rambut kering, kasar, kusam dan mengembang. Pendek kata, all in one la masalah ni..

Penyelesaian:
Mudah saja.. Caranya:
1. Syampu rambut (guna apa-apa syampu rambut kegemaran anda)
2. Biarkan kering setelah dicuci
3. Sapukan minyak ini (VCO) pada kulit kepala anda (secukupnya sahaja...tak perlu banyak-banyak)
4. Pastikan anda menyapu minyak secara rata
5. Kalau rajin, urut kulit kepala secara lembut. Elakkan kuku dari terkena kulit kepala. Ini akan merosakkan akar rambut.
6. Sikat rambut seperti biasa
7. Ulangi setiap kali  selepas anda syampu rambut
8. Untuk hasil yang lebih baik, minum minyak ini 2 sudu sehari (Ini serius!! Minyak ini boleh diminum sebagai makanan tambahan untuk kesihatan dalaman.

Masalah 2:
Saya mengalami masalah kulit kering dan jerawat.

Penyelesaian:
Sama juga..Cuma sapu minyak ini pada bahagian kulit kering dan pada jerawat di muka. Dalam masa beberapa hari, jerawat akan mula surut. Cubalah!!

[ eh..eh...Tajuk untuk rambut je..tapi melalut sampai ke jerawat pulak..]

p/s: Ini adalah testimoni daripada saya sendiri.. :)

Friday, September 9, 2011

Isu Alkohol Dalam Makanan, Minuman, Perfume dan Ubat-Ubatan

Hai semua..

Orang lain tengah kecoh isu 6% gst untuk prepaid kad / topup diseluruh Malaysia. Tapi aku pulak sibuk nak buat review pasal Isu Alkohol pulak. Semuanya selepas baca di FB.

Selepas search kat cik Google, inilah kesimpulan yang dapat di copy paste dari Halaqah .net . Memang bagus info kat sini. Padat dan senang nak faham.

[PERHATIAN: Artikel ini adalah hasil copy & paste sepenuhnya daripada web yang dinyatakan di atas. Bukan rekaan penulis.]

"Berikut ini adalah petikan dari kertas kerja perbincangan Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai hukum alkohol. Anda boleh mendapatkan secara lengkap kertas kerja ini dengan menulis surat kepada Pusat Islam.
Dan, kami memohon kemaafan atas kesilapan ejaan yang berlaku (jika ada)."

 
Alkohol terdiri daripada berbagai-bagai bahan bahan kimia iaitu Ethanol atau ethyl alkohol, Bothanal dan lain-lain lagi. Dalam
minuman keras ethanol, ialah bahan yang menyebabkan mabuk dan ia merupakan bahan yang terbanyak sekali dicampurkan.

1) Setiap minuman arak mengandungi alkohol bukan alkohol itu dari arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak maka hukumnya tidak najis dan tidak haram diminum.

2) Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan arak samaada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disulingkan adalah haram diminum.

3) Minuman yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau bukan yang memabukkan dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal diminum.

4) Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan halal dimakan.

5) Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah dimaafkan.



1. Penggunaan alkohol dalam bahan citarasa (Flavour) minuman ringan ini.
2. Proses pembuatan minuman ringan tidak sama dengan pembuatan arak, oleh itu minuman ringan halal diminum kerana ia tidak memabukkan dan tidak memberi mudharat kepada orang yang meminumnya.

Menurut kitab"AlFiqh Al-Muzahibil ar'baah " dalam bab "An najasat juzu 1, Alkohol yang dimasukkan ke dalam minyak wangi untuk menahan minyak wangi agar tahan lama atau untuk menaikkan roti adalah harus.

Bersandarkan kepada kenyataan ini boleh dikiaskan kepada penggunaan alkohol dalam minuman ringan.

Jawatan kuasa fatwa telah memberitahu bahawa alkohol ialah nama yang digunakan di dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai kumpulan (Ho). Dua jenis alkohol yang paling baik ialah
1. Methyl alkohol (Methanol) atau alkohol (kayu)
2. Ethily alkohol (Ethanol) atau alkohol biji-bijian.

· Methyl alkohol (methanol) tidak digunakan untuk minuman kerana ia merupakan racun yang kuat, manakala ethly alkohol digunakan sebagai campuran di dalam minuman keras.

Penyediaan alkohol boleh dibuat melalui dua cara, iaitu:
a. Penyediaan dalam makmal
b. Penyediaan dalam industri.

Alkohol amat berguna sebagai bahan aktif dalam minuman, makanan dan ubat-ubatan dan sebagai bahan pelarut seperti untuk bawa alat solek dan minyak wangi.

Pada umunnya alkohol adalah bahaya dan beracun ia ada daya pembunuh dan memabukkan serta merosakkan anggota tubuh badan. Arak adalah memabukkan dan ia adalah haram seperti sabda nabi S.A.W "Setiap yang memabukkan itu
haram. Setiap yang memabukkan arak. Setiap yang memabukkan itu arak dan setiap yang memabukkan itu haram."(HR Muslim)

Lembaga Fatwa Al-Azhar berpendapat bahawa alkohol itu tidak najis manakala arak tetap najis.

Setelah membincangkan perkara ini dengan panjang lebar maka jawatankuasa mengambil keputusan bahawa minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan arak adalah haram alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak
najis dan boleh di makan.

Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandugan alkohol adalah harus dan dimaafkan.

*****************
Berikut ini adalah nukilan hasil muzakarah Majlis Muzakarah al-Azhar Panji Masyarakat (Islam dan masalah-masalah kemasyarakatan, terbitan pustaka panjimas, Jakarta, tahun 1983, hal. 427):

MEMAKAI ALKOHOL DAN MINYAK WANGI
----------------------------------
Dari M. Arif Bizrie Mardani, Banjarmasin Kalsel dan MZ Bondowoso, Pondok Pasentren Nurul Jadid, Probolinggo, Jatim.

Pertanyaan:
Bagaimana hukum alkohol dalam minyak wangi?

Jawapan:
Mengenai alkohol di dalam minyak wangi, telah majlis terangkan. Bimbingan peribadi pun telah menguraikannya pada Panjimas yang baru lalu. Hukumnya tidak haram. Memakai minyak wangi, malah disunatkan. Namun sekedar tambahan bagi saudara, Majelis terangkan jualah, sepanjang Majelis ketahui, yakni:
Alkohol, adalah sebangsa gas cair (fluida).

Gas mempunyai sifat:
- Kemampuan berpindah tempat dengan kecepatan yang besar dan mempunyai tenaga kinetik tinggi. Energi kinetik akan menaik, bila temperatur menaik (dinaikkan).
- Campuran molekul-molekul gas, adalah merata. Molekul gas bergerak bebas ke segala arah dalam garis lurus dan tidak hilang energinya, akibat tubrukan antara sesama molekul tadi itu.
- Menempati volume yang lebih besar, dibandingkan dengan zat padat atau cair dalam berat yang sama.

Oleh kerana sifat-sifat yang diterangkan di atas, maka setetes minyak wangi, yang telah beremulasi dengan gas (dalam hal ini alkohol yang dicairkan tadi), maka bau wangi itu ikut idbawa sebar dengan cepat dan ruang sebar (volume sebar)nya pun sama dengan ruang alkohol tadi yang mempunyai energi kinetik: Ek=1/2 mv2.

****************
Berikut ini pula adalah pendapat almarhum Syeikh Sya'rawi rh di dalam Anta tas'al Wa Islam tujib.:
Soal: Apakah memakai perfume yang mengandungi alkohol haram hukumnya?

Jawab: Memakai perfume yang mengandungi alkohol halal hukumnya. Alkohol menjadi haram jika diminum untuk bermabuk-mabuk.

Jika ia dipakai untuk tujuan baik, contohnya untuk bahan bakar, hukumnya tidak haram. Alkohol tidak najis. Ada beberapa negara Islam melarang import Eau'De Cologne yang mengandungi alkohol. Misalnya disalahgunakan untuk diminum dan bermabuk-mabuk.

Wanita boleh memakai perfume hanya di dalam rumah sahaja. Jika keluar rumah, dilarang memakainya. Sebab, dapat mengundang perhatian lelaki dan memberi rangsangan.

Kesimpulan

Berdasarkan penjelasan di atas, dapat kita fahami bahawa alkohol yang terdapat di dalam perfume adalah suci dan boleh dipakai untuk mengerjakan sembahyang tanpa ragu-ragu lagi.
Mengapa ia perlu diterima tanpa ragu-ragu? Kerana fatwa ini dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Perbincangan yang dilakukan bukan dari kalangan para ulamak sahaja, malah telah membabitkan sekali mereka yang berkepakaran dalam bidang berkenaan.

Ini dikuatkan dengan fatwa dari Lembaga Fatwa al-Azhar, yang semua orang tahu dengan ketokohan para ulamaknya.

Begitu kuat, di kukuhkan lagi dengan pandangan almarhum Syeikh al-Sya'rawi r.h., yang juga masyhur dengan penguasaannya bukan sahaja dalam ilmu-ilmu agama bahkan ilmu pengetahuan umum lainnya.

Mahu ikut yang mana.. ? Alkohol najis ataupun tidak? Ada sebahagian ulamak yang mengatakannya sebagai najis (tidak dibahaskan) dan sebahagiannya mengatakan tidak najis?

Firman Allah:
"Bertanyalah kepada orang yang tahu (ahli) jika kamu tidak mengetahui." (Al-Anbiya':7)

Menurut al-Amidi, Ibnu al-Najib dan Kamal al-Humam, bahawa bertaqlid kepada seorang mujtahid tertentu tidak wajib. Dalam satu masalah seseorang boleh mengikut fatwa seorang mujtahid dan dalam satu masalah yang lain dia boleh mengikut pendapat dari mujtahid yang lain. Atas dasar inilah maka seseorang yang mengikut satu-satu mazhab tidak wajib melazimi (terus mengikut mazhab itu sahaja) dalam setiap masalah yang difatwakan oleh imam mazhab berkenaan.

Bermakna, kita boleh mengikut fatwa di atas tanpa merasa rimas dengan keterikatan kita kepada mana-mana pandangan mazhab sebelum ini.

Jika saudara membaca kenyataan dan fatwa di atas, dan faham dengan hujah-hujahnya, maka tanpa ragu-ragu.. saudara ikut fatwanya, bermakna saudara tidak buta-buta bertaqlid. Saudara tahu dan faham hujahnya. Cara inilah yang patut diikuti oleh setiap umat Islam. Sikap taqlid membabi-buta dan bertindak berdasarkan desas-desus adalah satu sikap yang tidak diterima di dalam Islam. Umat Islam dahulu boleh bergerak maju kerana tindakannya berdasarkan hujah dan fakta yang jelas. Bukan
desas-desus dan khbar-khabar angin.



---------------------------------------------------------------


Perasan tak ada ayat yang dihitamkan seperti ini??
Wanita boleh memakai perfume hanya di dalam rumah sahaja. Jika keluar rumah, dilarang memakainya. Sebab, dapat mengundang perhatian lelaki dan memberi rangsangan. 

Ini bermaksud tak boleh pakai perfume langsung apabila keluar rumah atau boleh pakai perfume tapi yang baunya tak 'menyengat'?


p/s: Sesiapa yang arif tentang hal ni tolong jawab boleh... [nak tau sangat pasal ni..]

Tuesday, September 6, 2011

Raya, Raya, Raya....

Hai semua...

Macam mana sambutan hari raya korang? Best tak?

Yang pasti, pagi hari raya, check FB, then tengok semua kawan-kawan dah upload gambar berbaju raya. Meriah betul hari raya korang!!Dah lama tak rasa raya yang meriah setelah dewasa... Perasaan teruja tu dah seolah-olah hilang dari lubuk hati ini.. (cehhh!! Ayat poyo pulak)

Kenapa??

Ntah la... susah nak jawab soalan tu.. Maybe sebab dah jarang dapat berkumpul dengan semua adik beradik. Tak macam masa semua bujang dulu. Semua serbu balik kampung yang sama. Malam raya sama-sama mengemas rumah dan tolong menyibuk tengok mak abah memasak. Hurmmm.... Seronoknya time tu!! Kan best kalau dapat berkumpul macam tu lagi..

Tapi takpe la kan... Masa memang merubah keadaan. Setiap yang pasang pasti ada surutnya... Macam tu jugak dengan hidup kita kan?? So, jangan sedih-sedih!! Sentiasa senyummm okeh!! Happy kan diri. Yang paling penting, setiap kali kita balik, mak dan abah sentiasa ada... :)

Sunday, August 21, 2011

Wow...Shopping tak hengat!!!

Hai semua!!

Hari ni berjaya jugak aku mengajak Cik Abang pergi shopping kat Jalan TAR. Itu hari aku dah pergi dengan kawan, tapi cuma beli shawl je.. Hari ni pulak pergi dengan cik Abang beli baju raya pulak. Memang tepat tekaan aku, cik Abang mesti suka baju-baju melayu kat situ. Susah betul nak beli baju melayu untuk dia sepanjang 2, 3 kali kami window shopping kat Kompleks PKNS Shah Alam dan area Klang.

Tapi macam biasa la... Nak ke sana memang banyak cabarannya. Disebabkan aku tak nak spoil mood dia, aku suggest kitorang naik train je.. Kitorang park kereta di Mid Valley dan ke Jalan TAR dengan naik train je.. Senang. Tak payah fikir pasal jalan yang sesak or nak parking kereta kat mana. Sampai kat sana cuaca mendung. So, memang best la jalan-jalan tengok barang apa nak beli. Tup-tup, hujan la pulak. Dalam hujan yang tak berapa lebat tu pun orang tak putus-putus lalu lalang. So, kitorang pun redah je la.

Ingatkan beli baju raya je.. Alih-alih terberkenan pulak kat kuih raya. Sapu je la 4jenis. Dah settle, pening pulak fikir yang kitorang ni pergi Jalan TAR naik train je. Mengangkut la nampaknya. Seperti yang dijangka, memang agak sesak waktu nak naik train di KL Sentral untuk ke Mid Valley semula. Apa yang kurang best, waktu aku nak masuk, kuih raya aku yang 4balang tu tersangkut kat celah-celah orang yang berhimpit-himpit nak masuk train. Hampeh!! Terpaksa buat muka tebal tarik balang kuih raya. Huhuhu~~

Tapi hari ni memang best sangat!! Kenapa?? Sebab cik Abang layan je aku nak shopping apa.. Sekali sekala je kan... hihihi~~~

Thursday, August 18, 2011

Relaks lah kak...

Hai semua... Sepatutnya entry ni ditaip semalam tapi disebabkan terlalu penat, maka entry ini terpaksa ditaip pada hari ni.

Ceritanya tentang perjalanan balik dari shopping-shopping semalam.. Shoppingnya tak seberapa tapi penatnya yang melampau-lampau. Penat berjalan, penat menunggu train, penat memilih shawl dan macam-macam penat lagi la...

Perkara tak best : Apabila terlepas dua train untuk balik. Kenapa terlepas?? Sebab terlalu ramai orang yang sama-sama menunggu train dan berebut-rebut untuk naik. At last, turn aku nak naik, train dah penuh dan pintu dah nak tutup. Apa perasaan korang setelah penat di tolak-tolak, berhimpit-himpit, akhirnya terjengah depan pintu train, nak masuk sebelah kaki pun dah tak boleh, apatah lagi nak masuk badan dalam train. Dengan muka macam lepat pisang(takde kena mengena kot..) terpaksa berundur sebab train dah gerak.. uhuk2..sedih mak!!!

Ha...ceritanya setelah dua kali tak dapat naik train, akhirnya train ketiga sampai. Apa lagi, tak nak pisang berbuah 5kali, terus meluru ke pintu train. Nasib baik kali ni orang belakang kuat-kuat belaka. Tolakan diorang memang baguih dok ada!! Senang je aku ke depan. Tapi elok-elok aku nak sampai kat pintu train, ada pulak kejadian tak best. Sial la Phuiiiii!!! (Ops!! Pengaruh dari cerita KL Gangster) Ada pulak sorang kakak ni mengamuk sebab orang belakang dok tolak-tolak. Memang patut dia marah. Tapi aku lagi marah sebab kakak tu yang lembab. Dah tau bawak anak kecik, anaknya pulak baru boleh berjalan. Lepas tu dia cuma pimpin tangan anak keciknya semasa orang sedang sibuk nak naik train. Patutkah?? Anaknya pulak tak gerak-gerak sebab takut nak langkah ke train. Memanglah kan budak-budak mesti la takut sebab kakinya kecik. Dah tentu dia tunggu maknya angkat dia kan. maknya pulak.... alamak aiiii... Baik tak payah bawak anak kalau tak pandai jaga anak. Menyusahkan penumpang lain yang nak cepat. Nasib baik aku ni bertimbang rasa (puji diri sendiri la pulak) Elok-elok turn aku kat pintu train, aku angkat je anak kakak tu masuk train. Settle masalah. Semua orang boleh masuk selepas kakak tu masuk. Kalau ikutkan hati memang aku maki je kakak tu. Tapi sebab badannya besar, aku batalkan niat hati. Tak pasal-pasal aku tak sambut raya pulak nanti. Huhuhu~~

Itulah pengalaman yang hampeh untuk semalam. Walaupun hampeh sebenarnya ada banyak pengajarannya. Kepada sesiapa yang bawak anak kecik untuk naik kenderaan awam, tak kira la bas or train, jagalah anak korang baik-baik dan jangan sampai menyusahkan penumpang lain. Orang lain pun bayar jugak. Bukan awak sorang yang bayar tambang.

p/s: Still rasa nak lempang je kakak tu sebab mukanya memang macam nak kena tampar je! Walaupun dia tak marah aku, tapi aku bengang dengan sikap lepas tangan dia tu...Badan je besar tapi nak dukung anak sorang pun tak larat. Memang tak berbaloi!!

Note: Tak sempat nak snap walau sekeping gambar sebagai kenangan.. [sad...]

Tuesday, August 16, 2011

Rahsia Bibir Gebu bak Delima Merekah...

Hai Semua..

Disebabkan sekarang bulan puasa, waktu siang akan membuatkan bibir kita kering kerana kurang minum air mineral. So, untuk mengelakkan bibir kering dan kusam, kita boleh sapukan bibir dengan lip balm. Sepanjang hidup, dah banyak lip balm dan lip ice serta segala macam produk yang berkaitan bibir dah aku guna. Tapi aku cukup puas hati dengan satu produk ni....

Gambar: kredit to web SASA

Ya...Inilah dia yang aku maksudkan... Water Cool. Memang cool sangat.. Kulit bibirku yang terlalu sensitif ni memang memerlukan produk yang macam ni. Masa mula-mula beli produk ni, saja suka-suka nak try sebab macam menarik je... Tapi after guna, memang puas hati.

Ada cerita disebalik Water Cool Lip Balm ni.. Alkisah nak dijadikan cerita, satu hari tu aku terhilangkan lip balm aku ni.. Merata beg aku cari, tak jumpa jugak. At last aku ambil keputusan untuk beli yang baru. So, bermulalah langkah mencari lip balm ni di serata gedung Watson dan Guardian. Tapi malangnya, tak ada. Dah sold out. Akhirnya, aku kembali ke Watson di Jusco Bukit Tinggi di mana aku mula-mula beli dulu.. Memang ada. Tapi cuma tinggal satu saja. Memang rezeki aku untuk guna lip balm ni. Elok-elok dah happy dapat yang baru, dengan tak sengaja, adik aku ternampak lip balm yang sama kat bawah seat kereta. Rupa-rupanya, lip balm yang hilang tu terjatuh ke bawah seat kereta. So, now...aku ada 2 lip balm!! [Smileeee....]

So, kepada sesiapa yang mendapatkan bibir gebu bak delima merekah, silalah try Water Cool lip balm ni..

p/s: Ini bukan iklan berbayar ye kawan-kawan...Saja nak kongsi pengalaman sendiri..

Wednesday, August 10, 2011

Squeezy yang Ummmppphhh!!

Hai semua...

Pernah dengar tentang Squeezy?? Squeezy ni kordial buah-buahan tulen dengan campuran Madu Premium. Terdapat 6 jenis kordial yang menjadi pilihan saya.
1. Kordial Mangga : RM 22.00
2. Kordial Kiwi   : RM 38.00
3. Kordial Blackcurrent   : RM 21.00
4. Kordial Oren  :RM 22.00
5. Kordial Asam Jawa  : RM 21.00
6. Kordial Kurma  : RM 37.00

* Semua di atas:  packing 1000ml / bottle*

Semuanya mengandungi kepekatan jus buah tulen berserta camouran madu. Memang sedap dan puas hati lepas sekali mencuba. Memanglah bagi sesetengah orang, kordial di pasaraya seperti Giant, Tesco dan Econsave lebih murah berbanding harga kordial di atas. Tapi berbeza dengan kualiti, bagi saya, kordial ni lebih berbaloi dan memang meninggalkan rasa yang berbeza berbanding kordial yang lain-lain dipasaran. Cubalah!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright (c) 2010 !Safa Rida Blog. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes and Web Design.