Pages

Wednesday, July 27, 2011

Tetap Bersyukur...

Hai semua..

Lama tak update ruangan yang semakin sepi dan kosong ini.. Petang ni baru je rasa ada mood untuk taip apa yang terlintas difikiran saat ini. Kepala yang jem pula dah semakin lancar pergerakannya. Dah boleh menghuraikan segalanya dalam bentuk ayat. Nak bercakap banyak2 dah tak berkesempatan. Tekak semakin sakit. Menyesal jugak tak hiraukan keadaan kesihatan tekak sendiri. Akhirnya menjadi makin parah disebabkan faktor sekeliling yang tercemar dan tak jaga pemakanan.

Oittt!! Apa yang kau membebel panjang2 ni?? Sebenarnya cuma nak bagitau yang aku ni dalam situasi yang kurang sihat. Selesema dan tekak bengkak semula. Mungkin jangkitan lama pada tekak tak betul2 sembuh. Ini kali ketiga masalah ni berulang. Jadi, selepas ini aku perlu menjaga pemakanan dan gaya hidup dan menjauhkan diri daripada pencemaran yang boleh memburukan keadaan.

Tapi yang kurang best, aku terpaksa makan ubat yang....ewww!! susah jugak nak telan. Sebab dah lama aku bertahan tak nak makan ubat kalau sakit. tapi sekarang ni aku dah tak boleh mengelak. Perlu makan untuk sihat.

Apa pun aku tetap bersyukur sebab diberi kesempatan untuk hidup dan merasa sakit. Kalau tak sakit, kita mudah lupa diri kan??  Mudah lupa pada yang Esa. Mudah merasa diri kita hebat sangat ataupun lebih tepat lagi syok sendiri. Bila dah sakit ni kita mula ingat nak beramal ibadat lebih dari biasa. Hehehe~~

Doakan diriku cepat sembuh ye kawan2... tQ..:)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright (c) 2010 !Safa Rida Blog. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes and Web Design.