Pages

Thursday, August 18, 2011

Relaks lah kak...

Hai semua... Sepatutnya entry ni ditaip semalam tapi disebabkan terlalu penat, maka entry ini terpaksa ditaip pada hari ni.

Ceritanya tentang perjalanan balik dari shopping-shopping semalam.. Shoppingnya tak seberapa tapi penatnya yang melampau-lampau. Penat berjalan, penat menunggu train, penat memilih shawl dan macam-macam penat lagi la...

Perkara tak best : Apabila terlepas dua train untuk balik. Kenapa terlepas?? Sebab terlalu ramai orang yang sama-sama menunggu train dan berebut-rebut untuk naik. At last, turn aku nak naik, train dah penuh dan pintu dah nak tutup. Apa perasaan korang setelah penat di tolak-tolak, berhimpit-himpit, akhirnya terjengah depan pintu train, nak masuk sebelah kaki pun dah tak boleh, apatah lagi nak masuk badan dalam train. Dengan muka macam lepat pisang(takde kena mengena kot..) terpaksa berundur sebab train dah gerak.. uhuk2..sedih mak!!!

Ha...ceritanya setelah dua kali tak dapat naik train, akhirnya train ketiga sampai. Apa lagi, tak nak pisang berbuah 5kali, terus meluru ke pintu train. Nasib baik kali ni orang belakang kuat-kuat belaka. Tolakan diorang memang baguih dok ada!! Senang je aku ke depan. Tapi elok-elok aku nak sampai kat pintu train, ada pulak kejadian tak best. Sial la Phuiiiii!!! (Ops!! Pengaruh dari cerita KL Gangster) Ada pulak sorang kakak ni mengamuk sebab orang belakang dok tolak-tolak. Memang patut dia marah. Tapi aku lagi marah sebab kakak tu yang lembab. Dah tau bawak anak kecik, anaknya pulak baru boleh berjalan. Lepas tu dia cuma pimpin tangan anak keciknya semasa orang sedang sibuk nak naik train. Patutkah?? Anaknya pulak tak gerak-gerak sebab takut nak langkah ke train. Memanglah kan budak-budak mesti la takut sebab kakinya kecik. Dah tentu dia tunggu maknya angkat dia kan. maknya pulak.... alamak aiiii... Baik tak payah bawak anak kalau tak pandai jaga anak. Menyusahkan penumpang lain yang nak cepat. Nasib baik aku ni bertimbang rasa (puji diri sendiri la pulak) Elok-elok turn aku kat pintu train, aku angkat je anak kakak tu masuk train. Settle masalah. Semua orang boleh masuk selepas kakak tu masuk. Kalau ikutkan hati memang aku maki je kakak tu. Tapi sebab badannya besar, aku batalkan niat hati. Tak pasal-pasal aku tak sambut raya pulak nanti. Huhuhu~~

Itulah pengalaman yang hampeh untuk semalam. Walaupun hampeh sebenarnya ada banyak pengajarannya. Kepada sesiapa yang bawak anak kecik untuk naik kenderaan awam, tak kira la bas or train, jagalah anak korang baik-baik dan jangan sampai menyusahkan penumpang lain. Orang lain pun bayar jugak. Bukan awak sorang yang bayar tambang.

p/s: Still rasa nak lempang je kakak tu sebab mukanya memang macam nak kena tampar je! Walaupun dia tak marah aku, tapi aku bengang dengan sikap lepas tangan dia tu...Badan je besar tapi nak dukung anak sorang pun tak larat. Memang tak berbaloi!!

Note: Tak sempat nak snap walau sekeping gambar sebagai kenangan.. [sad...]

3 comments:

Kancilbiru said...

badan dia pun tak larat nak bawak, ko nak suh dia angkat anak dia pulak..hehehe..

*joking

Eeda said...

hahaha...Tu lah pasalnye..

sekamar rindu said...

salam...

bila dah terlalu ramai dalam train.memang merimaskan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright (c) 2010 !Safa Rida Blog. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes and Web Design.