Pages

Friday, April 15, 2011

~Diari Hari Jumaat~

Hai semua!!! Macam mana hari ni?? Sihat??? (Wah...dah macam sesi bertanya khabar la pulaks!ahaks!!)

Actually hari ni agak bosan sikit.. So, saje suka2 nak type diari untuk hari ni kat blog yang dah macam diari maya aku...wekks!! yeke?? Tak sangat kot.. Aku ni malas nak tulis diari sebenarnye.. Tahun lepas tu ade la beli diari (planner 2010), tapi bila tiba tarikh 31 Disember 2010, buka je diari tu still macam baru beli je..kosong. Takde ape yang aku tulis..kalau ade pun kat page depan je.. tulis nama sendiri..huhu~~

So, tahun ni tak beli diari dah. Just ade buku kecik untuk catatan penting yang letak kat dalam handbag je. Tapi kalau dah dasar suka membazir tu payah la sikit. hahaha~~ Aku dah jumat tak beli diari/planner tapi aku beli notebook kecik2. Bukan 1, tapi 3..Bila fikir2 balik baik beli diari je..tapi bile beli diari dah tak tau nak tulis ape..lagipun diari tu cantik la pulak.. Sayang nak conteng2.. Pelik ngan diri sendiri yang toink2 ni!! :p

Oooo..Lupa.. Topik hari ni kan nak type ape yang aku dah buat hari ni...

Pagi : Bangun terus siap2 nak keluar.. Hajatnya nak cari2 ape peluang yang ade. Ooo..ye.. Aku punya plan hari ni cuma pegi cyber cafe untuk printing.. Tapi disebabkan aku tak list ape aku nak print, ade la sikit benda yang tertinggal untuk aku print..huhu.. Bingai!! Nampaknya aku kena kumpul duit tabung 'Katak' la untuk beli printer sendiri..hurmmm~~ (untuk pengetahuan u alls, tabung katak stand for my tabung yang berbentuk kartun frogy..nasib baik comel.kalau sebijik cam katak puru, confirm aku tak suka!!) Fuhhh...punya la mahal print kat cyber cafe yang ramai pekerja bangla tu!! Tapi apakan dayaku. Terpaksa jugak print kat situ sebab dah tak tau mana lagi tempat yang bole aku print document penting nih..(penting la sangat kan)

Masih pagi lagi tapi matahari dah mula keluar : Ketika ini pekedai2 kain di sekitar tempat aku sampai ni baru nak bukak kedai masing2.  Aku nak parking kereta pun senang sebab car park di sekitar tepi jalan yang selalunya busy time aku pegi situ sangat berbeza keadaannya. Lengang je..Suasananya menarik dan tak pernah aku tengok sebab sebelum ni time macam ni aku dah ade kat ofis tengah khusyuk wat keje. Ceewahh!! Aku memang rajin time keje. Weks!!   Then aku pun terus pegi bayar duit parking dan blah dari situ. Aku pusing2 sekitar situ tapi semua kedai tak buka lagi.. Yang dah buka cuma kedai mamak jual roti canai dan kedai paper. Aku beli paper Metro then lepak kat tengah2 alam(dataran kat depan kedai2 tadi) sambil baca paper. Gayanya macam bagus je kat situ. Wahaha... Best la pulak wat camtu!! Rasa macam tenang je. Tapi tak tau la ape pandangan mata2 lain yang tertengok aku kat situ. huhu.. Tapi inilah part yang paling best untuk hari ni buat masa ni. Buat sesuatu yang lain daripada biasa aku buat. Biasanya aku kalau nak berjalan2 or melepak2 mesti nak ade kawan temankan. Tapi sekarang aku boleh berseorangan.

Dah tengahari sikit : Dah mula rasa panas2 sikit. Matahari dah hampir terpacak atas kepala. So, aku berniat nak blah dari situ. Perut pun tiba2 buat hal pulak. huhu... Tinjau2 toilet kat area situ tapi hampeh. Toilet macam tak bole guna je. So, aku pun pegi dari situ dengan rasa kurang selesa. Before balik rumah aku singgah kat ofis seseorang yang banyak bagi pendapat dan banyak membantu dari aspek mental. hihi.. Aku melepak kat situ nak dekat sejam jugak kot. Haha... Elok pulak perut ni. Then balik umah terus ngadap laptop...

Petang : Hurm... Aku tengah wat planning.. Untuk pengetahuan semua, aku ade beli notebook yang ala2 diari tapi bukan diari sebab buku2 kecik yang aku selalu conteng2 tu dah habis..dan jahanam sebab main sumbat2 je dalam beg. hihihi~~

p/s : takde gambo yang sesuai untuk entry kali ini sebab aku lupa nak amek gambo!!

Wednesday, April 13, 2011

Sinetron....Adoiii...Tak Bole Stop..

Hai semua!! Lama tak menaip kat sini..
Kali ni aku cuma nak bagitau yang aku dah lama terkena Sindrom Sinetron.. Adoiiii... susah nak baik..kena tunggu habis baru ok kot.. Tapi mungkin lepas habis cerita ni cerita lain pulak ditayangkan (yang best jugak..kalau tak best confirm tak layan)
Sekarang ni makin serius pulak penyakit ni.. Dah 3.. diulangi 3 sinetron yang aku layan..huhuhu...

~cover Sinetron Kejora dan Bintang~
1. Kejora dan Bintang : Yang ni mula2 aku tak berapa suka tapi cik abang minat sangat...so, tengok je la...lama2 jadi addict la pulak!! huh!!

~cover Sinetron Kemilau Cinta Kamila~
2. Kemilau Cinta Kamila : Tajuk memang tak bole blah.. hahaha... Tapi ceritanya menarik. Aku memang layan dari episod 1. Ceritanya menyentuh hati sikit.. Tapi biasa la kalau dah namanya sinetron mesti la ceritanya pasal darjat, family dan macam2 la..

~cover Safa dan Marwah~
3. Safa & Marwah : Yang ni tak tengok dari awal.. Dah klimaks cerita baru tengok.. Not bad.. best jugak la.. Lagi satu sebab namanya Safa... hehehe~~~

So, kalau nak tau ceritanya macam mana...tengok je la sendiri... :)

Wednesday, April 6, 2011

Siapa Tak Suka Makan Sayur????

Hai semua!!! Straight to the point, ada siapa-siapa yang tak suka makan sayur???
Orang terdekat aku pun tak suka makan sayur jugak..Siapa?? siapa lagi kalau bukan my hubby..
Dah orang serumah pun tak makan sayur, so, aku pun secara automatik tak masak sayur. Cuma masak lauk pauk saja la... Masak sayur semangkuk pun tak habis sebab makan sorang je. huh!! 

Korang-korang kat luar sana pun mesti mengalami hal yang sama kan? Terutamamya kepada sesiapa yang dah ada anak. Kanak-kanak biasanya tak gemar makan sayur. Termasuklah aku masa kecik dulu..heheh~~Tapi pengambilan sayur dalam setiap hidangan adalah penting untuk kita kan?? Terutama untuk tumbesaran kanak-kanak. Mengikut salah satu artikel berkaitan pengambilan sayur di NutriWEB Malaysia

"Kebaikan sayur-sayuran tidak terhingga. Pertama, ia rendah lemak, kalori dan natrium serta tidak mengandungi kolesterol. Selain itu, sayur-sayuran juga mengandungi vitamin, mineral, serat, karoteinoid dan bahan bio-aktif (dipanggil sebagai bahan fitokimia).
 
Sebenarnya, setiap jenis sayuran mempunyai pakej nutrien yang tersendiri. Maka, setiap jenis sayur-sayuran berbeza dari segi jumlah dan jenis nutrien yang dibekalkannya.

Vitamin dan mineral dalam sayur-sayuran membantu dalam tumbesaran dan perkembangan, membina sistem imun yang sihat dan memelihara kesihatan secara keseluruhannya. Jika anak anda kekurangan vitamin dan mineral yang penting ini, dia mungkin lebih terdedah kepada pelbagai jangkitan dan penyakit.

Serat diet yang terdapat dalam sayur-sayuran membantu membina sistem penghadaman yang sihat dan mencegah sembelit di kalangan kanak-kanak. Karotenoid pula sebenarnya adalah sejenis bahan fitokimia yang boleh melindungi anak anda terhadap pelbagai penyakit kronik."

Di sini, kita dapat lihat betapa pentingnya sayur dalam diet seharian kita kan? Tapi kalau memang tak boleh makan sayur jugak macam mana???

Ha....kat sini aku ada sikit penyelesaian untuk korang-korang, anak-anak korang serta sesiapa yang terdekat dengan korang yang tak suka makan sayur...

Serbuk Jus Daun Gandum Vegi-Vera
Pernah dengar??? Mungkin ramai yang pernah dengar dan mungkin juga ramai yang dah biasa minum.
Memang best produk ni...Mudah dan cepat sebab ini cuma jus yang sedap diminum setiap hari..
Nak campur dengan jus lain atau cuma minum jus ni saja pun boleh.. 

Minuman Serbuk Jus Daun Gandum Vegi-Vera adalah tambahan minuman yang lazat, berkhasiat dan menyihatkan untuk merangsang pemakanan harian kita. Jus daun gandum telah lama dikenalpasti mempunyai kuasa pemberi tenaga dan penyembuhan selain ia adalah pemakanan bernutrisi tinggi yang memberikan simpanan vitamin, mineral, klorofil dan enzim penting.
Juga mengandungi kandungan protein yang tinggi serta asid amino penting dan tidak penting. Dikenali sebagai penyahtoksin yang hebat, Jus daun gandum juga mengandungi flavanoid, vitamin A, vitamin C, vitamin E dan mineral penting seperti zat besi, kalsium dam magnesium. Daun gandum mempunyai kesan antibiotik, antioksida dan anti-keradangan.

Jadi, selain kita dapat khasiat sayur-sayuran, kita juga boleh mengelakkan diri daripada penyakit moden dan mengekalkan kesihatan kita..Cubalah!!!

p/s: Nak order ke? Boleh contact 013-6290371...:)))

Thursday, March 24, 2011

Backom di rumahku

Hai Semua!!
Penah tengok siri kartun Backom???
Ala makhluk putih yang gemok & comel & suke wat hal tu...
Makhluk yang ade kat umah aku ni pon ala2 backom jugak. hampeh. suke wat hal kat umah. tapi cute jugak la gaya dia nih.
Jom layan pic kat bawah ni....


 Macam Backom tak???ni la gaya tido paling comey konon2 la....

p/s: ekor dah ok..dah tumbuh bulu sepenuhnye.. no more kudis lagi!!

Tuesday, March 22, 2011

Kalumpang Resort Versi Dalam Ujan

Hai semua!!!

Sabtu lepas aku pegi 'berkubang' kat Kalumpang Resort & Training Center..

Tempatnye ok dan menarik jugak..Ade beberapa chalet yang menghadap sungai.. Sungai tu yang wat aku rase tempat tu menarik. Tapi mase kitorang sampai ujan turun renyai-renyai.. Dan makin lama makin lebat la pulak. Kitorang (aku & hubby)  rase cam hampeh je gi situ.. Yela..punye la semangat kitorang bersiap nak ke sana  at last dah sampai tak bole mandi sebab air sungai deras sangat sebab ujan lebat. huk3... :(

Dah tu sementara tunggu hujan berhenti, kitorang melepak kat kedai makan untuk makan2 dulu sebab lapo la..Owh..lupe nak bagitau. Nak masuk situ kena bayar ok.. RM10/person untuk dewasa & RM5/person untuk kanak2. Dan korang akan dapat mende ni untuk dipakai  macam gi Sunway Lagoon la plak!!

~Tag untuk dipakai kat tangan~
Setelah hampir sejam, hujan akhirnya stop jugak.. Horeyyy!!! kitorang nak terus turun sebenarnye tapi takot kena suruh naik pulak sebab takde sorang pon yang turun lagi.. maybe sebab air still deras lagi kot.. So kitorang just lepak2 kat tepi sungai sambil rendam2 kaki kat dalam sungai. Best tau!! air sungai yang sejuk tu memang wat aku rase fresh.

Tengah dok syok2 rendam kaki tu tiba2 ade sekor katak yang gemok pulak muncul kat tepi batu yang dekat ngan aku. Hampeh punye katak!! Geli betul. tau la tempat dia tapi kan aku baru nak dapat feel tenang & fresh kat situ.. Respect la sikit. dah la muncul tiba2. Teruk betul!!! Aku terus menjerit-jerit macam orang gile kat situ sebab terkejut dengan kemunculan katak tak diundang tu. Memang hampeh sangat3!!!!

Kitorang tukar tempat lepak. Tempat yang airnye agak kurang deras sikit. Best berendam kt situ cuma air sungai lepas ujan memang tak brape best sangat sebab agak berbau dan tak jernih. tapi rugi la kalau tak berendam. Tak kisah la ape pon yang penting enjoy the moment!!!

Kat bawah ni gambar2 yang berkenaan dengan crite di atas:-







tQ coz menghabiskan sikit masa untuk entry ni.. :))

Saturday, March 19, 2011

heartbeat.my ----> Your Online Gift Store...

Hai Semua!!! entry kali ni aku nak share ngan korang2 semua terutama bloggers pasal heartbeat.my...
Special thanks to blogger aqu slumber's. memang slumber la aku join ni.. lagipon senang je nak join..
Brape minit je diperlukan untuk fill up form n then settle. leh start tulis blog macam biase.. mudah & cepat.
Selain  bole shopping with discount, korang pon leh menambah koleksi iklan kt blog korang sambil tambah pendapatan melalui blog. Best jugak la kan... Aku dah join..Korang bile lagi??
Jom la join jugak...

Wednesday, March 16, 2011

~Selamat Hari Lahir~

Hai semua!! Entry kali ni Special untuk kakakku yang disayangi
~Noor Sabariah bt. Abu Bakar~
sempena hari lahirnya yang ke....... (saje kosongkan untuk diisi oleh yang berkenaan) heheh~~

Memandangkan entry kali ni untuk wish birthday, eloklah kiranye kalau kite kumpul semua birthday yang lepas2 dari bulan Januari until March 2011..
1. Birthday kak Ina : 1 Jan
2. Birthday anak saudara, Ahmad Alimi Hazim : 9 Jan
3. Birthday kak Lia : 4 Feb
4. Birthday anak saudara, Ikhwan (Mus'ab) : 5 Feb

Selamat Hari Lahir semua!!
Semoga impian menjadi kenyataan sepanjang tahun ini.. :)

Maaf  kalau masih ade yang tertinggal...tambah sendiri diruangan comment ye!! :)

Monday, March 14, 2011

tErimA kAsiH....

Entry kali ini special untuk semua orang yang menyokong karierku sekarang..heheh~~ cam poyo jek!!
Ucapan terima kasih yang tak terhingga untuk semua..banyak sangat nama kalau nak disenaraikan..(sebab ramai yang membantu) thanks all....walaupon cuma kejayaan yang sedikit & kecil je tapi aku tetap dihargai..memang seronok!!

~dah sampai umah baru bergambar..huhu~




~Cake for me..tQ kak Rosni~
 I have no idea to 'merepek-repek' lagi..thats all... terima kasih semua :)

Tuesday, March 8, 2011

huh...ade aku kesah!!

Salam semua!! hari ni mood aku baik...aku malas nak cite merepek-repek..aku cuma rasa sedikit pelik dengan orang-orang yang emo tak tentu pasal...aku cuma bagi sikit komen dan tak berniat pon nak cakap aku dipihak yang betol or salah.. tapi dia pulak lebey2..tah la sape makhluk tu..aku pon tak kenal..so, just ignore and anggap la dia tu cume makhluk perosak yang tak tau asal usul kewujudannya..hehehe...fuh....baru tenang sikit rasanye...

Aku ni bukanlah baik sangat..ilmu dan pengalaman pon masih cetek lagi..masih cuba meneruskan hidup dan cuba menaik taraf hidup keluarga..aku ni cuma biasa-biasa orangnye..ramai orang cakap jangan tamak kerana duit bukan segala-galanye..betul!!memang betul sangat!!aku setuju.. tapi kite kena faham keadaan sekarang yang memerlukan duit untuk segala-galanye.. semua keutamaan kite di rumah memang memerlukan duit..sebab duit jugaklah suami bergaduh dengan isteri, sebab duit jugak orang boleh beli kepercayaan..orang berduit selalu dipandang..ekonomi orang kite semakin jatuh..kite memang tak boleh lari dari memikirkan cara mencari duit (rezeki).. ade orang sanggup buat ape saje untuk dapatkan duit..

Aku paling sedih bile ingat dulu mase keje kat banyak company(aku ni dah keje banyak tempat jugak)..keje bagai nak rak camane pon sama je..adatlah keje dengan orang..semua kena ikot kata..kadang-kadang kena buli macam2..kite tukarkan semua tenaga kite dengan duit (gaji setiap hujung bulan). bile fikir memang sedih..sebab kena ikot kata orang..padahal kalau dengan emak abah ade je nak dibantah..(isk3) pastu duit gaji yang tak seberapa tu tak cukup pulak nak bagi kat mak abah..setakat berapa sangat la yang dapat hulur..

Tapi bile cari rezeki dengan cara sendiri, banyak jugak cabarannye..terutama dari orang yang dekat dengan kite..barulah kite boleh tafsirkan siapa kawan dan siapa lawan..siapa yang betul2 disamping kite dan siapa yang cuma disamping kite waktu kite senang sahaja..waktu kite susah takde sape nak dekat dengan kite. Itulah lumrah hidup..orang sekeliling cuma boleh kata, KESIAN kalau kite susah..tapi yang nak menghulur kat kite sangat sikit quantitinya..inilah hakikat sebuah kehidupan..yang senang disanjung yang susah dihina..yang tak bole bla sekali bile yang nak berusaha menambah pendapatan pon turut terkena tempiasnye..turut diperlekehkan...ape yang korang2 nak sebenarnye??(sesiapa yang bising2 dan sebok2 kutuk orang)
Pelik kan manusia sekarang ni..aku tak pernah kisah kalau dapat nasihat yang berguna..tapi kalau setakat bercakap atas rasa tak puas hati je, rasanye orang yang berkenaan tak perlu berkata2 langsung...
Sekian...

Sunday, February 27, 2011

Best Product for every home

Hai semua... macam biase dah lama tak update..so, hari ni baru ade something special nak share ngan korang semua.. Malas nak cite panjang..semoga dengan gambar2 di bawah ni bole bagi gambaran yang jelas tentang produk ni..tapi...ape yang aku rasa nak share sangat sebab produk ni memang bagus untuk generasi akan datang..kite yang muda2 ni masih ade masa untuk memperbetulkan ape yang kite makan sekarang. (nasihat ni ditujukan khas untuk aku dan korang2 yang 2x5 cam aku..hohoho~~~)

ni le dia produk yg best tu.."Beyong Food Junction Detoxifying Unit"
Ianya berfungsi sebagai penyahtoksik dalam bahan mentah/makanan kite yang 'segar dari ladang'. maksudnye kite gunakan machine ni untuk menghasilkan ozon yg boleh menyahtoksik(detox) segala macam bahan kimia/pengawet yang terdapat dalam makanan kite yang belum dimasak/sebelum dimakan/sebelum digunakan....Sila perhatikan...bahan yang dikeluarkan setelah menyahtoksikkan ayam tidak terbakar/terjejas walaupon dibakar secara terus..bayangkan dah masuk dalam badan kite macam mane la agaknye ye???
Contoh: Ayam, daging, sayur, buah-buahan, botol susu anak, pinggan mangkuk dan lain2 lagi..

~Pengguna produk~
~Sesi demo produk~
 Yang best lagi pasal produk ni.. kite bole detox/ozonkan air untuk kegunaan rawatan kulit/luaran kite kerana air yang telah menjalani rawatan ozon ini adalah air yang beroksigen. Jadi kite bole dapatkan rawatan di rumah untuk keselesaan kite. Hanya di rumah!! tak perlu lagi ke Spa or mane2 pusat rawatan yang pastinye memerlukan belanja yang mahal. Fuhh...jimattt..


~Pengguna Produk~
~no comment sebab tengah cover ayu la plak!! :p~
So, ini la dia produk yang aku nak share tu..harap korang dapat serba sedikit infonye ye... kat gambar2 di atas kalau korang perasan ade bowl yang sambung kat machine tu, korang tengok bowl tu betul2..ade macam buih putih kekuningan..nak lg jelas cuba korang tengok gambar yang ke-3, ade pinggan berisi buih2 putih tu...ha...itulah dia buih2 yang tehasil daripada proses penyahtoksik(detox) yang telah dilakukan selama 30minit. Buih2 tu kalau kite pegang, agak kenyal n kental..eeeee....tak tau nak habaq camna..

p/s: ni produk buatan Malaysia yang berteknologi canggih serta mendapat pengesahan SIRIM.. Bole gunakan tanpa was2..  :)

Wednesday, February 9, 2011

Ape Masalah??

Wohoooo....Ape khabar semua?? Sihat ke? Atau terlebih sihat?heheh... Macam aku jugak la...dah terlebih-lebih sihat sikit nih!!Apehal la penimbang berat ni asyik ke kanan je. Geram betul la...kalau dulu sebok sangat nak besarkan badan. Sekarang menyesal la pulak. huhu..

Sambil-sambil tengok cite ulangan Adnan Sempit the Series ni, kebetulan pulak episod kali ni cite pasal awek baru si Bobby yang gemuk n terlalu sihat tu.. makan tak hengat punye la!! tiba-tiba aku rasa risau kalau badan aku macam tu!!huiiiii takot siot!!!

Tapi bile fikir-fikir balik, kurus or gemuk bukanlah kayu pengukur untuk tahap kesihatan kite.. Betul tak?? Setuju tak kawan-kawan??? Kadang-kadang ade orang tu badannye... mak aiiii kurus, slim river gitu! tapi dia sihat ke? belum tentu lagi... try check tengok..ntah2 berpenyakit jugak tu..same jugak ngan yang badan cam tong drum (uit!! mulut kasi jaga sikit aaa!!) heheh.. aku tak bermaksud sape-sape tau...aku pon gemuk jugak.

Alamak...bunyi ape lak tu? macam air melimpah je..huh!!Tangki air ni kan memang wat aku hangin 1 badan la.. Rosak la pulak..terpaksa kua tutup paip utama la ni. dah la tangki rosak, paip dia pon ngok ngek jugak. Adoiiiii!! sape tau repair??please la datang tolong repair..

Dah naik angin ni tiba-tiba perut rasa lapar pulak. Ni lagi 1 masalah besar. nak kurus tapi perut ni asyik nak melahap je...nak makan ke tak ek???

Tuesday, February 8, 2011

Jangan Lupa.....

Hai semua!! Hari ni nak cite sikit pasal peristiwa hari ni.. ntah camne nak dijadikan isu, aku terlupa nak basuh seluar keje suami. bole lak lupa.. yela.. cuti yang lepas kami balik kampung.. sebelum balik kampung, aku cuma sempat basuh baju2 dan pakaian yang ringan-ringan je.. seluar keje si dia ni jenis berat (seluar jeans) tu pasal la selalu diasingkan.. lagi 1 sebab kotor sangat. sesuai dibasuh ngan yang sejenis je.. tak bole campur ngan baju lain.

So, sambung balik cite tadi. dah lupa nak basuh, of course la cik abang tu marah. mane taknye...dia siap2 nak pegi keje, tengok2 seluar dok terperuk kat dalam baldi lagi..huhu...terus aku dapat sms yang berbunyi begini... apsal tak basuh seluar???  ops!!!!aku pon terkejut gila argh!!! untuk pengetahuan semua, time tu aku berada di kelas. sebab ape aku pegi kelas?? yang tu aku cite di entry yang lain okeh!! so, aku pon reply sms laki aku tu.. sorry bang, lupa la nak basuh.. pastu silent handphone sebab takot mengganggu lak nanti.. sampai la abis kelas aku tak tengok2 handphone.. malas nak amek port la konon.. tapi dalam ati ni takot2 jugak... tapi tu la..malas nak gaduh2 sebab benda kecik.. kalau dulu sebab camni pon bole meletop rumah. hehehehe... ntah pape bile ingat balik.. so, untuk menyelamatkan keadaan, better silent je.. tak payah nak panjang2 cite..

Balik umah, aku terus start kutip seluar2 yang belum basuh, masukkan dalam mesin basuh, pastu basuh la... takkan wat pekasam lak kat dalam tu..huihui.. sementara tunggu seluar2 tu siap dibasuh, aku check la handphone (baru teringat nak active general profile) kalau tak, tak tau ade orang call or sms. tak dengo.. sekali tengok, wah...4misscall... kalau tak check, ntah2 brape la agaknye...risau jugak ye cik abang bile kite diam je... hihihi...

Kesimpulannye... berdiam tak semestinya kite kalah... hehehe...tapi kalau dah bersalah, memang patut berdiam sebab kite memang salah. watpe la nak tegakkan benang yang basah...sedangkan benang yang kering pon belum tentu dapat ditegakkan..Peringatan pada diri sendiri dan sesiapa yang sewaktu denganku, jangan lupa basuh seluar keje suami..heheh~~

Thursday, February 3, 2011

~Mata Tersembunyi~

Hai Semua!! ntah la berapa ramai yang sanggup luangkan masa membaca coretan sepi ku ini..huhu..suke sangat buat ayat tak bole bla...lalala~~ Sebenarnya idea nak tulis blog ni bukan ade sangat..tapi biasa la..malam ni tak bole tido bising sangat bunyi mercun maklumlah malam Tahun Baru Cina.. Disebabkan kita ni 1Malaysia..layan je la bunyi-bunyian yang kuat dan lama jugak la...dah dekat sejam tak abis2 lagi stok mercunnya..huhu.. takpe la..setahun sekali je diorang nak bakar mercun berjam2.. bagi chance je la..

Hmm...lega sikit telinga ni..dah kurang bunyi bising.. Aik..baru cakap lega dah sambung balik!!! Lebih dasyat la pulak. Tadi tengok cite Shrek the Third. Rasanya penah tengok before ni.tapi tak abis sebab tertido. tadi layan sampai abis. caya la..tak tertido pulak kan..maybe sebab bunyi bising kat luar kot.lagi satu sebab tak mengantuk sangat. kalau tak, orang bakar bom kat tepi telinga pon aku tak dengar dan makin nyenyak tido ada la..haha~~

Weh..ape nak cite tadi?? Ha...pasal cite Shrek the Third. Citenya menarik..tapi biasa la..kartun ni boleh jadi macam2.. ada satu part yang sangat menarik bagi aku.. Part di mana Shrek memujuk Arthur untuk ikut dia balik ke negara Far Far Away nama negara yang pelik!! (heheh..biasa..kartun boleh jadi segalanya!!) untuk tunaikan hajat bapa mertuanya yang nak lihat Arthur menggantikan tempatnya sebagai pemerintah negara setelah kematiannya kelak. Tapi si Arthur ni ngada-ngada...taknak pulak jadi raja.maklumla dia ni budak yang selalu kena buli kat sekolah.. so, Shrek cuba pujuk dia. satu ayat Shrek yang bole kita jadikan motivasi,  

     Kenapa kita perlu jadi seperti yang orang lain fikirkan tentang kita?? Kenapa kita tak jadi seperti apa yang kita fikirkan tentang diri kita sendiri?? Jawapannya ada pada diri kita bukan pada orang lain. Apa yang orang lain fikirkan tak semestinya betul. Tapi apa yang kita yakin pada diri kita akan jadi kenyataan jika kita positif pada diri kita.. (Ayat ni diolah sikit supaya senang difahami. Shrek kan cakap omputih..heheh~~)


Adakah kita mempunyai impian?? berapa peratus sudah tercapai dan berapa peratus masih terbengkalai?? tepuk dada tanya pada 'mata tersembunyi' yang kita ada. mata tersembunyi hanya ada pada orang yang jauh pandangannya. kalau rabun jauh pun kita still boleh berpandangan jauh apa.. pakai la cermin mata or contact lens. dijamin berhasil..lalala~~~:p     

Wednesday, January 26, 2011

Nak Jadi Biasa-biasa je ke??

Hari ni aku pegi ofis macam biasa..Sampai ofis buat keje macam biasa..Time rehat pegi makan macam biasa jugak...Dan time balik aku pon balik je macam biasa. Ape yang yang tak biasa?? takde ape yang tak biasa.. Semuanya BIASA..huhuhu
Bosan kan asyik lalui hari-hari yang BIASA??? hm..hari-hari akan buat benda yang sama. Berulang-ulang tapi hasilnya juga BIASA-BIASA AJE!!huh!! Letihnye!!!

Balik rumah, masak dan makan..huhuhu  BIASA nye hidup!!! Argh!! tak menarik langsung kan??
Camne nak wat hidup kite menarik dan tak membosankan?? Jawapannye kite sendiri kena menceriakan hidup kite.. If not camne hidup kite nak bersinar?? wah.. ayat best la konon! Betul tak kawan-kawan??

So... jom kite ceriakan hidup kite bermula sekarang! Nak mula dengan ape?? Jom kite tengok cite kartun Spongebob SquarePants.. Kadang-kadang time bosan kite perlu happy kan diri. bagi aku dengan tengok kartun ni rasa happy sangat sebab citernye kelakar tapi penuh dengan pengajaran..heheh
Watak ape yang aku suke tengok?? Mesti la watak En.Crab!! hahaha.. En.Crab sangat obses dengan duit. Tapi bukan cume obses, dia juga sangat pandai mencari duit. Zaman sekarang, jika kite tak pandai cari duit susah juga ye.. Nak guna toilet awam pon kena guna duit, kat rumah pon kena bayar macam2 bil kan? Air, elektrik dan macam-macam lagi.. Semuanya duit.. huh. Nak tak nak terpaksa jadi macam En.Crab. kan3??

Berbalik pada isu BIASA, ape kata kite buat sesuatu yang luarbiasa.. Macam menarik bagi seseorang yang pernah jadi budak nakal. hehehe...nakal tapi bukan jahat ye kawan-kawan...Jangan salah faham.
So, ape perkara luarbiasa yang pernah anda lakukan sepanjang usia anda??
Just list down by yourself and read! Lepas tu bole la cakap kat diri sendiri,
"Hebatnya!! Aku dah buat perkara yang luarbiasa! Orang lain berani ke??"
Dengan cara ini, pasti anda akan rasa anda hebat dan lebih hebat dari orang lain. Rasanye cara ni pon dah bole buat kite yakin diri dan berani teuskan hari yang biasa menjadi LUARBIASA!!

Kalau kite dah yakin pada diri sendiri, Insyaallah kite bole jadi yang terbaik dikalangan yang terbaik.. ditegaskan di sini... yang Terbaik Diantara yang Terbaik!! So, bila kite nak bertukar? Adakah perubahan mencari kite or kite yang mencari perubahan?? Ape tindakan kite untuk menukarkan(mengubah) hidup kite? Kalau berdiam diri di dalam rumah, adakah kite boleh bertukar? hmm... mestila tak boleh! Kite kena berusaha keluar dari dunia kegelapan sebab cahaya  tak datang mencari kite. Sama jugak dengan perubahan. Perubahan takkan mencari kite.
Setuju??

Monday, January 17, 2011

Terbakar Hati Siapa yang Tahu

Artikel ini ditujukan khas untuk diri sendiri yang sedang berdukacita.. Tajuk yang tak bole bla dan acah-acah bagus ni membuatkan diriku jadi hepi sikit la.. kuikui.. :p

Ape sebab nak sedih sangat weii???? Adoi.. aku pon tak paham.. tapi yang penting aku rasa tak nak keluar rumah(sebab moto rosak) and tak nak pegi mana2 (sebab takde transport) tah la... pendek kata =>Stress!!

Memang patut la terbakar hati.. apa ke tidak, pagi2 dah semangat bangun and bersiap2 nak pegi keje, alih2... trrrr....trrrr...(bunyi motor tak bole start) camtu la lebih kurang.. tak ke hampeh?? Mood terus berubah jadi bengang. terus masuk umah, on suis tv.. bukak channel 611... layan kartun sebab nak sejukkan darah yang tengah mendidih 100 darjah celcius! perlu ke tengok kartun?? perlu la kot.. tapi tu je rancangan yang tak complicated nak pikir..

Owh.. lupa nak citer.. 14hb Jan 2011, aku pegi test JPJ (lesen kereta) Berita baik, aku Berjaya!!! rasa best sangat sampai senyum sepanjang ari plus esok pon senyum lagi.. kuikuikui... teruknye!! tapi suka hati la kan nak senyum ke ape... yang penting usaha gigih membuahkan hasil yang positif. memang berbaloi sangat la. Ok what.....bukan semua orang bole lulus dengan sekali test. Betul tak?? at least aku bukan Spongebob yang selalu gagal time test untuk dapatkan lesen 'kereta di dasar laut'. hahaha

~Bobby yang aktif~
Sedang hati berbunga-bunga, memek muka tersengih-sengih, rasa yang enak dan tak dapat digambarkan lagi, tiba2 ade pulak khabar buruk kat rumah. Ape citer?? hm... kucing favouriteku, (memang ade 1 je kucing kat umah) sakit pulak.. ekor luka and hilang selera makan.. Kami hantar dia (kucingla takkan biawak pulak) ke klinik. Doctor cakap masih sempat lagi untuk diubati.. Alhamdulillah.. tapi kena tunggu sehingga esok(selasa, 18Jan) untuk pastikan yang dia tak ape2.. Doakan dia selamat..kami betul2 risau.

Thursday, January 13, 2011

Misi mencari Mutiara : Fasa 1


Lama tak update blog...tetiba malam ni aku rasa nak share cite pasal misi mencari Mutiara... Memang payah tapi demi impian yang sangat besar maka diteruskan jugak mencari..( sebenarnya baru 2hari je pergi cari mutiara tu..) huhuhu... baru 2hari dah merungut    

Aku bukan pergi sorang je tapi with my sis. kire ok la kan ade geng.. tapi main bukak je semua tiram yang ade.. cuma belum rezeki kami untuk dapat mutiara yang dicari.. takpe..cuba lagi. ape pon jangan putus asa.. walaupon tak dapat mutiara, tapi still dapat tiram with isinye.. so still boleh wat sos tiram & still leh jual kan??? still masyuk!!! haha

Kepada mutiara2 di luar sana cuba bukak2 sikit cengkerang anda untuk kami lihat kilauan anda.. kalau kurang berkilau, kite still boleh tambah kilauan anda.. supaya kite sama2 dapat capai impian kite :)))

Friday, December 24, 2010

Bagusnya...Patut dipuji :))

Hai korang!!! Baca paper tak?(terutama Metro) Ceritanye pasal seorang Pakcik yang sanggup amek exam PMR untuk mengubah taraf hidup family dia..Terharu je time baca tadi.huhuhu...
kat bawah ni sikit ringkasan yang aku copy dari Metro online.

“Ketika menduduki peperiksaan, hanya saya seorang sudah berusia dan memakai pakaian biasa dalam dewan.
“Keadaan itu menyebabkan semua pelajar lain asyik memerhatikan saya membuatkan saya berasa janggal. Namun, demi meningkatkan taraf hidup, saya terpaksa membuang perasaan malu untuk menduduki PMR (Penilaian Menengah Rendah) bersama mereka,” kata Shamsudin Rejab, 50.

Bekas anggota tentera itu, berkata dia berhasrat mengubah taraf hidupnya dan ia mungkin dapat dicapai apabila berjaya memperoleh slip keputusan PMR yang diumumkan, semalam. Menurutnya, dia terpaksa membuang perasaan malu demi mengejar kehidupan lebih baik dan berpuas hati dengan keputusan diperolehnya meskipun tidak cemerlang.

Pengawal keselamatan (Gred KP11) di pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Seberang Prai itu berkata, dia mengambil PMR semata-mata untuk memohon jawatan lebih baik dan mengubah taraf hidup.
“Jadi, saya membuat keputusan menduduki PMR tahun ini dan berharap dapat memohon jawatan pembantu keselamatan (Gred KP17),”
 (dipetik dari harian Metro online Jumaat, 24Dis2010)

Best kan kalau semua orang bersemangat tinggi macam ni..:))) (termasuk diriku)

Wednesday, December 22, 2010

Hoorey!!!!

Hari ni memang best walaupon pagi tadi before pergi keje rase cam malas2 je nak pegi.. tapi dh sampai dah wat keje baru rase best sikit.. apahal?? Gaji dah masuk le...tu yang best sesangat..Dalam kepala pon mula la pikir macam2.. Ade je yang nak ibuat dengan duit tu.. Padahal duit tu untuk sampai hujung bulan depan pulak..Biase la..tak berapa ade kesedaran dalam diri..hihihi... Yang penting plan untuk benda2 berfaedah seperti; tambah modal bisnes, bayar duit amek lesen, nak balik kampung (juga memerlukan budget sebab kampungku jauh di negeri lain) ~~keh3...ayat tak bole bla.. :)))

Kire ok la kan plan aku ni...tak membazir kan?kan?kan? Owh..lupe lak..kat opis ni pon ade macam2 bayaran untuk macam2 aktiviti..total dah nak dekat RM50.00...huhu (dalam ati nangis wooo) tapi takpe la...yang penting benda ni semua untuk aku jugak..Wah!!!credit side macam over lak... debit sekali credit 10 kali ~~huahua

Woo... ade lagi satu cite.. pasal pegi test QTI.. Ape tu?? korang tak tau?? Hmm..aku pon tak tau..~hahaha~~ ala...pre-driving test. aku lupe ape ayat penuhnye..yang penting bendenye sama ngan pre-test. Aku lulus ngan jayanye..tapi takot pulak time nak test ngan JPJ nanti hampeh lak.. huhu~~ Ape pon doakan aku success amek lesen kete. Senang sikit. Nanti bole jadi driver simpanan time balik kampung.. Betul tak?? Best kan jadi aku? (kataku pada diri sendiri) hohohoho..

Thursday, December 16, 2010

Menantu Cemburu Mertua???

Topik hangat malam ni (untuk sesape yang tgk Semanis Kurma kat TV9)
Aku ni biase jarang tengok program ni..tapi ntah cmne leh tengok lak...maybe sebab tajuknye agak menarik kot..
Berbalik pada tajuk tadi, persoalannye, perlu ke menantu cemburu pada mertua???
http://www.emocutez.com

Jawapannye, tepuk dada tanya hati... Semuanya bergantung pada diri sendiri la... Ape yang kite nak adalah ape yang kite usahakan.. Mengikut kata ustaz, sentiasa bertolak ansur, saling memahami serta mengaku kesalahan adalah resepi terbaik antara menantu dan mertua. Terutamanya menantu perempuan dan ibu mertua. hehehe http://www.emocutez.com
Lagi 1, kalau kite dengan mertua, jangan anggap mereka sebagai mertua, sebaliknya anggap mereka sebagai ibu bapa kite sendiri...secara automatik kite akan menghormati mereka seperti ibu bapa sendiri, so, takde cemburu2 lagi looo...betul tak?
Mengikut pengalaman aku yang selama setahun beberapa minggu menjadi menantu (harap berpanjangan), tak pernah pulak rasa macam menantu kalau balik rumah mertua. Layanan sama macam anak sendiri, so, aku tak kekok langsung. rasa macam balik rumah mak sendiri. Alhamdulillah...semoga situasi ni berterusan..

Tips menjadikan kite menantu yang terbaik:
1. Setting niat yang baik
2. Berdoa
3. Saling menghormati & memahami
4. Belajar menerima pendapat mertua
5. Menyayangi mertua sama macam kite sayang ibu bapa sendiri
6. Saling bertolak ansur
7. Menjauhi sifat buruk sangka

Kata orang, kalau kite berkahwin, kite bukan cuma berkahwin dengan suami/isteri, tapi kite turut berkahwin dengan keluarganye... hmm... memang betul ape yang dikata :))
Kepada sahabat2 yang baru melangsungkan perkahwinan dan yang akan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat ni, selamat pengantin baru!!! :)))

Sunday, December 12, 2010

Mood Hampeh!!!

Hari ni...(Sabtu-11/12/10)

Mood: Nak tengok wayang ngan Cik Abang..(Cik Abang yang ajak)
Citer: Hantu Kak Limah Balik Rumah( tajuk tak bole bla...huhuuhu)
Pagi: Pergi belajar kete
After Lunch: Mula bersiap nak keluar..
4:00PM: Sampai Jusco(Lokasi dirahsiakan) terus menuju destinasi. Tapi Malang...Tiket sold out

Mood: Dah takde mood.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright (c) 2010 !Safa Rida Blog. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes and Web Design.