Pages

Sunday, May 1, 2011

Aku yang Beruntung???

Hai semua!!! Selamat bercuti sempena 1 Mei 2011. Hari yang dinanti-nanti oleh semua pekerja. Tapi pekerja kat pasaraya mungkin tak bercuti (tapi dapat gaji triple!! yummy!!) hehe...dalam hati meronta-ronta nak berehat & bercuti. Bukan selalu dapat bercuti lama kan??

Aku yang beruntung?? Ntah la sejauh mana keberuntungan aku tu. Aku sendiri was-was sebenarnya. Bagi sesetengah pihak mungkin nampak aku ni beruntung tapi hati kecilku ini berbelah bagi.. (ceeewaahhh!! ayat tak boleh blah la..) Huhu.. Apa yang boleh dikatakan di sini ialah.. bila kita mahukan sesuatu selalunya susah nak dapat tapi bila kita beria-ia nak reject, dapat la pulak. Ni cerita pasal job baru yang baru je dapat. Memang masa mula-mula nak mintak tu bersemangat nak dapatkan job tu. Tapi bila dah dapat rasa macam tak nak je. Tak bersyukur?? or tak tau nak menghargai?? or apa pun tak boleh?? Ntah la.. Tak tau nak diluahkan macam mana... Kalau rasa berat hati apa boleh buat kan?? Hati yang dulu merasai. So, kata siapa yang nak diikut?? hurmmm... (Luahan dalam hati : Bila dah susah hati macam ni, barulah teringat kat Allah.. Barulah ada rasa nak solat istikharah.. Inilah manusia/hamba yang kurang keinsafan diri. Time susah baru nak ingat Tuhan. Time senang ntah apa yang diingat pun tak tau. Apa pun aku mohon Allah tunjukkan jalan yang sebaiknya bagi aku untuk aku buat keputusan yang betul dan bermakna.. Amin...)

Dalam masa yang suntuk ni aku harap semuanya dapat diselesaikan dengan secepatnya.. Semoga semuanya berjalan dengan sangat baik sebab sekali melangkah aku dah tak boleh berpaling lagi...(....tak mungkin ku berpaling...cukuplah sekali....) Poyo la pulaks!! ---> Masih boleh nyanyi adakah bermaksud masalah ni kecik?? Tidak sama sekali!! Ni masalah antara hidup dan mati okeh!! Salah langkah boleh mendatangkan masalah besar nanti. Menjadi seorang yang bijak buat keputusan hari ni boleh mengubah segala-galanya. Tapi macam mana??? Yang ni kita tak tau..

Membebel lama-lama kat sini pun masalah tak selesai.. So, ada baiknya aku stop dan pergi solat istikharah. Betul tak??
http://www.emocutez.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright (c) 2010 !Safa Rida Blog. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes and Web Design.