Pages

Thursday, May 26, 2011

Masa terasa cepat berlalu~~

Hai semua..

Dah siap-siap pakai lawa-lawa tapi cik abang lak tak siap-siap lagi. Nyampah betul nak kena tunggu dia.. Penantian satu penyeksaan tau!!! Tapi takpe lah aku ni jenis yang bersabar orangnya..(sabar la sangat) Sambil menunggu meh kita gosip-gosip sikit. Amboi!! Time ajak gosip bulat je mata ek.. Takde gosip apa pun. Tak payah la kita nak sibuk hal-hal tak penting camtu. Baik kita fikir-fikir apa nak buat lepas ni, plan untuk masa depan. Cewaaahhh!! Klas gitu!! Tang merepek bagi la kat aku.

Ada satu perkara yang aku runsing sangat dalam hidup ni. Kenapa time kerja aku rasa masa sangat panjang dan lambat berlalu. Sentiasa ternanti-nanti pukul 5 petang untuk balik rumah. Tapi bila kita buat sesuatu yang kita suka, masa terasa cepat berlalu. Sekejap je dah petang. Padahal setiap hari memang ada 24jam untuk aku gunakan. Masa yang lebih berharga dari emas yang tengah naik harga sekarang ni.

Dari segi matematik, 24jam tolak 8jam waktu tidur (aku still guna masa tidur baby..heheh~~ orang lain tidur 6jam sehari tapi aku ni lebih sikit. Kalau tak, nanti aku akan lalok dan tertidur dari lepas balik kerja sampai pagi esoknya...)  So, ada lagi 16jam balance. Tolak lagi dengan 8jam waktu kerja. Ada la 8jam lagi time yang tinggal untuk urusan peribadi. 8jam tu boleh kita gunakan untuk solat, makan, mandi, bersenam (yeke ni??) Macam-macam lagi la aktiviti yang kita boleh buat.

Tapi kenapa rasa macam takde masa ye??? Hurm..Jawapannya....kita yang tak pandai manage masa yang kita ada. Siapa-siapa yang boleh tolong buat jadual untuk aku??? Aku ni kalau buat jadual untuk diri sendiri kompom fail!! Tak dapek nak nolong. Susah nak ikut. Maybe kena ada punch kad kat rumah kot...

1 comments:

CintaZulaikha said...

walawehhhhhhhhh..hehhe..hokey apa tidoq 8 jam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright (c) 2010 !Safa Rida Blog. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes and Web Design.