Pages

Monday, May 16, 2011

Cerita orang yang tiada masa dan...............

Hai semua!! Ada khabar baru???

Hari ni aku just nak share cerita orang yang tiada masa dan sering merasa selesa dalam hidup. Seperti tiada masalah padahal bermasalah dengan diri sendiri. Ibaratnya orang yang perasan hebat dan sentiasa cukup segalanya dalam kehidupan sedangkan hal sebenarnya macam hampeh je. Aku la tu orangnya.

Semua itu berkaitan masa. Aku ni orangnya yang tak pandai mengurus masa. Semuanya apa yang sempat je. Kalau nak pergi kelas or tempat kerja, pakaian tangkap muat je. Make-up??? Tak pernah make-up ke kelas mahupun tempat kerja. Semuanya simple je. Kenapa?? Sebab "tiada masa"!! Padahal kita semua sama saja. Masa kita semua Allah bagi 24jam setiap seorang. Tiada yang lebih dan tiada yang kurang. Betul kan??? Cuma terpulang pada kita untuk bijak atau tidak dalam mengurus masa.

Setelah usia hampir 25tahun baru aku sedar semua itu. Huhuhu... Adakah terlambat?? Mungkin tidak. Positif je... Yang penting kita mahu berubah dan sentiasa yakin kita boleh berubah ke arah yang lebih baik. Yang pertamanya aku nak kurangkan habit suka tidur. Satu waktu dulu aku memang kuat tidur, kuat makan dan pemalas. Hahaha... Tapi aku dah mula berubah apabila usia 20-an ke atas sebab aku dah mula kerja dan memang perlukan aku untuk kurangkan habit kuat tidur. Tapi usia yang meningkat memang membuatkan kita semakin kurang tidur. Mungkin sebab banyak tanggungjawab dan semakin matang dalam hidup. Ceeewaahh!! Muntah darah baca ni.(sendiri baca pun nak muntah) Hahahaha!!!

Tadi aku ada baca "tips satu minit setiap hari". Entry tu dah lama sangat. Dah bertahun. Tapi baru hari ni aku baca. Entry by Irfan Khairi jutawan internet tu la.. Tajuknya "Maaf....saya tak cukup masa".
Baca je ni...

Apa sahaja kerja yang kita lakukan memerlukan masa. Tak kira kerja apa. Dengan itu, memang kita tidak boleh lari dengan masa.
Satu strategy saya dalam menguruskan masa saya adalah strategy 10/90.
Strategy ini mengatakan, kita perlu menggunakan 10% daripada masa kita untuk merancang masa kita, dan ini akan menjimatkan 90% daripada masa kita dalam mencapai sesuatu matlamat (jangka panjang atau jangka pendek).
Adakah anda merancang masa anda? Maksud saya, benar-benar merancang sehingga mengambil masa 30 minit-1 jam hanya untuk merancang masa? :)
Kalau tidak, anda perlu mulakan merancang masa anda 10% untuk menjimatkan 90%!
Berhenti dari menggunakan perkataan “Tak cukup masa” atau “sibuk sangat” dari penggunaan anda. Dengan cara ini sahaja, anda akan MENCARI MASA dan tidak menjadikannya alasan!

Hurmmmm.... Betul sangat-sangat.. Memang inilah yang aku perlu buat untuk mengubah diri dan masa depan. Tapi untuk orang yang berada di zon selesa ni agak sukar untuk berubah. Inilah cabaran yang paling besar dalam hidup. Lebih mencabar daripada masa test JPJ untuk dapat lesen kereta. Lebih mencabar daripada menunggang basikal di hutan. Lebih mencabar dari segalanya. Nak melawan nafsu dan sikap suka bermalas-malasan memang mencabar! Tapi kita masih ada Tuhan yang sentiasa dapat membantu hambanya. Sentiasa berdoa dan terus berdoa. Aku cuma selalu baca doa ni... Semua orang tau kot...
Doa Melawan Musuh Besar:
" Ya Allah... Aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, dan aku berlindung padaMu dari kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung padaMu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang. (baca 3kali setiap kali lepas solat) "

Insyaallah segala musuh besar dalam diri kita sendiri dapat kita tumpaskan.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright (c) 2010 !Safa Rida Blog. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes and Web Design.