Pages

Wednesday, July 20, 2011

Semalam di Tempat Parking

Hai semua...

Actually entry ni untuk semalam tapi sebab banyak sangat peristiwa best semalam. So, tak sempat nak update.
(Alasan semata-mata ke weihhhh???)

Ceritanya masa balik kerja semalam. Kebetulan motorsikal aku (aku pergi kerja bawak motor saja okeh..save budget + tak mampu nak beli kereta...isk3...) dah di 'block' oleh motor-motor lain yang parking tunggang langgang kat bawah ofis.  Aku ni pulak dah malas nak naik mintak sesiapa yang berkenaan untuk alihkan motor mereka. Dengan terhegeh-hegeh aku tolak motor aku untuk keluarkan dari dikerumuni oleh motor lain. (maklumlah, motor aku ni cun..sebab tu motor2 lain sibuk nak parking rapat2..hoho)

Tiba-tiba aku terlihat dari ekor mata, motor yang parking kat tepi aku bergerak sendiri kebelakang. Wahhhh...Suspend la pulaks!! Sekali pandang belakang rupanya ada orang yang baik hati dah tolong alih motor tu.. Fuh..nasib baik tak jadi drama seram petang hari.. Kalau tak...haru biru kelabu asap dibuatnya! Tapi aku termalu jugakla kat situ sebab berlagak taknak mintak tolong orang. Macam 'good-good' je kat situ try alih motor sendiri. hehe... Anyway, terima kasih tak terhingga sebab dah tolong seorang perempuan yang tak larat nak alih motor ni...(smile...)

4 comments:

CintaZulaikha said...

seb baik ada tukg alih moto...kann

EedaFizZ said...

tu la...mcm super hero dtg slmtkn mgsa keadaan je..kui3

KeTaM_BaTu said...

nasib baik kan... er...er.. kat sini takde shoutbox ke..?

EedaFizZ said...

@Ketam Batu : er...errr...ms template lama ade tp dh asyik tukar2 hilang pulak..nnt sy letak khas utk En. Ketam Batu ye...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright (c) 2010 !Safa Rida Blog. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes and Web Design.