Pages

Wednesday, July 20, 2011

Puas Hati dengan Perkhidmatan 'C'...

Hai semua..

Macam mana mood malam ni?? Ok?? Saja nak menyinggah ke blog walaupun mata dan layu semacam. Nak say thanks to Customer Service Celcom Mobile Sdn Bhd (Takpe kan kalau aku mention nama Syarikat kat sini sebab nak puji je...)  Aku memang sangat berpuas hati dengan perkhidmatan diorang sepanjang 7 tahun ni. Call center pun free je... Cakap lama-lama dengan free. Dulu aku selalu buat call out dan selalu jugak la dapat call free berjam-jam. Sampai habis battey handphone barulah stop. (Best kan?? Untuk pengetahuan umum, aku ni ada guna 2jenis telco. Satu lagi aku guna Maxis..Masa ada Hot Ticket best la..ni dah susah nak dapat. Maybe diorang dah rasa rugi kot biarkan customer berjoli pakej call & SMS murah..hehe)

Eh, eh...Dah melalut cerita lain pulak makcik ni... Nak cerita pasal Customer service tadi kan?? Ha...Customer service yang jawab aduan aku tadi tu memang lembut je bercakap. Siap bagi info detail pasal masalah yang aku adukan tu.. Bukan tu je, siap ulang2 lagi dan banyak pesanan sampai aku terlalu faham dengan penerangan panjang lebar dia tu. apa pun memang berbaloi...(ke saje nak cakap lama sebab suara aku sedap didengar..kah3..'perasaan' lebih!!) Dan yang paling penting masalah aku dah selesai sepenuhnya.. Sekarang aku dah dapat guna Celcom Advance Monthly pakej untuk prepaid. Murah je.. Berbaloi2..(Walaupun aku cuma guna Blackberry paling cikai)

Nape tak guna line?? Aku belum survey lagi berbaloi ke tak.. Korang ada cadangan??

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright (c) 2010 !Safa Rida Blog. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes and Web Design.